Pakej Scandinavia (Sweden + Norway + Denmark) 9H6M

Duration

9 Days 6 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - ISTANBUL

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Copenhagen
(transit di Istanbul).

HARI 2 ISTANBUL - COPENHAGEN (SP / MM)

Lawatan di Copenhagen:

  • Frederiksborg Castle: Istana yang dibina pada abad ke-17 ini terletak di tepian tasik yang cukup luas dengan laman bunga yang juga luas, amat menarik sebagai tempat berfoto. Pernah mengalami kebakaran besar pada tahun 1859.
  • The Little Mermaid: Tugu yang dibina di tepi laut sebagai memperingati legenda ikan duyung separuh badan manusia yang berasal dari negara Denmark. Gefion Fountain: Air pancut ini diukir pada tahun 1908 dengan menggambarkan sejarah kewujudan kota Copenhagen pada abad ke-10.
  • Nyhavn: Kawasan yang paling ikonik untuk berfoto di Copenhagen dengan sederetan bangunan berwarna-warni yang terletak di hadapan pelabuhan canal.
  • Amalienborg Palace: Istana kediaman rasmi keluarga diraja Denmark yang dibina pada 1760.
  • Christianborg Palace: Dibina pada 1928, istana ini merupakan parlimen bagi kerajaan Denmark bersidang dan juga dewan rasmi kegunaan Raja Denmark menyambut tetamu rasmi negara.
  • Rosenborg Castle: Istana kediaman rasmi keluarga diraja Denmark sejak dibina pada 1606 sehingga tahun 1760.
  • Masa bebas untuk membeli-belah dan bersiar-siar di Stroget.

Bermalam di Copenhagen.

HARI 3 COPENHAGEN - DFDS CRUISE (SP / MM)

Lawatan di Copenhagen:

  • Membeli-belah di Ringsted Outlet yang menampilkan butik-butik jenama terkenal seperti Calvin Klein, Levi’s, Lacoste dan Guess dengan diskaun istimewa.
  • Menaiki kapal persiaran DFDS menuju ke Copenhagen melalui kawasan lembah Oslofjord dan bermalam di dalam kapal persiaran ini.

Bermalam di dalam kapal persiaran.

HARI 4 OSLO - BYGDOY - GEILO/GOL (SP / MM)
Lawatan di Oslo:
  • Masa bebas untuk membeli-belah di kawasan majoriti Muslim di Oslo iaitu di Gronland dan bersolat di Islamic Cultural Centre Norway.
Bermalam di Geilo.
HARI 5 GEILO/GOL - FLAM - MYRDAL - GUDVANGEN - GEILO/GOL (SP / MM)

Lawatan di Flam:

  • Menaiki keretapi Flamsbana menuju ke Myrdal, di mana perjalanan ini akan membawa tetamu merentasi kawasan pergunungan dan lembah Fjord yang indah di Norway. Dianggap sebagai salah satu perjalanan keretapi dengan pemandangan paling cantik di dunia.
  • Keretapi ini akan berhenti sebentar di air terjun Kjosfossen Falls setinggi
    225m bagi memberi peluang kepada tetamu mengambil foto di sini.
  • Pulang semula ke Flam menaiki keretapi Flamsbana dan menaiki pula kapal persiaran Fjord Cruise menyelusuri sepanjang lembah pergunungan Naerofjord yang tersangatlah cantik dan indah sehinggakan tersenarai di dalam UNESCO World Heritage List, menuju ke Gudvangen.

Bermalam di Geilo.

HARI 6 GEILO/GOL - OSLO - STOCKHOLM (SP /MM)
  • Bertolak menuju ke Stockholm dengan menaiki keretapi laju dari Oslo Central station yang dibina pada 1987.

Bermalam di Stockholm.

HARI 7 STOCKHOLM (SP /MM)

Lawatan di Stockholm:

  • Drottningholm Palace: Istana kediaman peribadi keluarga diraja Sweden yang dibina kurun ke-16 dengan taman bunga yang cukup luas dipanggil Baroque dan English Garden. Terdapat juga di sini bangunan istimewa Chinese Pavilion yang berseni binakan kaum Cina.
  • Stockholm Palace: Dibina pada 1760, istana rasmi diraja Sweden ini menempatkan pejabat raja dan istana di mana raja Sweden menerima kunjungan hormat diplomat dan pemimpin asing.
  • Parliament House: Bangunan parlimen ini dibina pada 1905 berdekatan dengan Stockholm Palace dan menjadi salah satu bangunan ikonik di kota ini.
  • Nobel Prize Museum: Bangunan kurun ke-17 ini menempatkan segala maklumat mengenai pengasas, pemenang-pemenang dan sejarah Nobel Prize.
  • Membeli-belah di kedai-kedai cenderamata abad ke-17 sepanjang jalan kota lama Gamla Stan yang sebenarnya merupakan sebuah pulau kecil.
  • Bersolat di Stockholm Grand Mosque yang pada asalnya dibina pada 1903 sebagai sebuah stesen janakuasa elektrik sebelum ditukar menjadi masjid pada 1999.
  • Fjallgatan View Point: Dipanggil sebagai Stockholm’s Balcony kerana kawasan ini menawarkan pemandangan panorama pusat bandar Stockholm dan juga Djurgarden Island. Di sekitar sini juga, terdapat bangunan dan rumah lama orang Stockholm tahun 1700an, dan kafe-kafe untuk berehat minum kopi sambil menikmati pemandangan.

Bermalam di Stockholm.

HARI 8 SIGTUNA - STOCKHOLM - ISTANBUL (SP)

Lawatan di bandar tertua di Sweden yang wujud sejak tahun 980, Sigtuna:

  • Sigtuna Museum: Bangunan merah paling ikonik di bandar ini yang dibina di atas bekas tapak istana raja pertama Sweden, King Eric The Victorious. Muzium ini menceritakan tentang kepentingan bandar Sigtuna ini yang menjadi bandar terpenting di Sweden sejak dari
    zaman Viking hingga kurun ke-13.
  • Sigtuna Radhus: Dewan bandar yang dibina pada tahun 1744 dengan menara jam ini dikatakan sebagai city hall yang terkecil di Eropah.
  • Membeli-belah cenderamata di kedai-kedai kecil sepanjang jalan Stora Gatan yang wujud sejak beratus tahun lamanya
  • Bersiar-siar di tebing Lake Malaren yang mendamaikan dan berfoto dengan batu-batu berukir di sini tinggalan zaman Viking yang dipanggil Rune Stones.

Bertolak pulang ke Kuala Lumpur (transit di Istanbul).

HARI 9 ISTANBUL - KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket keretapi SJ Train dari Oslo – Stockholm dan Flamsbana dari Flam – Myrdal – Flam.
  • Tiket Fjord Cruise dari Flam – Gudvangen.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih professional.
  • Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Rujuk Agen berdekatan untuk pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
COPENHAGEN 1 MALAM
DSFS FERRY 1 MALAM
GELIO 2 MALAM
STOCKHOLM 2 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 TK 61 TURKISH AIR KUL - IST 2345 0520
2 TK 1783 IST - CPH 0715 0930
8 TK 1796 ARN - IST 1830 2315
9 TK 60 IST - KUL 0140 1705
HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 TK 61 TURKISH AIR KUL - IST 2345 0605
2 TK 1783 IST - CPH 0825 0955
8 TK 1796 ARN - IST 1755 2335
9 TK 60 IST - KUL 0155 1705


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM11,390.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM11,390.00

Children

RM11,390.00

Services

Deposit Option 14% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM11,390.00

Children

RM11,390.00

Services