Pakej Korea Flexi 6H4M

Duration

6 Days 4 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - INCHEON

Berkumpul di KLIA Terminal 1 / 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

HARI 2 INCHEON - CHUNCHEON - SEOUL (MT / MM)
  • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

Lawatan bulan Mac - November

  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.

  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.

Lawatan bulan Disember - Februari

  • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.

  • Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.

HARI 3 SEOUL (SP / MT / MM)
  • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.

  • National Folk Museum: Memaparkan pelbagai barangan tradisional orang Korea seperti pakaian, senjata, perkakasan dan juga corak kehidupan mereka pada zaman dahulu.

  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.

  • Bersolat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.

  • Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop.

  • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.

Bermalam di Seoul.

HARI 4 SEOUL (SP)

Aktiviti bebas. Bermalam di Seoul.

HARI 5 SEOUL (SP)

Aktiviti bebas. Bermalam di Seoul.

HARI 6 SEOUL - INCHEON - KUALA LUMPUR

Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island & Gyeongbokgung Palace.
  • Pengangkutan feri ke Nami Island.
  • Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia).
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin sepanjang lawatan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional.
  • Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Shopping Compulsory: Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, Cosmetic Shop.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Permohonan K-ETA (jika dibuat sendiri tanpa melalui ejen pelancongan).
  • Travel & Covid-19 Insurans – boleh hubungi kami untuk nasihat dan cadangan insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika musim perayaan, cuti sekolah atau waktu puncak.
  • Servis tambahan di hotel seperti sewa mini bar, dobi dan porter.
  • Makanan, tiket masuk atau lawatan tambahan selain daripada yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Caj tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan.
  • Sebarang perkara lain yang tidak disebut dalam aturcara dan senarai harga termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
SEOUL 4 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 38 MALAYSIA AIRLINES KUL - ICN 1450 2230
6 MH 39 ICN - KUL 0010 0546
HARI NO. PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 D7 504 AIR ASIA X KUL - ICN 2300 0630+1
5 D7 505 ICN - KUL 0745 1315


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,090.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,090.00

Children

RM3,090.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 32% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,090.00

Children

RM3,090.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
17-05-2026 22-05-2026 RM3,590.00 RM3,590.00 RM500.00 View Discount
03-06-2026 08-06-2026 RM3,490.00 RM3,490.00 RM500.00 View Discount
06-06-2026 11-06-2026 RM3,090.00 RM3,090.00 RM500.00 View Discount
14-06-2026 19-06-2026 RM3,190.00 RM3,190.00 RM500.00 View Discount