Pakej Taipei + Geo Park + Sun Moon Lake, Taiwan 5/6H4M

Duration

5 Days 4 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - TAIPEI - TAICHUNG (MM)

Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Taipei. Tiba di Taiwan, perjalanan diteruskan ke Taichung dan lawatan bermula di Gaomei Wetlands, lokasi terkenal untuk menikmati suasana matahari terbenam yang menenangkan dan sesuai untuk bergambar. Pada waktu malam, peserta dibawa ke Yichung Night Market, pasar malam popular yang meriah dengan makanan jalanan, fesyen remaja dan suasana hidup. Bermalam di Taichung.

HARI 2 TAICHUNG - NANTOU - TAICHUNG (SP / MT / MM)

Hari ini peserta dibawa ke Nantou untuk menikmati keindahan semula jadi Sun Moon Lake, tasik berbentuk matahari dan bulan yang dikelilingi gunung hijau – lokasi bergambar yang indah. Kemudian, merasai budaya Tea Experience, menikmati teh tradisional Taiwan. Lawatan diteruskan ke Mitsui Shopping Park LaLaport, pusat beli-belah moden dengan pelbagai jenama Jepun dan antarabangsa. Seterusnya, bergambar di Rainbow Village, kawasan rumah warna-warni yang popular di media sosial. Bermalam di Taichung.

HARI 3 TAICHUNG - TAIPEI (SP / MT / MM)

Perjalanan diteruskan ke Taipei dan aktiviti pertama adalah DIY Pineapple Cake, di mana peserta menyertai bengkel membuat kek nanas tradisional Taiwan. Seterusnya, melawat Taipei Grand Mosque, masjid terbesar di Taiwan dan pusat penting bagi komuniti Muslim di Taipei. Pada waktu malam, meneroka Ximending Night Market, kawasan beli-belah popular yang meriah dengan kedai-kedai fesyen, makanan jalanan dan suasana muda-mudi. Bermalam di Taipei.

HARI 4 TAIPEI (SP)

Lawatan hari ini membawa peserta ke kawasan klasik Shifen Old Street dan Shifen Waterfall untuk merasai suasana warisan lama Taiwan serta aktiviti tradisional melepaskan sky lantern. Kemudian ke Yehliu Geopark, taman geologi terkenal dengan batuan unik seperti "Kepala Ratu". Perjalanan diteruskan ke Jiufen, bandar peranginan era Jepun yang terkenal dengan lorong-lorong kecil, kedai teh, makanan tradisional dan pemandangan laut. Bermalam di Taipei.

HARI 5 TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP)

Sebelum pulang, peserta singgah untuk mengambil gambar di Taipei 101 View, menara ikonik setinggi 508 meter. Lawatan diteruskan ke Chiang Kai Shek Memorial Park, tapak bersejarah penting di Taiwan, dan kemudian ke Jewelry and Creative Arts Center, tempat cenderamata dengan pelbagai hasil seni seperti jed dan kristal. Seterusnya, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Alishan National Scenic Area dan Yehliu Geopark.
  • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
  • Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Compulsory Shopping Stop: DIY Pineapple Cake, Jewelry, Tea.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

 

Pilihan Hotel

LOKASI BIL MALAM
TAICHUNG 2 MALAM
TAIPEI 2 MALAM


Info Penerbangan 

TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
1 SEPTEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
5 SEPTEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
11 SEPTEMBER 2025 D7 378 AIR ASIA X 0940 - 1440
ETD- ETA (TPE-KUL)
16 SEPTEMBER 2025 D7 379 AIR ASIA X 0005 - 0450
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
29 OKTOBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
02 NOVEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
13 NOVEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
TARIKH ETD- ETA (TPE-KUL)
17 NOVEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
10 DISEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
14 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
17 DISEMBER 2025 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
ETD- ETA (TPE-KUL)
21 DISEMBER 2025 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
15 JANUARI 2026 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
TARIKH ETD- ETA (TPE-KUL)
19 JANUARI 2026 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000
TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-TPE)
06 FEBRUARI 2026 MH 366 MALAYSIA AIRLINES 0915 - 1410
TARIKH ETD- ETA (TPE-KUL)
10 FEBRUARI 2026 MH 367 MALAYSIA AIRLINES 1510 - 2000


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,790.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,790.00

Children

RM3,790.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,790.00

Children

RM3,790.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
29-10-2025 02-11-2025 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
13-10-2025 17-10-2025 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
10-12-2025 14-12-2025 RM4,090.00 RM4,090.00 RM500.00 View Discount
17-12-2025 21-12-2025 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
15-01-2026 19-01-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
06-02-2026 10-02-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount