Pakej Pulau Hainan, China 5H4M

Duration

4 Days 3 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - HAIKOU
  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Haikou, Hainan.
  • Bermalam di Haikou.
HARI 2 HAIKOU - DANZHOU (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Haikou:
      • Melawat Haikou Waterfront Center yang menawarkan pemandangan laut yang indah serta kemudahan membeli-belah, restoran, dan ruang rekreasi. Pelancong boleh bersiar-siar di sepanjang pesisir pantai, menikmati makanan tempatan, membeli-belah, dan mengambil gambar sambil merasai suasana santai bandar Haikou.
      • Melawat Old Town Arcades kawasan bersejarah ini terkenal dengan deretan bangunan arked lama yang mempamerkan seni bina klasik Cina dan kolonial.
      • Melawat Ocean Flower Island, yang menawarkan pelbagai tarikan hiburan berasaskan laut, termasuk permainan, pertunjukan dan kawasan rekreasi yang sesuai untuk keluarga.
      • Bersiar-siar di Ocean Flower Dynasty Feast, kawasan jamuan bertema diraja ini menawarkan pelbagai hidangan mewah yang diilhamkan oleh budaya dan sejarah dinasti China. Pelancong boleh menikmati makanan istimewa sambil menyaksikan persembahan tradisional yang memukau, menjadikan pengalaman makan lebih
        menyeronokkan dan berkesan di Haikou.
  • Bermalam di Danzhou.
HARI 3 SANYA - HAIKOU (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Sanya:
      • Berpeluang solat di Nankai Mosque yang merupakan masjid yang indah dengan seni bina Islam tradisional dan suasana yang tenang. Pelancong boleh mengagumi reka bentuk yang rumit, mendengar azan yang merdu, dan mempelajari sejarah komuniti Muslim tempatan.
      • Melawat Tianya Town di Hainan yang menawarkan suasana budaya tempatan dengan kedai unik, makanan tradisional, dan seni jalanan, di mana pelancong boleh berjalan santai, bergambar, dan menikmati hidangan tempatan.
      • Melawat Ocean Health Center yang menawarkan pelbagai rawatan dan aktiviti kesihatan berasaskan laut, termasuk spa, terapi air laut, dan program pemulihan tubuh.
      • Bersiar-siar di Sanya Internet Celebrity Night Mark
  • Bermalam di Sanya.
HARI 4 SANYA (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Sanya:
      • Tradisional Chinese Medicine Culture Center yang mempamerkan sejarah, teori, dan amalan perubatan tradisional Cina. Pelancong boleh belajar tentang herba dan teknik rawatan tradisional, menyaksikan demonstrasi terapi, serta memahami kepentingan budaya kesihatan Cina secara mendalam.
      • Melawat Beautiful Crown Big Tree Mansion merupakan destinasi unik ini terkenal dengan seni bina yang menggabungkan rumah pokok dan reka bentuk moden.
      • Yalong Bay Rose Valley mempunyai ladang bunga mawar yang luas dan pemandangan semula jadi yang indah.
      • Bergambar di Coconut Dream Corridor (Photo Shop) yang menawarkan laluan berhiaskan pokok kelapa yang cantik, sesuai untuk bergambar dan sesi fotografi.
  • Bermalam di Sanya.
HARI 5 SANYA - HAIKOU - KUALA LUMPUR (SP / MT)
  • Lawatan di Sanya:
      • Merasai pengalaman untuk menaiki Helicopter Low Altitude yang akan berterbangan sepanjang 1 km untuk menikmati pemandangan dan bergambar di sekitar Sanya.
      • Bamboo Charcoal Health Center menawarkan pelbagai rawatan kesihatan dan kecantikan menggunakan arang buluh, termasuk spa, terapi tubuh, dan aktiviti relaksasi.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
HAIKOU 1 MALAM
DANZHOU 1 MALAM
SANYA 2 MALAM


Info Penerbangan

TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
HARI 1 HU 756 HAINAN AIRLINES KUL - HAK 2105 0025
HARI 5 HU 755 HAK - KUL 1630 1955


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM2,190.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,190.00

Children

RM2,190.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 26% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,190.00

Children

RM2,190.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
05-04-2026 09-04-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
12-04-2026 16-04-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
19-04-2026 23-04-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
26-04-2026 30-04-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
03-05-2026 07-05-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
10-05-2026 14-05-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
17-05-2026 21-05-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
24-05-2026 28-05-2026 RM2,590.00 RM2,590.00 RM500.00 View Discount
31-05-2026 04-06-2026 RM2,590.00 RM2,590.00 RM500.00 View Discount
07-06-2026 10-06-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
14-06-2026 18-06-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
21-06-2026 25-06-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount
28-06-2026 01-07-2026 RM2,190.00 RM2,190.00 RM500.00 View Discount