fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Anda Aktif Di Media Sosial?

Ingin Jana Pendapatan Tambahan?

JOM JADI EJEN
JUALAN KAMI

Bagi meningkatkan operasi dan jualan, Pihak Minhakim Travels ingin mengajak anda yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan dengan menjual pakej-pakej pelancongan kami. Kami menyediakan pakej private Trip, Group Trip, dan Company Trip di pelbagai lokasi termasuk dalam dan luar negara. 

Kelebihan Jadi Ejen Kami

Pelbagai pakej pelancongan untuk dijual dengan komisen dari RM 50.00 sehingga RM 200.00 per pax.

Kami sediakan segala bahan promosi dari design, testimoni, video dan itinerari.

Group sokongan di Whatsapp dan Telegram untuk bantu anda buat promosi dan jualan.

Bonus sekiranya anda berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan. 

Terma Dan Syarat

Terma dan Syarat ini adalah antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan Ejen Jualan. Dengan mendaftar sebagai ejen, anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang telah ditetapkan.

  1. Anda bersetuju untuk mempromosikan pakej pelancongan Syarikat menggunakan platform media sendiri, termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, dan lain-lain.

  2. Sebagai ejen jualan, anda diberi kebenaran untuk menggunakan segala bahan promosi yang disediakan oleh kami seperti gambar, video, testimoni, copywriting, itinerari dan bahan berkaitan yang terdapat di dalam laman web dan sosial media untuk mempromosikan pakej.

  3. Anda mesti mewakili Syarikat dengan tepat dan tidak boleh membuat sebarang dakwaan palsu atau jaminan mengenai pakej yang ditawarkan.

  4. Anda boleh mempromosikan pakej kami dengan cara dan kreativiti anda sendiri namun anda hendaklah:-
    • Tidak membuat sebarang dakwaan palsu atau jaminan mengenai pakej yang ditawarkan.
    • Tidak membuat promosi secara melampau sehingga merosakkan jenama Minhakim Sdn Bhd.
    • Sekiranya anda buat video atau live pastikan anda menutup aurat dengan sempurna.
    • Elakkan menggunakan video, muzik, atau gambar yang mempunyai hak cipta.
    • Anda bertanggungjawab memastikan semua bahan pemasaran dan pos mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada piawaian pengiklanan dan undang-undang perlindungan pengguna.

  5. Ejen bersetuju untuk menjaga kerahsiaan semua maklumat milik Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai pelanggan, harga, dan strategi promosi, dan tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat.

Pembayaran dari pelanggan mesti dibuat terus ke akaun Minhakim Travels Sdn Bhd dan bukan ke akaun bank ejen untuk mengelakkan penipuan atau penyelewengan.

  1. Ejen akan menerima komisen dari RM 50.00 hingga RM 200.00 per pax mengikut jenis pakej. Jumlah komisen setiap pakej akan dipaparkan di dalam group Telegram.

  2. Komisen kepada ejen hanya akan diproses setelah pelanggan berlepas ke destinasi.
  1. Syarikat berhak untuk menamatkan perjanjian ini pada bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan memberikan notis bertulis kepada Ejen.

  2. Setelah penamatan, Ejen berhak menerima komisen untuk semua jualan yang dibuat sebelum penamatan, dengan syarat semua syarat dalam Terma dan Syarat ini telah dipenuhi.

  3. Ejen mesti segera menghentikan semua aktiviti promosi dan memulangkan sebarang harta atau bahan milik Syarikat setelah penamatan.

Syarikat berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis kepada Ejen. Penyertaan yang berterusan sebagai Ejen Jualan selepas notis tersebut merupakan penerimaan terhadap Terma dan Syarat yang telah dipinda.