7 Days 6 Night
24
Airport
Perjalanan bermula dengan berkumpul di KLIA sebelum menaiki penerbangan ke Beijing. Setibanya di Beijing, peserta meneruskan perjalanan ke Shenyang dengan kereta api laju yang hanya mengambil masa sekitar 2 jam 45 minit. Antara tempat menarik yang dilawati termasuklah Tian’anmen Square — dataran terbesar di dunia yang mampu menampung sejuta orang, serta Qianmen Street, lokasi perdagangan bersejarah sejak Dinasti Ming. Dengan ciri-ciri klasik seperti gerbang besar dan jalanan berbatu, ia memberi gambaran budaya lama Beijing. Penginapan disediakan di Shenyang.
ari kedua dimulakan dengan melawat Shenyang Imperial Palace, kompleks istana bersejarah yang pernah berfungsi sebagai pusat pentadbiran Dinasti Qing. Turut dilawati adalah Zhang’s Mansion yang menampilkan gaya gabungan Timur dan Barat serta koleksi sejarah yang memukau. Pengunjung juga akan dibawa ke The Eight Departments of Manchukuo untuk menyelami sejarah Jepun di Manchuria pada 1930-an. Kemudian, rombongan menuju ke Jilin, singgah sebentar di Shenyang Zhongjie — laluan pejalan kaki komersial tertua di China, dan menyusuri Sungai Hunhe untuk menikmati keindahan malam.
Jelajah Jilin diteruskan ke Miracle Rime Corridor, di mana fenomena ‘rime’ menjadikan pokok-pokok diliputi kristal ais yang indah — mencipta suasana seperti dunia dongeng musim sejuk. Di bandar Jilin juga, peserta akan bersiar-siar di Changbai Island sambil melihat ribuan burung di sekitar sungai. Perjalanan diteruskan ke Changchun untuk melawat Northeast Folk Museum, yang mempamerkan budaya rumah-rumah tradisional di timur laut China. Malam bermalam di Changchun.
Hari keempat dimulakan dengan melawat The Manchuko Imperial Palace Museum — bekas istana bersejarah era Manchukuo, tempat di mana pengunjung boleh menyelusuri seni bina serta sejarah politik dan budaya Jepun di Manchuria. Rombongan kemudian bergerak ke Harbin dan mengunjungi Sun Island International Snow Sculpture Art Expo, acara ukiran ais berskala besar yang menampilkan pelbagai bentuk seni ukiran salji yang memukau, serta pengalaman musim sejuk meriah yang diiringi dengan suasana festival.
Lawatan di Harbin diteruskan ke Volga Manor — taman bertemakan Rusia yang menampilkan seni bina klasik Rusia serta lukisan dan arca sejarah yang menarik. Seterusnya, peserta dibawa ke pameran Ice and Snow World di mana arca ais dan salji yang terang bercahaya memberikan pengalaman visual luar biasa, terutamanya pada waktu malam. Di sinilah keindahan sebenar musim sejuk Harbin terserlah.
Sebelum meninggalkan Harbin, peserta berpeluang bergambar di Sophia Square dengan bangunan gereja yang indah. Di Central Avenue, suasana seperti berada di Eropah menawarkan deretan sejarah dan bangunan klasik untuk diterokai. Peserta juga akan melawat Harbin Flood Control Memorial Tower dan berjalan di atas Middle East Railway Bridge-Glass Walkway, jambatan kaca yang menawarkan panorama sungai yang menakjubkan. Akhir sekali, pengunjung dibawa ke Old Daowai Baroque Street, kawasan yang penuh dengan warisan budaya dan kedai klasik. Seterusnya, rombongan kembali ke Beijing dan bermalam di sana.
Perjalanan pulang ke tanah air dimulakan dengan menaiki penerbangan dari Beijing ke Kuala Lumpur, menamatkan kembara musim sejuk penuh ais dan salji yang pasti sukar dilupakan.
BANDAR
BIL MALAM
SHENYENG
1 MALAM
JILIN
1 MALAM
CHANGCHUN
1 MALAM
HARBIN
2 MALAM
BEIJING
1 MALAM
TARIKH
NO. PENERBANGAN
PENERBANGAN
KUL- ETA (KUL- PKX)
HARI 1
MH 318
MALAYSIA AIRLINE
0040 - 0700
NO. PENERBANGAN
ETD- ETA (PKX-KUL)
HARI 7
MH 319
0930 - 1600
Â