Pakej Tokyo + Mt. Fuji + Snow Resort, Jepun 6H/7H4M

Duration

6/7 Days 4 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - NARITA
  • Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Narita.
HARI 2 TOKYO - FUJI (MT/MM)
  • Lawatan ke Mt. Fuji:
      • Berfoto di Lake Kawaguchi, salah satu tasik antara Fuji Five Lakes dan yang paling menjadi tumpuan para pelancong untuk mengambil foto sisi .lain Mt. Fuji.
      • Masjid Fujikawaguchiko terletak di tepi Tasik Kawaguchi, 20 minit berjalan kaki dari Stesen Kawaguchiko. Ia adalah masjid pertama di Fuji yang didirikan pada tahun 2020.
      • Merasai pengalaman memetik buah Strawberi di sekitar Fuji. Peserta dapat menikmati buah strawberi pada akhir musim sejuk dan awal musim bunga.
      • Melawat perkampungan kecil Oshino yang terletak antara Lake Kawaguchi dan Lake Yamanaka, yang terkenal dengan 8 buah kolam jernih seperti cermin bernama Oshino Hakkai. Kolam-kolam ini terbentuk secara semulajadi selama lebih 80 tahun dari letusan lava Mt. Fuji.
  • Bermalam di Fuji.
HARI 3 FUJI - TOKYO (SP / MT/ MM)
  • Lawatan ke Fuji:
      • Masa bebas untuk bermain salji di Fujiyama Snow Resort Yeti. Tetamu boleh menaiki skilift untuk menikmati pemandangan yang menarik atau bermain salji di kawasan yang disediakan dengan bayaran tambahan. (Kos Sewa Peralatan Ski : 6,000 Yen).
      • Membeli-belah di Gotemba Premium Outlet yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama-jenama terkenal di samping menikmati diskaun yang luar biasa. Di Gotemba Premium Outlet juga ada menyediakan ruang untuk bersolat.
  • Bermalam di Tokyo
HARI 4 TOKYO (SP / MM)
  • Lawatan sekitar Tokyo. Perjalanan hari ke 4 ini semua pengunjung akan berjalan mengunakan kereta api di Jepun. Semua pengunjung akan mendapat pass train yang dinamakan Tokyo Subway Pass 48HRS. Ia untuk di gunakan untuk hari ke-4 dan hari ke-5 sewaktu peserta berjalan sendiri:
      • Melawat sekitar kawasan Asakusa yang sangat terkenal dengan pintu gerbang merah Kaminarimon yang terdapat tanglung besar dibina sejak 1000 tahun dahulu dan juga Sensoji Temple yang dibina pada kurun ke-7.
      • Membeli-belah cenderamata dan manisan di laluan pejalan kaki Nakamise Street yang menempatkan lebih 50 buah kedai.
      • Solat di Okamachi Mosque atau lebih dikenali sebagai Masjid As-Salam. Masjid ini menjadi tempat tumpuan pelancong muslim dari seluruh dunia ketika bersiar-siar di kawasan Ueno.
      • Ueno Ameyoko Street. Ameyoko ialah nama pendek untuk "Ameya Yokocho" (lorong kedai gula-gula), kerana gula-gula secara tradisinya dijual di sani. Hari ini, produk seperti pakaian, beg, kosmetik, ikan segar, makanan kering dan rempah ratus dijual di sepanjang Ameyoko.
      • Masa bebas untuk membeli-belah di Akihabara yang terkenal sebagai pusat jualan barangan elektronik dan juga lokasi terkenal bagi peminat anime dan manga mencari koleksi mereka.
      • Bersiar-siar di Shibuya yang terletak di tengah kotaraya Tokyo dan telah wujud sejak kurun ke-11 lagi. Jangan lepaskan peluang untuk berfoto di Shibuya Crossing yang cukup terkenal dengan jumlah pejalan kaki yang sangat ramai yang menyeberang dari semua arah sekaligus apabila lampu isyarat bertukar merah. Ia juga menjadi antara salah satu tarikan yang ikonik di Jepun.
  • Bermalam di Tokyo.
HARI 5 TOKYO (SP)
  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri seperti berhibur di Disneyland dan Disneysea Tokyo, Sea Life Park, Legoland Discover
    Center atau menaiki train melawat Odaiba yang terkenal dengan Odaiba Beach dan Rainbow Bridge.* Tiket masuk tempat lawatan dan pengangkutan tidak termasuk dalam pakej.
  • Bermalam di Tokyo.
HARI 6 TOKYO - NARITA - KUALA LUMPUR (SP)
  • Ginza: Masa bebas untuk shopping seperti snek popular Japan, kosmetik, pakaian dan cenderamata.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.
HARI 7 KUALA LUMPUR
  • Tiba di Kuala Lumpur

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket Tokyo Subway Pass 48HRS.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas perjalanan.
  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program seperti Disneyland, Disneysea Tokyo, Sea Life Park dan Legoland Discover Center.
  • Travel & Covid-19 Insurans - Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Senarai Hotel

BANDAR BIL MALAM
MT. FUJI 1 MALAM
TOKYO 3 MALAM


Info Penerbangan

HARI PENERBANGAN KOD PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MALAYSIA AIRLINES MH 88 KUL - NRT 2335 0715 + 1
6 MH 71 NRT - KUL 2150 0500 + 1


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
From
RM7,490.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,490.00

Children

RM7,490.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 22% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,490.00

Children

RM7,490.00

Babies

RM500.00

Services