Pakej Phu Quoc, Vietnam 4H3M

Duration

4 Days 3 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA - LUMPUR - PHU QHUOC (MT / MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Phu Quoc.

Lawatan di Phu Quoc:

  • Bertolak ke Bamboo Shop yang merupakan kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.Menerokai Kebun Lada Hitam yang luas terbentang di Phu Quoc sambil menikmati pemandangan hijau yang menyegarkan dan membeli lada segar sebagai buah tangan.
  • Masa bebas untuk membeli-belah di pasar malam.

Bermalam di Phu Quoc.

HARI 2 PHU QUOC - VIN WONDER, VIN SAFARI & GRAND WORLD (SP / MT / MM)

Bertolak ke Vin Safari & Vin Wonder

  • Bertolak ke Vin Safari taman safari yang terletak di Phu Quoc, Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada kompleks Vinpearl. Taman ini menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka untuk menonton persembahan haiwan dan melawat zoo.
  • Bertolak ke Vin Wonder taman tema besar yang menawarkan pelbagai tarikan dan hiburan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Disini terdapat pelbagai permainan dan tarikan yang menarik, termasuk roller coaster, pertunjukan ikan duyung live show, dan permainan air.
  • Bertolak ke Grand World, iaitu destinasi yang menakjubkan dengan tarikan seperti Venice, Shanghai Lantern Street, Clarke Quay Light Dome, Teddy Bear Museum, dan Bamboo House yang dihiasi dengan 42,000 pokok buluh, menawarkan pengalaman yang unik dan menarik kepada pengunjung.

Bermalam di Phu Quoc.

HARI 3 PHU QUOC - PULAU HON THOM (SP / MT / MM)

Bertolak ke Pulau Hon Thom.

Lawatan di Pulau Hon Thom:

  • Pearl Farm: Terkenal dengan menjual pelbagai jenis perhiasan berasaskan mutiara yang ditawarkan dalam rekaan klasik mahupun moden dan pengunjung juga dapat mempelajari secara langsung proses penghasilan mutiara.
  • Menaiki Cable Car ataupun Sun World Hon Thom Cable Car, adalah salah satu kereta kabel terpanjang di dunia yang merentasi laut. la menghubungkan Phu Quoc dengan Pulau Hon Thom dan menawarkan pemandangan indah laut biru dan pulau-pulau tropika di sekitarnya.
    • Melawat Aquatopia Water Park taman air bertema yang terletak di Pulau Hon Thom, Vietnam. la menampilkan pelbagai gelongsor air, kolam ombak, dan tarikan air yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
  • Melawat dan mengambil gambar di Kiss Bridge jambatan ikonik di Grand World Phu Quoc, Vietnam, yang direka dengan bentuk unik menyerupai dua struktur yang hampir bersentuhan, seakan-akan dua individu hendak bercium.
  • Melawat Roman Square iaitu kawasan yang direka dengan inspirasi dari seni bina Rom kuno. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan klasik dan
    patung-patung yang elegan, dataran ini memberikan suasana Eropah yang mewah dan bersejarah.
  • Masa bebas untuk menyaksikan bunga api dan persembahan muzik air.

Bermalam di Sunset Town

HARI 4 PHU QUOC - KUALA LUMPUR (SP)
  • Masa bebas untuk membeli-belah saat akhir di sekitar bandar Phu Quoc.
  • Pulang ke hotel untuk daftar keluar.
  • Bertolak ke airport untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpu

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes). Hotel berdekatan pantai dan pasar malam.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke Vin Wonder dan Safari.
  • Kereta kabel 2 hala di Pulau Hon Thom
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
  • Tiket menaiki Boat Venice di Grand World
  • Tiket Teddy Bear Museum
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Senarai Hotel

BANDAR BIL MALAM
PHU QUOC 3 MALAM


Info Penerbangan

TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-KIX)
HARI 1 AK 545 AIR ASIA 1245 - 1335
NO. PENERBANGAN ETD- ETA (HND-KUL)
HARI 4 AK 546 1405 - 1655


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
From
RM2,990.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,990.00

Children

RM2,990.00

Babies

RM450.00

Services

Deposit Option 40% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,990.00

Children

RM2,990.00

Babies

RM450.00

Services