Pakej Yogyakarta, Indonesia 4H3M

Duration

4 Days 3 Night

Max People

24

Pickup

KLIA 2

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - YOGYAKARTA (MT / MM)
  • 0630: Peserta berkumpul di KLIA2 dan berjumpa dengan Tour Leader di kaunter.
  • 0630: Proses daftar masuk dan boarding dibantu oleh Tour Leader.
  • 0940: Berlepas ke Yogyakarta.
  • 1120: Dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta (YIA).
  • Berjumpa dengan Tour Guide selepas selesai urusan imigresen dan pengambilan bagasi.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Melawat Studio Alam Gamplong, lokasi penggambaran filem terkenal Indonesia yang menawarkan suasana unik seolah-olah kembali ke zaman dahulu.
  • Singgah ke Masjid Jogokaryan, masjid ikonik yang terkenal dengan pengurusan masjid moden dan sering menjadi inspirasi kepada pelancong Muslim.
  • Daftar masuk hotel.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Kembali ke hotel dan berehat.
HARI 2 YOGYAKARTA (SP / MT/ MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke Pantai Timang, destinasi ikonik di Jogja yang terkenal dengan gondola tradisional merentasi Laut Selatan dan pernah dipaparkan dalam rancangan Running Man.
  • Menikmati makan tengah hari dengan hidangan Fresh Lobster, menu popular yang menjadi tarikan pengunjung ke Pantai Timang.
  • Singgah di On The Rock Pantai Drini, lokasi bergambar yang menawarkan panorama Laut Selatan yang memukau.
  • Menikmati panorama matahari terbenam di Obelix Sea View, antara lokasi sunset paling popular di Yogyakarta dengan pelbagai spot bergambar yang menarik.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Kembali ke hotel dan berehat.
HARI 3 YOGYAKARTA (SP / MT/ MM)
  •  Sarapan pagi di hotel.
  • Menikmati pengalaman menaiki Volkswagen Klasik Tour menyusuri kawasan desa, sawah padi dan perkampungan tradisional Yogyakarta yang cukup mendamaikan.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Merasai pengalaman menaiki Gerobak Lembu, pengangkutan tradisional yang masih digunakan oleh masyarakat desa di Yogyakarta.
  • Singgah di Hutan Pinus, antara tempat menarik di Jogja yang terkenal dengan suasana nyaman.
  • Melawat HeHa Sky View, destinasi tanah tinggi yang menawarkan panorama bandar Yogyakarta serta pelbagai spot bergambar yang instagrammable.
  • Singgah membeli Bakpia, ole-ole ikonik yang wajib dibawa pulang dari Yogyakarta.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Singgah membeli-belah di Jalan Malioboro, destinasi membeli-belah paling popular di Yogyakarta yang terkenal dengan batik, kraftangan dan pelbagai cenderamata.
  • Kembali ke hotel dan berehat.
HARI 4 YOGYAKARTA - KUALA LUMPUR (SP / MT)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Daftar keluar hotel.
  • Melawat Kraton Yogyakarta, istana rasmi Kesultanan Yogyakarta yang masih menjadi pusat warisan budaya Jawa sehingga hari ini.
  • Membeli-belah di Pasar Beringharjo, pasar tradisional paling terkenal di Yogyakarta yang menawarkan pelbagai pilihan batik, cenderamata dan makanan tempatan.
  • Singgah membeli-belah di Pusat Batik Jogja, syurga batik berkualiti pada harga yang berpatutan.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta (YIA).
  •  1730: Berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan 1001 kenangan indah dari Wilayah Istimewa Yogyakarta bersama Singgahsana Holidays.
  • 2100: Dijangka tiba di KLIA2 .

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan pergi dan balik.
  • 20kg Bagasi Penerbangan.
  • Pengangkutan untuk 4 hari termasuk pemandu, parking, toll dan sebagainya.
  • 3 malam penginapan di hotel pilihan.
  • 3 kali sarapan pagi di hotel penginapan.
  • 4 kali makan tengahari & 3 kali makan malam.
  • Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan seperti dalam itinerary.
  • Tour Volkswagen.
  • Jeep Pantai Timang.
  • Tour Gerobak lembu.
  • Tour guide yang berpengalaman dengan tetamu Malaysia.
  • Tipping untuk tour guide dan pemandu bas.
  • Tour Leader dari Malaysia untuk membantu sepanjang trip.
  • Insuran perjalanan luar negara (Travel Insurance) - Max umur 70 tahun.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan diatas.
  • Tour, minuman dan makanan tambahan.
  • Sebarang peberlanjaan bersifat peribadi seperti porter, sim kad dll..

Senarai Hotel 

BANDAR NAMA HOTEL BIL MALAM
YOGYAKARTA SWISSBEL / LAMORA / SETARAF 3 MALAM


Info Penerbangan

HARI PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 AIR ASIA KUL - YIA 0940 1120
4 YIA - KUL 1730 2100


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM100/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh lawatan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
From
RM2,490.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,490.00

Children

RM2,490.00

Services

Deposit Option 10% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,490.00

Children

RM2,490.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Discount
18-09-2026 21-09-2026 RM2,490.00 RM2,490.00 View Discount
06-11-2026 09-11-2026 RM2,690.00 RM2,690.00 View Discount