Pakej Salam Taiwan 5/6H4M

Duration

5/6 Days 4 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - TAIPEI - TAICHUNG (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taipei dan setibanya di sana, perjalanan diteruskan ke Taichung. Antara lokasi yang dilawati ialah Gaomei Wetlands, tempat santai menikmati matahari terbenam yang indah bersama deretan kincir angin yang Instagram-worthy. Kemudian, singgah ke Yichung Night Market, pasar malam popular yang meriah dengan makanan jalanan, kedai fesyen dan permainan menyeronokkan, sesuai untuk golongan muda dan pelajar. Bermalam di Taichung.

HARI 2 TAICHUNG - NANTOU - TAIPEI (SP / MT / MM)

Lawatan diteruskan ke Nantou untuk menikmati pemandangan indah di Sun Moon Lake, tasik semula jadi berbentuk bulan dan matahari yang dikelilingi gunung-ganang hijau – sesuai untuk bersantai bersama teman. Seterusnya, peserta dibawa untuk merasai Tea Experience, iaitu pengalaman budaya minum teh tradisional Taiwan. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Taipei untuk bermalam.

HARI 3 TAICHUNG - TAIPEI (SP / MT / MM)

Pada hari ini, peserta dibawa ke Shifen Old Street, kawasan bersejarah dengan landasan keretapi lama dan deretan kedai cenderamata. Di sini juga pengunjung berpeluang untuk menulis hajat pada sky lantern dan melepaskannya ke langit (dengan bayaran tambahan). Seterusnya, meneroka Yehliu Geopark yang terkenal dengan formasi batuan semula jadi unik seperti “Kepala Ratu”. Kemudian, berjalan santai di Jiufen, pekan lama Jepun dengan lorong-lorong sempit yang penuh makanan tradisional dan kedai cenderamata. Aktiviti diteruskan dengan bengkel membuat kek nanas di DIY Pineapple Cake. Bermalam di Taipei.

HARI 4 TAIPEI (SP)

Hari ini merupakan hari bebas di Taipei. Peserta boleh meneroka bandar mengikut keselesaan masing-masing, membeli-belah, mencuba makanan tempatan atau berehat. Bermalam di Taipei.

HARI 5 TAIPEI - KUALA LUMPUR

Sebelum pulang, lawatan singkat diadakan di Taipei termasuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Taipei 101, menara ikonik yang pernah menjadi tertinggi di dunia. Kemudian, singgah di Chiang Kai Shek Memorial Park, monumen nasional penting untuk memperingati bekas Presiden Republik China. Akhir sekali, membeli cenderamata di Jewelry and Creative Arts Center yang menawarkan pelbagai hasil seni dan ukiran seperti batu jed, kristal dan kayu. Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Alishan National Scenic Area dan Yehliu Geopark.
  • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
  • Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Compulsory Shopping Stop: DIY Pineapple Cake, Jewelry, Tea.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

 

Pilihan Hotel 

LOKASI BIL MALAM
TAICHUNG 1 MALAM
TAIPEI 3 MALAM


Info Penerbangan 

TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
22 OGOS 2025 D7 378 AIR ASIA X 0940 - 1440
ETD- ETA (TPE-KUL)
27 OGOS 2025 D7 379 AIR ASIA X 0005 - 0450
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
17 SEPTEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
21 SEPTEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
19 SEPTEMBER 2025 D7 378 AIR ASIA X 0940 - 1440
ETD- ETA (TPE-KUL)
24 SEPTEMBER 2025 D7 379 AIR ASIA X 0005 - 0450
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
28 NOVEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
02 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
4 DISEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
8 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
05 DISEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
09 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
11 DISEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
15 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000


 

Terma Dan Syarat 

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,490.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,490.00

Children

RM3,490.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,490.00

Children

RM3,490.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
28-11-2025 02-12-2025 RM3,490.00 RM3,490.00 RM500.00 View Discount
05-12-2025 09-12-2025 RM3,490.00 RM3,490.00 RM500.00 View Discount
11-12-2025 15-12-2025 RM3,490.00 RM3,490.00 RM500.00 View Discount