Pakej Kunming + Dali + Lijiang + Shangri-La, China 9H7M

Duration

8 / 9 Days 7 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - KUNMING - SHILIN (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Kunming. Tiba di Kunming. Bermalam di Shilin.

HARI 2 SHILIN - CHUXIONG (SP /MT / MM)

Lawatan di Shilin:

  • Black Stone Forest terkenal kerana bentuk batunya yang unik dan memukau. Batu-batu tersebut terbentuk dari proses geologi yang berlangsung selama ribuan tahun, yang menciptakan pemandangan yang sangat menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan jalan dan
    tangga untuk memudahkan pengunjung meneroka tempat ini. Keindahan alami dan kekayaan sejarah serta budayanya menjadikan Black Stone Forest Shilin sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik dan memikat di daerah ini.

Lawatan di Chuxiong:

  • Melawat Yi Ancient Town, tempat tarikan pelancong yang menggabungkan keindahan alam, sejarah serta budaya yang kaya dan kehidupan tempatan yang sebenar, menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasakan keindahan masyarakat china yang kuno dan tradisional. Mereka juga terkenal dengan hasil kraftangan tempatan yang unik dan berkualiti tinggi. Seperti kain tenun, seramik dan ukiran kayu. Tetamu dapat membeli cenderahati sebagai kenangan semasa berkunjung disini.

Bermalam di Chuxiong.

HARI 3 CHUXIONG - DALI - LIJIANG (SP /MT / MM)

Lawatan di Dali:

  • Santorini China: Merupakan tempat pelancongan yang diilhamkan dari senibina Pulau Santorini di Greece. Pengunjung dapat menikmati
    pemandangan laut yang cantik, berbelanja di kedai-kedai yang unik. Tempat ini sangat mesra terhadap semua tetamu dari peringkat umur.

Lawatan di Lijiang:

  • Lijiang Ancient Town, Sifang Street adalah sebuah bandar lama yang terkenal di China dan memiliki daya tarikan pelancong yang unik.
    Bandar ini terkenal dengan arsitektur silam yang menarik. Seperti rumah tradisional, batu yang disusun menjadi jalan sepanjang bandar
    dan sistem air kuno. Tetamu juga akan disajikan dengan pemandangan indah Taman Nasional Gunung Yulong. Dan menjadikan tempat ini
    adalah daya tarikan bagi mereka yang tertarik dengan sejarah, budaya dan keindahan alam China yang unik.
  • Bersiar-siar di Heilongtan Park yang terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan terutama pemandangan berlatar belakang
    Gunung Yulong yang tinggi dan pantulan gunung dan langit di permukaan tasik menjadikan ia tempat rekreasi yang popular bagi
    penduduk setempat dan pelancong.

Bermalam di Lijiang.

HARI 4 LIJIANG (SP /MT / MM)

Lawatan di Lijiang:

  • Snow Mountain Glacier Park adalah destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang
    mempesonakan. Pengunjung dapat menikmati pemandangan spektakuler dari ketinggian menggunakan kabel gondola. Selain itu, taman ini menawarkan berbagai aktivitas luar ruangan seperti trekking, mendaki, dan mengunjungi desa-desa lokal di sekitarnya. Keberagaman hayati di taman ini menambah daya tariknya sebagai salah satu destinasi alam yang menakjubkan di sini.
  • Impession Lijiang Show adalah persembahan kebudayaan luar yang menakjubkan. Persembahan ini menampilkan lebih 500 pelakon
    tempatan, termasuk etnik monoriti, yang mempersembahkan tarian tradisional, nyanyian dan cerita rakyat yang memukau. Pelancong
    dapat menikmati gabungan seni persembahan dan pemandangan alam yang mempesona, sambil mempelajari budaya dan tradisi unik
    masyarakat Yunnan.
  • Melawat dan bersiar-siar di White River + Blue Moon Valley adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan di wilayah ini. Terkenal dengan airnya yang berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan, serta menjelajahi landskapnya dengan berjalan kaki di sepanjang pejalanan kaki yang disediakan tepi sungai. Blue Moon Valley menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dan memukau, menjadikannya salah satu  tarikan utama bagi tetamu yang berkunjung ke Lijiang.

Bermalam di Lijiang

HARI 5 LIJIANG - SHANGRI-LA - LIJIANG (SP /MT / MM)

Lawatan di Shangri-la:

  • Tiger Leaping Gorge Scenic Area menawarkan pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang eskslusif. Dan air
    sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam didalam kenangan.
  • Berhenti bergambar di Baishuitai Cotton’s Fort, iaitu salah satu tempat yang cantik terletak di kaki Gunung Salji Haba. Tarikan utama di sini ialah kristal mineral putih yang besar sepanjang 140m sehingga 160m lebar berbentuk kolam yang bertingkat. Air mata air yang melimpahi kolam kristal seperti air terjun jernih dari puncak gunung.

Bermalam di Lijiang

HARI 6 LIJIANG - DALI (SP /MT / MM)

Lawatan di Dali:

  • Xizhou Ancient Town terkenal dengan seni bina tradisional Bai yang terpelihara, dihiasi ukiran halus dan warna-warna ceria. Pelancong
    dapat menerokai pasar tempatan, mencuba makanan tradisional seperti Xizhou Baba, dan melihat demonstrasi pembuatan kain batik
    Bai. Mereka juga melawat rumah-rumah lama yang bersejarah, menikmati suasana tenang kampung dan mempelajari budaya serta tradisi etnik Bai.
  • Dali Ancient Town: Merupakan diantara tempat pelancongan paling popular di Yunnan. Kota ini dipelihara oleh kerajaan tempatan dengan melarang sebarang pembinaan moden di bandar lama ini. Para tetamu yang berkunjung dapat menikmati kombinasi pengalaman yang unik seperti senibina bersejarah, keindahan alam dan kebudayaan.
  • Erhai Lake: Terkenal dengan air jernih dan pemandangan indah berlatarbelakangkan pergunungan Cangshan. Pelancong berpeluang menaiki basikal di sepanjang tasik, menikmati matahari terbenam, serta melawat kampung-kampung tradisional.
HARI 7 DALI - KUNMING (BULLET TRAIN) (SP /MT / MM)

Lawatan di Kunming:

  • Bersolat di Shuncheng Mosque. Masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) yang merupakan satu-satunya dinasti di
    China yang aktif menyebarkan agama islam.
  • West Temple Tower: Tempat tarikan bersejarah di Kunming. Dibina pada Dinasti Tang, sebuah menara pagoda tiga tingkat yang bercirikan senibina khas dan hiasan tradisional.
  • Jinbi Square: Sebuah kota moden di Kunming yang menjadi titik pertemuan diantara penduduk setempat dan pengunjung. Tempat ini
    mempunyai bangunan rekabentuk sentuhan China yang khas. Tempat ini sering menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara komuniti,
    pertunjukan seni dan festival. Menjadikanya tempat tumpuan bagi pengunjung dan orang tempatan.
  • Nanqiang Market: Dikenali sebagai "Internet Celebrity Night Market" di Kunming, adalah sebuah daerah kebudayaan dan komersial yang
    mengekalkan gaya dan ciri-ciri bangunan bersejarah, yang meliputi pelbagai format seperti katering, hiburan, dan teater. Nanqiang Street
    dan Alley adalah salah satu daerah komersial utama di Kunming. Kedai-kedai yang berlampu indah, makanan ringan yang mempesonakan, dan persembahan yang indah menarik ramai pelancong untuk datang setiap malam.

Bermalam di Kunming.

HARI 8 KUNMING - KUALA LUMPUR (SP / MT)
  • Membeli-belah di New Luosiwan International Wholesale Market yang terkenal dengan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori,
    kraftangan, perabot dan banyak lagi pada harga borong. Selain itu, pelancong dapat menyaksikan budaya tempatan melalui kraftangan
    tradisional untuk menikmati suasana pasar yang sibuk.
  • Meluangkan masa di Dounan Flower Market dan merasai pengalaman berada di pasar bunga terbesar di Asia. Pasar ini menjadi tarikan popular pelancongan di Kunming kerana pemandangan barisan bunga segar yang tersusun rapi, berwana-warni dan keharuman bunga dari pelbagai jenis.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
KUNMING 1 MALAM
CHUXIONG 1 MALAM
LIJIANG 1 MALAM
DALI 1 MALAM
KUNMING 1 MALAM


Info Penerbangan 

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 AK 101 AIR ASIA KUL - KMG 1305 1655
8 AK 100 KMG -KUL 1755 2150
HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 OD 696 BATIK AIR KUL - KMG 2140 0115+1
9 OD 697 KMG -KUL 0215 0600


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM4,690.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,690.00

Children

RM4,690.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,690.00

Children

RM4,690.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
10-01-2026 18-01-2026 RM4,690.00 RM4,690.00 RM500.00 View Discount
17-01-2026 24-01-2026 RM4,790.00 RM4,790.00 RM500.00 View Discount
24-01-2026 01-02-2026 RM4,790.00 RM4,790.00 RM500.00 View Discount
25-01-2026 02-02-2026 RM4,590.00 RM4,590.00 RM500.00 View Discount
07-02-2026 15-02-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM500.00 View Discount
09-04-2026 17-04-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM500.00 View Discount
18-04-2026 26-04-2026 RM5,090.00 RM5,090.00 RM500.00 View Discount
16-05-2026 24-05-2026 RM4,990.00 RM4,990.00 RM500.00 View Discount
30-05-2026 07-06-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM500.00 View Discount
13-06-2026 21-06-2026 RM4,790.00 RM4,790.00 RM500.00 View Discount
20-06-2026 28-06-2026 RM4,790.00 RM4,790.00 RM500.00 View Discount