Pakej Private South Island, New Zealand 9H8M

Duration

9 Days 8 Night

Max People

10 Pax

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 CHRISTCHURCH AIRPORT → LAKE TEKAPO

Sebaik tiba di Christchurch, kita terus memulakan perjalanan indah menuju Lake Tekapo. Singgah bergambar di Church of the Good Shepherd yang terkenal dengan pemandangan tasik biru memukau. Kemudian nikmati pengalaman santai di Tekapo Springs hot pools (jika sempat). Jika cuaca mengizinkan, malam anda akan ditemani aktiviti stargazing di bawah langit paling gelap dan tercantik di dunia.

HARI 2 LAKE TEKAPO (FULL DAY)

Melawat Mt John Observatory Lookout Point untuk melihat panorama Tasik Tekapo dari puncak. Kemudian kita ke Lake Pukaki dengan latar belakang Mount Cook yang megah. Nikmati juga lawatan ke Twizel Salmon Farm. Malam hari, anda bebas menikmati suasana damai Tekapo atau meneruskan aktiviti stargazing.

HARI 3 LAKE TEKAPO → TE ANAU (DRIVE)

Perjalanan hari ini melalui laluan paling cantik, Lindis Pass.Kita akan singgah di Cromwell yang terkenal dengan deretan gerai buah-buahan segar dan Kingston Lakeside. Tiba di Te Anau, anda bebas untuk bersiar-siar di sekitar lakefront. Musim tertentu juga ada aktiviti petik buah di Cromwell!

HARI 4 TE ANAU → MILFORD SOUND (DAY TRIP)

Kita bertolak awal ke Milford Sound, antara fjord tercantik di dunia. Perjalanan akan melalui Mirror Lakes, terowong Homer Tunnel dan beberapa viewpoint epik. Setibanya di Milford Sound, kita menaiki cruise selama 2 jam menyusuri fjord dikelilingi gunung-gunung megah dan air terjun tinggi. Selesai cruise, kita kembali ke Te Anau untuk berehat.

HARI 5 TE ANAU → QUEENSTOWN

Kita bergerak ke destinasi paling ikonik di South Island iaitu Queenstown. Tiba sahaja, check-in dan kemudian naik Skyline Gondola menikmati pemandangan bandar dari puncak. Boleh cuba Luge Ride untuk pengalaman lebih menyeronokkan. Malam hari, santai-santai di kawasan Lakefront Queenstown.

HARI 6 QUEENSTOWN (FULL DAY)

Hari bebas untuk anda menikmati segala tarikan menarik Queenstown.

  • Shotover Jet atau Jet Boat Ride (Optional)
  • Memetik anggur di Gibbston Valley Wineries
  • Atau pilih sesi relaks di Onsen Hot Pools menghadap lembah sungai

Petang: masa untuk shopping & jalan-jalan sekitar pekan Queenstown.

HARI 7 QUEENSTOWN → CHRISTCHURCH (SCENIC DRIVE)

Perjalanan pulang melalui laluan cantik Lindis Pass dan Wanaka. Kita singgah di Lake Tekapo sekali lagi untuk bergambar dan rehat. Tiba di Christchurch pada sebelah petang, check in dan free & easy.

HARI 8 CHRISTCHURCH (FULL DAY)

Hari santai menjelajah bandar:

  • Christchurch Botanic Gardens
  • Riverside Market
  • Riccarton Mall

Sesi terakhir untuk membeli buah tangan sebelum pulang.

HARI 9 CHRISTCHURCH → KUALA LUMPUR

bergerak ke lapangan terbang dan berlepas pulang ke Malaysia dengan penuh kenangan indah South Island.

Included/Excluded

  • Penginapan (Homestay / Holiday Park)
  • Pengangkutan Persendirian (MPV / VAN)
  • Pemindahan Lapangan Terbang
  • Pemandu (2 orang pemandu)
  • Petrol, Parkir & Tol
  • Pemandu merangkap Ketua Rombongan
  • Tiket Milford Sound Cruise dan Skyline Gondola
  • Tiket Penerbangan Antarabangsa
  • Penerbangan Domestik (Jika dari Auckland)
  • Insurans Perjalanan
  • Makanan dan Minuman sepanjang trip
  • Perbelanjaan Peribadi
  • Tiket Masuk
  • Tip untuk Pemandu & Ketua Rombongan (Tidak Wajib)
  • Aktiviti Peribadi / Aktiviti Tambahan

 

NOTA PERJALANAN

Peringatan Cuaca:
Jika cuaca menjadi buruk, jadual perjalanan mungkin berubah, ditangguhkan, atau digantikan dengan aktiviti lain.

Keadaan Jalan:
Masa perjalanan bergantung pada cuaca dan keadaan jalan. Jika laluan tertentu ditutup, masa pemanduan tambahan mungkin diperlukan.

Rehat Tandas, Makan & Solat:
Sila maklumkan kepada pemandu pada bila-bila masa jika anda perlu berhenti ke tandas. Kami akan berhenti di lokasi yang sesuai untuk waktu makan dan solat.

Utamakan Keselamatan:
Sentiasa patuhi arahan pemandu dan pemandu pelancong.

Fleksibiliti & Ketepatan Masa:
Itinerari boleh berubah bergantung kepada keadaan setempat dan faktor keselamatan.

Ubat-Ubatan & Insurans:
Bawa ubat peribadi anda dan pastikan anda mempunyai insurans perjalanan yang sah.

Pakaian:
Bawa pakaian yang hangat kerana suhu boleh turun, terutama pada waktu malam.
Bawa jaket kalis air untuk Milford Sound Cruise dan pakai kasut berjalan yang selesa.


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran 50% dalam tempoh 6 bulan sebelum penerbangan dan pembayaran penuh 3 bulan sebelum penerbangan
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM9,300.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM9,300.00
Deposit Option 10.75% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM9,300.00