Pakej Beijing + Universal Studio, China 5H/6H4M

Duration

5/6 Days 4 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - BEIJING
  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 dan menaiki penerbangan ke Beijing.
HARI 2 BEIJING (MT / MM)
  • Lawatan di Beijing:
      • Melawat Tiananmen Square yang merupakan sebuah dataran yang penuh dengan sejarah. Antaranya demonstrasi pro demokrasi para pelajar universiti pada tahun 1989. Di sini terdapat binaan ikonik seperti Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People dan Gate of Heavenly Peace selain Mausoleum of Mao Zedong dan National Museum of China.
      • Forbidden City: Kompleks istana berusia lebih 600 tahun yang dibina pada tahun 1406 semasa Dinasti Ming. Kota istana yang dikelilingi tembok setinggi 8m dan parit ini menjadi kediaman dan pusat pemerintahan maharaja China sehingga tahun 1924. Kompleks istana ini terbahagi kepada 2 bahagian; Outer and Inner Court.
      • Masjid Nandouya merupakan salah satu masjid tertua di bandar itu. Ia mempunyai seni bina tradisional Cina dengan pengaruh Islam, berfungsi sebagai pusat ibadah dan komuniti.
      • Menyaksikan persembahan penuh dengan ilusi, mistik dan mendebarkan di Acrobatic Show pada sebelah petang.
      • Menikmati pemandangan waktu malam di Sungai Liangma yang sangat menakjubkan dengan pantulan cahaya neon di permukaannya. Laluan tepi sungai yang diterangi lampu mencipta suasana romantik dan tenang untuk pelancong.
  • Bermalam di Beijing
HARI 3 BEIJING (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Beijing:
      • Great Wall of China: Tembok pertahanan yang dikira sebagai salah satu keajaiban dunia ini dibina seawal kurun ke-7 sebelum masih dan dipanjangkan oleh maharaja-maharaja yang memerintah negara China sehingga mencecah sepanjang 21,000 km. Tetamu akan dibawa melawat ke salah satu seksyen yang dipanggil Juyongguan Great Wall yang dibina oleh Dinasti Ming pada 1368.
      • Lawatan ke Burning Cream Center, sebuah toko perubatan tradisional China yang menggabungkan pelbagai herba yang digunakan turun-menurun.
      • Melihat cara pembuatan batu Jade yang menjadi perhiasan penting tradisi orang China di Jade Center.
      • Melawat Bird Nest Stadium yang merupakan sebuah stadium ikonik pada Sukan Olimpik Beijing 2008. Ini kerana reka bentuknya sangat unik seakan berbentuk sarang burung, di mana struktur luaran stadium diperbuat daripada besi keluli yang dinyam menghasilkan corak seperti jejari.
      • Berfoto di Water Cube yang merupakan salah satu lokasi acara Olimpik berbentuk kiub besar biru sabun dan kini telah diubahsuai menjadi taman air dan juga sebagai taman beriadah.
  • Bermalam di Beijing

  • Lawatan bulan Disember - Februari:
      • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di Ski Resort. Kos Tambahan: Sewa pakaian Ski RM 100, sewa peralatan Ski RM 250 & Sled luncur (pilihan) RM60.
HARI 4 BEIJING (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Beijing:
      • Istana Musim Panas (Summer Palace) di Beijing ialah taman diraja terbesar di China, terkenal dengan landskap indahnya, tasik yang luas, dan seni bina klasik. Dahulu tempat peristirahatan diraja, kini menjadi tarikan pelancong popular.
      • Bersolat di masjid yang tertua di Beijing, Niujie Mosque yang dibina pada tahun 996 ketika Dinasti Liao. Senibina masjid ini merupakan campuran ukiran Islam dan kaum Han, dan di sini ada disimpan kitab Al-Quran yang berusia lebih 300 tahun. Masjid ini hampir musnah diserang tentera Genghis Khan pada 1215 tetapi telah dibaik pulih pada 1443 ketika Dinasti Ming.
      • Herbal Medicine Centre adalah tempat yang menawarkan rawatan tradisional menggunakan herba semula jadi untuk kesihatan dan kesejahteraan. Ia sering menyediakan perkhidmatan seperti diagnosis perubatan Cina, akupunktur, dan ramuan herba khas.
      • Membeli-belah di Muslim Supermarket, di mana tetamu boleh mendapatkan barangan yang halal seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, produk tenusu, roti dan juga kacang-kacangan seperti buah berangan, almond dan lain-lain.
      • Hongqiao Market (Pasar Hongqiao) di Beijing terkenal sebagai destinasi membeli-belah pelbagai barangan, termasuk mutiara, batu permata, sutera, elektronik, dan cenderamata. Ia sering dikunjungi pelancong yang mencari mutiara berkualiti tinggi dan barangan buatan tangan dengan harga yang boleh dirunding.
  • Bermalam di Beijing.
HARI 5 BEIJING (SP)
  • Masa bebas untuk bersiar-siar dan bermain bersama keluarga di taman tema Universal Studios Beijing yang menawarkan pelbagai tarikan yang menarik. Antara tarikan di situ ialah The Wizarding World of Harry Potter - Hogsmeade, Minion Land, Kung Fu Panda Land of Awesomeness dan banyak lagi.
  • Bermalam di Beijing
HARI 6 BEIJING - KUALA LUMPUR (SP)
  • Menaiki penerbangan pagi pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Shopping compulsory:- Herb, Burning Cream, Jewellry
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 38 MALAYSIA AIRLINES KUL - ICN 1520 2130
6 MH 39 ICN - KUL 0020 0555
HARI NO. PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 D7 504 AIR ASIA X KUL - ICN 2300 0630+1
5 D7 505 ICN - KUL 0745 1315


Info Penerbangan

BANDAR BIL MALAM
BEIJING 4 MALAM


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,590.00

Children

RM3,590.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,590.00

Children

RM3,590.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
26-04-2026 01-05-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
30-04-2026 05-05-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
30-05-2026 04-06-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
31-05-2026 05-06-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
13-06-2026 18-06-2026 RM3,590.00 RM3,590.00 RM500.00 View Discount