Pakej Taipei + Alishan + Sun Moon Lake, Taiwan 5H4M

Duration

5 Days 4 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - TAIPEI - TAICHUNG - CHIAYI (MM)
  • Berkumpul di terminal KLIA untuk menaiki penerbangan ke Taipei.
  • Lawatan di Taichung:
      • Gaomei Wetlands: Masa bebas untuk bersiar-siar, berfoto dan menikmati pemandangan matahari terbenam di Gaomei Wetlands. Ditambah lagi dengan barisan kincir angin sepanjang kawasan ini menjadikan pemandangan ini adalah spot yang terbaik untuk foto Instagram dan penuh dengan ketenangan.
  • Bermalam di Chiayi.
HARI 2 CHIAYI - ALI MOUNTAIN -CHIAYI (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Alishan:
      • Alishan National Scenic Area: Melarikan diri ke kawasan hutan yang mengasyikkan dengan gunung-ganang diselimuti oleh awan, sambil menaiki keretapi lama yang masih digunakan semenjak zaman pemerintahan Jepun. Juga berpeluang bergambar di pohon Sacred Tree berumur lebih dari 3,000 tahun.
      • Chukou Visitior Centre: Berehat sebentar untuk solat dan menikmati keindahan pokok berwarna merah jambu dan ungu sambil menghirup kopi dengan sedikit bayaran tambahan.
      • Tea Experience: Menimba pengalaman merasai teh tradisi buatan orang Taiwan yang diwarisi zaman-berzaman.
      • Photo Stop Di Hinoki Village: Bergambar di Hinoki Village yang suasana mini Kyoto yang tenang dengan setiap sudut menampilkan seni bina kayu gaya Jepun yang mempesona.
  • Bermalam di Chiayi.
HARI 3 CHIAYI - NANTOU - TAIPEI (SP / MT /MM)
  • Lawatan di Nantou:
      • Xiangshang Visitor Centre: Bangunan yang direka bentuk seperti lengan manusia yang memeluk bumi. Di samping itu, peserta boleh menikmati dan mengambil foto pemandangan indah Sun Moon Lake.
      • Sun Moon Lake: Menikmati keindahan dengan menaiki bot persiaran melihat keindahan tasik semulajadi yang dikelilingi pergunungan hutan hijau yang berbentuk bulan di satu bahagian dan berbentuk matahari. Satu pengalaman yang menakjubkan untuk berfoto bersama teman.
      • Ximending Night Market: Pasar Malam Ximending adalah kawasan pejalan kaki yang meriah dan sibuk terletak di Daerah Wanhua, Taipei, Taiwan. Kawasan ini terkenal dengan suasana yang meriah, kedai-kedai yang trendi, dan pelbagai pilihan makanan.
  • Bermalam di Taipei.
HARI 4 TAIPEI (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Taipei:
      • Yeliu Geo Park: Yehliu Geopark adalah taman geologi yang menakjubkan terletak di Daerah Wanli, New Taipei, Taiwan. Formasi
        batu ikonik ini menyerupai profil kepala seorang ratu dan merupakan salah satu mercu tanda paling terkenal di Taiwan.
      • Jiufen: Pada asalnya sebuah bandar perlombongan emas semasa era Jepun, Jiufen telah berubah menjadi destinasi pelancongan yang popular. Jalan-jalan di Jiufen dihiasi dengan tanglung merah, mewujudkan suasana ajaib terutama pada waktu malam. Ia juga berinspirasikan seni bina Jepun seperti kedai cenderamata, kedai makanan ringan tradisi dan juga mengambil gambar di viewpoint laut.
      •  Taipei Grand Mosque: Masjid Besar Taipei adalah masjid terbesar dan tertua di Taiwan, terletak di Daerah Da'an, Taipei City. Ia berfungsi sebagai tempat ibadah yang penting bagi komuniti Muslim di Taiwan dan boleh menampung sehingga 1,000 jemaah.
      • Jewelry and Creative Arts Center: memaparkan pelbagai jenis ukiran yang unik dari pelbagai jenis sumber seperti batu jed, kristal dan juga kayu.
  • Bermalam di Taipei.
HARI 5 TAIPEI - KUALA LUMPUR (SP)
  • Lawatan di Taipei:
      • Shilin Residence Garden: Taman Kediaman Shilin, juga dikenali sebagai Taman Kediaman Chiang Kai-shek Shilin. Taman ini terkenal dengan persekitaran yang tenang, pelbagai spesies tumbuhan, dan struktur bersejarah yang terpelihara dengan baik.
      •  Chiang Kai Shek Memorial Park: Taman Memorial Chiang Kai-shek adalah monumen nasional yang penting dan tarikan pelancong yang terletak di Taipei, Taiwan. Ia dibina pada tahun 1980 untuk memperingati Chiang Kai-shek, bekas Presiden Republik Taiwan.
      • DIY Pineapple Cake: Peserta boleh menyertai bengkel praktikal di mana anda belajar membuat kek nanas tradisional Taiwan.
  • Bermalam di Taipei.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Alishan National Scenic Area dan Yehliu Geopark.
  • Pengangkutan bot dan sampan di Sun Moon Lake.
  • Pengangkutan keretapi di Alishan National Scenic Area.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Compulsory Shopping Stop: DIY Pineapple Cake, Jewelry, Tea.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

LOKASI HOTEL
CHIAYI HOTEL 3 BINTANG
TAIPEI HOTEL 3 BINTANG


Info Penerbangan 

HARI PENERBANGAN KOD PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MALAYSIA AIRLINE MH 366 KUL - TPE 0920 1410
5 MH 367 TPE - KUL 1510 2005


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,490.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,490.00

Children

RM3,490.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,490.00

Children

RM3,490.00

Babies

RM500.00

Services