Pakej Bangkok + Pattaya + Kanchanaburi, Thailand 5H4M

Duration

5 Days 4 Night

Max People

30

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - BANGKOK (MT / MM)

Perjalanan bermula seawal jam 6.00 pagi, di mana peserta akan berkumpul dan berjumpa dengan Tour Leader kami di lapangan terbang. Proses check-in akan dibantu sepenuhnya oleh Tour Leader sebelum berlepas ke Bangkok pada jam 9.00 pagi. Ketibaan dijangka sekitar jam 10.15 pagi di Don Mueang International Airport. Selesai urusan imigresen, peserta akan disambut oleh tour guide tempatan sebelum memulakan lawatan ke Islamic Centre, diikuti dengan kunjungan ke Erawadee, pusat kesihatan berasaskan herba yang terkenal di Thailand. Perjalanan diteruskan dengan sesi membeli-belah di pusat membeli-belah popular seperti MBK, Siam Discovery, Siam Centre, dan Siam Paragon. Makan tengahari dan makan malam disediakan di restoran tempatan, sebelum peserta berehat di hotel untuk persediaan hari esok.

HARI 2 BANGKOK (SP / MT / MM)

Selepas menikmati sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke Mae Klong Railway Market, satu-satunya pasar di dunia yang terletak betul-betul di atas landasan kereta api — satu pengalaman unik yang pasti meninggalkan kenangan manis. Peserta turut berpeluang menaiki kereta api yang melalui pasar ini, satu pengalaman must-do dalam lawatan ini. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, rombongan akan meneruskan perjalanan ke Pasar Terapung Damnoen Saduak, lengkap dengan pengalaman menaiki sampan ride melalui lorong-lorong air yang dikelilingi penjual tempatan. Sebelah petang hingga malam, masa diisi dengan sesi membeli-belah yang menyeronokkan di Chatuchak Weekend Market — pasar minggu terbesar di dunia — serta dua lokasi kegemaran pelancong dan peminat fesyen iaitu Platinum Fashion Mall dan Pratunam Market, yang terkenal dengan pelbagai pilihan pakaian dan aksesori pada harga borong.

HARI 3 BANGKOK - KANCHANABURI (SP / MT / MM)

Sarapan pagi di hotel akan diikuti dengan perjalanan ke kawasan indah Kanchanaburi. Di sini, peserta akan dibawa ke Safari Park Kanchanaburi, di mana mereka boleh melihat haiwan liar dari dekat sambil menaiki bas safari (termasuk tiket masuk). Lawatan diteruskan ke lokasi bersejarah iaitu Jambatan Keretapi Maut (River Kwai Bridge), simbol penderitaan tahanan perang semasa pembinaan landasan kereta api Thai-Burma. Kemudian, peserta akan singgah bersantai di Meena Café, sebuah kafe yang terkenal dengan suasana nyaman, pemandangan sawah padi yang memukau dan banyak sudut bergambar Instagram-worthy. Teh ais di sini juga sangat digemari! Waktu petang hingga malam, peserta bebas untuk meneroka Jodd Fair, pasar malam moden yang penuh dengan makanan, fesyen dan hiburan. Setelah kembali ke hotel, aktiviti bebas disediakan untuk berehat. Makan tengahari dan makan malam juga disediakan di restoran tempatan.

HARI 4 KANCHANABURI - PATTAYA (SP / MT / MM)

Pagi ini rombongan akan bertolak ke Pattaya, sebuah bandar pantai yang terkenal. Lawatan dimulakan di Kilang Madu Pattaya, di mana peserta boleh melihat proses penghasilan madu asli dan produk berkaitan. Seterusnya, bergambar di lokasi unik Great & Grand Sweet Destination, yang menawarkan suasana seakan dunia fantasi yang berwarna-warni. Perjalanan diteruskan ke taman landskap terkenal Nong Nooch Garden, sebelum singgah di Hard Rock Café Pattaya untuk bersantai dan bergambar. Seterusnya, peserta akan dibawa menikmati keindahan Pantai Pattaya, dan setelah selesai daftar masuk hotel, masa bebas diberikan untuk aktiviti sendiri. Makan tengahari dan makan malam turut disediakan di restoran tempatan.

HARI 5 PATTAYA - BANGKOK - KUALA LUMPUR (SP)

Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan membuat proses check-out dan dibawa ke lapangan terbang. Proses check-in akan dibantu oleh Tour Leader seawal jam 8.00 pagi, sebelum berlepas pulang ke tanah air pada jam 11.05 pagi. Rombongan akan pulang dengan 1001 kenangan manis dari Land of Smiles, Thailand.

Included/Excluded

  • Penerbangan pergi balik via Malaysia Airlines
  • uggage 30 kg per invidividu (pergi dan balik)
  • Penginapan untuk 4 malam di hotel (twin sharing)
  • Pengangkutan untuk 5 hari termasuk pemandu, parking, toll dan sebagainya
  • Sarapan hotel untuk 4 hari
  • Makan tengahari x4 dan makan malam x4 seperti didalam itinerari
  • Lawatan dan tiket seperti di dalam itinerary (kecuali optional)
  • Tour Leader untuk membantu sepanjang trip
  • Tour Guide Thailand
  • Tipping untuk driver dan tour guide
  • Insurance Thailand
  • Tambahan makanan dan minuman
  • Lawatan tambahan
  • Sebarang perbelanjaan bersifat peribadi seperti porter, sim kad dll

 

Pilihan Hotel

LOKASI HOTEL BIL MALAM
BANGKOK PANNARAI HOTEL ATAU SETARAF 3 MALAM
PATTAYA EMPRESS HOTEL ATAU SETARAF 1 MALAM

 


Info penerbangan

TARIKH PENERBANGAN NO. PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-BKK)
18 OKTOBER 2025 MALAYSIA AIRLINE MH784 0900-1015
ETD- ETA (BKK-KUL)
22 OKTOBER 2025 MH785 1105-1415


 

Terma dan Syarat 

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM2,390.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,390.00

Children

RM2,390.00

Services

Deposit Option 50% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,390.00

Children

RM2,390.00

Services