Pakej Balkan 5 Negara, 9H7M

Duration

9 Days 7 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - ISTANBUL - ZAGREB (MM)
  • .Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Zagreb. (Transit di Istanbul).
  • Bermalam di Zagreb.
HARI 2 ZAGREB - BIHAC (SP / MM)
  • Lawatan di Zagreb:
      • Dolac Bazaar ialah pasar tradisional paling terkenal di Zagreb, terletak di antara kawasan bersejarah Kaptol dan Gradec, hanya beberapa langkah dari Dataran Ban Jelacis.
      • Lotrscak Tower merupakan salah satu mercu tanda paling terkenal di ibu negara Croatia. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan bandar dan dibina pada abad ke-13.
      • Dataran Ban Jelacis ialah dataran utama di Zagreb, Croatia, yang dinamakan sempena panglima tentera Croatia, Ban Josip Jelacis. Ia merupakan pusat bersejarah dan budaya yang penting, sering menjadi tempat pertemuan dan lokasi acara awam.
      • Gereja St. Mark yang dibina pada abad ke-13 merupakan salah satu bangunan paling ikonik di Zagreb.
      • Islamic Center and Mosque ialah pusat keagamaan dan kebudayaan utama bagi komuniti Muslim di Croatia. Kompleks ini merangkumi masjid dengan kubah besar berwarna biru, menara (minaret) yang menjulang tinggi, serta kemudahan lain seperti dewan kuliah, perpustakaan, dan ruang aktiviti masyarakat.
      • Melawat dan bersiar- siar di kawasan tasik pergunungan air terjun Plitvice Lakes yang dipanggil sebagai syurga dunia. Sesuai panggilannya, kawasan ini cukup iindah dengan tasik yang kehijauan dan rangkaian air terjunnya yang menakjubkan.
  • Bermalam di Bihac.
HARI 3 BIHAC - SARAJEVO (SP / MM)
  • Lawatan di Jajce:
      • Dolac Bazaar ialah pasar tradisional paling terkenal di Zagreb, terletak di antara kawasan bersejarah Kaptol dan Gradec, hanya beberapa langkah dari Dataran Ban Jelacis.
  • Lawatan di Travnik:
      • Castle of Travnik dibina pada abad ke-15 semasa zaman Uthmaniyah. Terletak di atas bukit dengan pemandangan indah, ia menampilkan benteng, menara, masjid, serta sebuah muzium yang memaparkan sejarah dan budaya Travnik.
      • Sulejmanija Mosque ialah masjid bersejarah di Travnik, Bosnia dan Herzegovina yang dibina pada abad ke-18 oleh Wali Bosnia, Sulejman Pasha Skopljak. Masjid ini berfungsi sebagai pusat ibadah serta menjadi warisan budaya penting bagi komuniti setempat.
  • Masa bebas untuk bersiar- siar sekitar Vrelo Bosne dan Tunnel of Hope
      •  Bersiar- siar di taman rekreasi Vrelo Bosne dan menikmati suasana tenang semulajadi taman ini.
      • Tunnel of Hope: Terowong yang dibina pada 1993 semasa Perang Bosnia untuk menghantar makanan, ubatan, dan keperluan ke Sarajevo yang dikepung tentera Serbia.
  • Bermalam di Sarajevo.
HARI 4 SARAJEVO - MOSTAR (SP / MM)
  • Lawatan di Sarajevo:
      • Membeli-belah di Bascarsija Bazaar sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu dibina pada tahun 1753, bersolat di Gazi Husrev- Bey Mosque yang merupakan masjid terbesar di Bosnia dibina pada tahun 1530, menara jam Sahat Kula dan juga Vijecnica.
      • Sarajevo City Hall (Vijećnica) dibina pada 1896, musnah semasa Perang Bosnia, dan dibuka semula pada 2014 sebagai simbol warisan budaya bandar ini.
  • Lawatan di Mostar:
      • Mostar Bridge: Jambatan ikonik Bosnia yang terkenal di serata dunia dan dibina pada abad ke-16 berdasarkan senibina Islamik Balkan. Kini menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO serta simbol perpaduan Mostar, terkenal dengan tradisi terjunan ke sungai.
      • Membeli- belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terkenal di sepanjang Neretva River dan melawat ke Turkish House.
      • Turkish House yang dibina pada abad ke -17 ini memaparkan senibina tradisional Bosnia- Turki.
      • Koski Mehmad Pasha Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1618 berdasarkan senibina Uthmaniyyah Turki.
      • Bey Mosque yang dibina pada 1531, merupakan masjid Uthmaniyyah terbesar di Bosnia dan Herzegovina serta pusat keagamaan dan budaya utama di bandar itu.
  • Bermalam di Mostar.
HARI 5 MOSTAR - TREBINJE (SP / MM)
  • Lawatan di Dubrovnik:
      • Old City of Dubrovnik: Dikenali sebagai Pearl of the Adriatic kerana keindahan pemandangannya. Kota ini sememangnya destinasi wajib jika ke Balkans.
      • Dubrovnik City Walls ini dibina untuk mempertahankan kota daripada serangan darat dan laut. Tembok ini kini menjadi tarikan utama dan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.
      • Onofrio Fountain berbentuk bulat ini dibina pada 1438 sebagai sebahagian sistem bekalan air yang menyalurkan air dari sumber sejauh 12 km di luar kota Dubrovnik.
      • Rector’s Palace kini berfungsi sebagai Muzium Sejarah Kebudayaan Dubrovnik, mempamerkan perabot antik, potret, senjata, syiling, dan dokumen bersejarah, selain menjadi lokasi konsert muzik klasik semasa Festival Musim Panas Dubrovnik.
      • Clock Tower of Dubrovnik yang dibina pada tahun 1444 terkenal dengan jam besar dan patung gangsa Maro dan Baro yang membunyikan loceng setiap jam.
  • Bermalam di Trebinje
HARI 6 TREBINJE - KOTOR - SHKODER (SP / MM)
  • Lawatan di Kotor:
      • Old Town of Kotor: Antara kota tepi laut yang cantik di Mediterranean dengan tembok kota setinggi 20m. Ia merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan lorong batu sempit, dataran kecil, dan seni bina bergaya Venetian.
      • St. Tryphon's Cathedral merupakan salah satu gereja tertua di Eropah. Ia terkenal dengan seni bina Romanesque, menara berkembar, dan khazanah agama yang berharga.
      • Kotor City Walls berfungsi sebagai pelindung utama bandar dari serangan musuh dan bersejarahnya mencerminkan pentingnya Kotor sebagai pusat perdagangan dan pelabuhan di Laut Adriatik.
      • Clock Tower dibina pada awal abad ke-17 di dataran utama Bandar Lama Kotor.
      • Square of Arms ialah dataran utama dan terbesar di Bandar Lama Kotor dan kini dipenuhi kafe, kedai, dan restoran, menjadikannya tempat
        pertemuan yang meriah bagi penduduk tempatan dan pelancong.
  • Lawatan di Budva:
      •  Land Gate di Budva, Montenegro, ialah pintu masuk utama ke Bandar Lama Budva dari arah darat. Ia menjadi laluan utama pelancong untuk masuk ke bandar lama sebelum memulakan lawatan ke mercu tanda seperti Benteng Citadel dan Gereja St. John.
      • Ancient Necropolis ialah tapak arkeologi penting yang terletak berhampiran Bandar Lama Budva, Montenegro.
      • The Fortress dibina semasa pemerintahan Venetian untuk mempertahankan bandar daripada serangan laut.
      • Ballerina diilhamkan oleh legenda tempatan tentang seorang gadis yang setia menunggu kekasihnya seorang pelaut, patung ini kini menjadi simbol Budva. Mogren Beach pula terkenal dengan dua bahagian pantai berpasir yang dihubungkan oleh sebuah terowong, terletak tidak jauh dari patung tersebut.
  • Bermalam di Shkoder.
HARI 7 SHKODER - TIRANA - OHRID (SP / MM)
  • Lawatan di Tirana:
      • Ethem Bey Mosque dibina pada tahun 1791, menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini.
      • Lawatan bas panorama melepasi Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument.
  • Lawatan di Ohrid:
      • Old Bazaar of Ohrid ialah pusat bersejarah dengan jalan berbatu, kedai tradisional, dan kafe yang menjadi tumpuan pelancong serta penduduk tempatan.
      • Ali Pasha Mosque: Merupakan salah satu masjid utama di bandar Ohrid pada zaman Uthmaniyah. Dibina pada akhir abad ke-15, ia menjadi pusat ibadah dan kegiatan masyarakat Muslim setempat.
      • Masa bebas di Chinar Square yang terkenal dengan Old Chinar Tree yang berusia lebih 1000 tahun.
      • Upper Gate, Ohrid ialah pintu gerbang kota purba yang dibina pada zaman Rom, berfungsi sebagai laluan utama ke bandar lama dan masih kekal sebagai mercu tanda bersejarah Ohrid.
      • Ancient Macedonian Theatre of Ohrid yang dibina pada abad ke-3 SM, pernah digunakan untuk persembahan seni dan acara gladiator, dan kini menjadi lokasi pementasan teater serta festival muzik.
  • Bermalam di Ohrid.
HARI 8 OHRID - SKOPJE - KUALA LUMPUR (SP)
  • Lawatan di Tetovo:
      •  Sarena Painted Mosque: Kompleks masjid yang berwarna - warni ini dibina pada tahun 1438 dan turut menempatkan laman bunga, sekolah Medresa dan Turbe (makam) 2 beradik perempuan yang menaja pembinaan masjid ini.
  • Lawatan di Skopje:
      • Kale Fortress yang dibina pada awal abad ke-6 pernah menjadi pusat pertahanan utama Skopje dan kini menjadi tapak arkeologi serta tarikan pelancongan.
      • Stone Bridge: Jambatan batu yang merentasi Vardar River di tengah kota ini dibina pada tahun 1451.
      • Masa bebas di Macedonia Square, pusat bandar Skopje, sambil membeli-belah cenderamata dan menikmati makanan tradisional di Old Bazaar yang bersejarah.
      • Alexander The Great Statue: Tugu setinggi 14.5 meter yang dibina pada tahun 2011 sempena ulang tahun ke-20 kemerdekaan Republik Macedonia, kini menjadi mercu tanda utama di Macedonia Square, Skopje.
      • Daut Pasha Hammam: Pernah menjadi antara hamam terbesar di Skopje, kini diubah suai menjadi Galeri Seni Nasional Macedonia Utara. Menjadi lokasi pameran seni visual dan acara kebudayaan, ia mengekalkan nilai warisan sambil memberi nafas baharu kepada bangunan bersejarah ini.
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang terus ke Kuala Lumpur. (Transit di Istanbul)
HARI 9 KUALA LUMPUR
  • Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 1.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kravice Waterfalls, Vrelo Bosne, Tunnel of Hope, Kotor Old Town dan Plitvice Lakes. Optional Tour: Bot Lake Ohrid Euro 30
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan tour leader dan tour guide yang terlatih profesional.
  • Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran.
  • Insurans perjalanan dan Covid-19
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Makan tambahan di hotel seperti snek, min bar, dobi dan porter.
  • Tiket masuk, tiket masuk lawatan dan makan lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain yang tidak dinyatakan di dalam aturcara program dan pakej termasuk.

Senarai Hotel

BANDAR BIL MALAM
ZAGREB 1 MALAM
BIHAC 1 MALAM
SARAJEVO 1 MALAM
MORSTAR 1 MALAM
TRIBENJE 1 MALAM
SHKODER 1 MALAM
OHRID 1 MALAM


Info Penerbangan 

HARI PENERBANGAN KOD PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 TURKISH AIRLINE TK 63 KUL - IST 1050 1635
2 TK 1055 IST - ZAG 1815 1925
8 TK 1006 SKP - IST 2020 2300
9 TK 60 IST - KUL 0140 1705


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
From
RM8,290.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM8,290.00

Children

RM8,290.00

Babies

RM1,500.00

Services

Deposit Option RM30.00 Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM8,290.00

Children

RM8,290.00

Babies

RM1,500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
07-02-2026 15-02-2026 RM8,290.00 RM8,290.00 RM1,500.00 View Discount
15-04-2026 23-04-2026 RM8,290.00 RM8,290.00 RM1,500.00 View Discount
29-05-2026 06-06-2026 RM8,290.00 RM8,290.00 RM1,500.00 View Discount
08-09-2026 16-09-2026 RM8,890.00 RM8,890.00 RM1,500.00 View Discount
07-10-2026 15-10-2026 RM8,790.00 RM8,790.00 RM1,500.00 View Discount
04-11-2026 12-11-2026 RM8,790.00 RM8,790.00 RM1,500.00 View Discount
24-11-2026 02-12-2026 RM8,790.00 RM8,790.00 RM1,500.00 View Discount