Pakej Shanghai + Disneyland, China 5H4M

Duration

5 Days 4 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - SHANGHAI (MT)

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Shanghai.

Lawatan di Shanghai:

  • Membeli-belah di Nanjing Pedestrian Street untuk membeli cenderamata atau pakaian dari kedai yang terdapat disini termasuk butik-butik terkenal.
  • The Bund: sebuah kawasan dermaga yang telah wujud sejak awal abad ke-20, kini ia telah digazet sebagai tempat bersejarah di Shanghai. Terdapat banyak bangunan berbentuk gothik, baroque, neoclassical serta renaissance yang masih dapat dilihat dikawasan ini seperti bangunan HSBC, Bank of Taiwan dan banyak lagi.

Bermalam di Shanghai.

HARI 2 SHANGHAI - SUZHOU - SHANGHAI (SP / MT / MM)

Lawatan di Suzhou:

  • Couple Retreat Garden: sebuah halaman dipenuhi dengan pelbagai landskap yang disusun indah, merentasi setiap taman yang mempunyai identiti tersendiri. Tersenarai sebagai tapak warisan UNESCO, terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Eastern, Middle Mansion dan Western Garden. Tetamu juga diberi kesempatan menaiki bot untuk keluar dari kawasan halaman ini.
  • Jinji Lake: sebuah taman terbuka yang terletak di Suzhou, terdapat beberapa kawasan yang terdapat disini seperti Li’s Causeway, dimana terdapat beberapa jambatan seperti jambatan antik dan batu disini serta Moonlight Dock, dimana tetamu dapat melihat pemandangan seperti berada di Eropah. Berhenti bergambar di mercu tanda baharu disini iaitu Oriental Gate, sebuah bangunan pencakar langit menyerupai bangunan Marina Bay Sand di Singapura, menandakan persahabatan antara Singapura dan China.
  • Singgah sebentar untuk solat di Taiping Fang Mosque, yang merupakan masjid utama disini yang dibina pada tahun 1928.
  • Membeli-belah di Silk Factory dengan pelbagai rekabentuk yang disediakan disini, dari sarung bantal, alas katil, pakaian dan banyak lagi.
  • Shantang Ancient Street: sebuah perkampungan yang wujud dari Dinasti Tang, ia pada asalnya adalah sebuah kawasan empangan, dan disambung dengan membina beberapa batang jalan yang berhubung dengan jambatan dari batu, dan ia berkembang hingga menjadi sebuah penempatan. Kini ia telah disenarai antara sejarah penting buat negara China. Banyak bangunan dengan senibina kuno dan jambatan dapat dilihat disini.

Bermalam di Shanghai.

HARI 3 SHANGHAI (SP / MT / MM)
  • Jinmao Tower: tetamu diberi peluang melihat Oriental Pearl Tower yang terletak seberang bangunan ini dari tingkat 88. Disamping itu, menikmati pemandangan indah kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit ini. Dengan atrium yang kelihatan seperti berputar dengan warna keemasan tanpa ruang dan masa.
  • Starbucks Roastery: pernah dinobatkan sebagai cawangan terbesar di dunia pada tahun 2017, singgah sebentar untuk menikmati kopi dengan sedikit bayaran tambahan, ia menyediakan 3 bar kopi sepanjang 88 kaki, menjadikan ia bar kopi Starbuck terpanjang di dunia.
  • Meluangkan masa untuk membeli-belah di Shanghai Gemstone Carving Hall dan Tongrentang Herb Center.
  • 1000 Trees Mall: keunikan bangunan ini digambarkan seperti sebuah gunung yang diliputi hutan rimba, ia merupakan bangunan yang terdiri dari kedai, café, restoran dan banyak lagi ruangan serta taman-taman terdapat disini.
Bermalam di Shanghai.
HARI 4 SHANGHAI (SP)
  • Masa bebas untuk berhibur dengan keluarga di Shanghai Disneyland, ia menawarkan pelbagai tarikan disini seperti Pixar Toy Story Land, Fantasy Land, Tomorrowland dan banyak lagi. Akhiri hari dengan menyaksikan tembakan bunga api penuh warna-warni dengan perarakan sebelum kembali ke hotel.
HARI 5 SHANGHAI - KUALA LUMPUR (SP / MT)

Lawatan di Shanghai:

  • Berjalan kembali ke masa silam di Chenghuang Miao Business District, dimana bangunan lama dihiasi pelbagai warna-warni dengan pelbagai barangan antik, cenderahati, kraftangan dan banyak lagi boleh didapati disini. Kemudian meneruskan perjalanan menyelusuri ke Zigzag Bridge, sebuah jambatan yang berbentuk zigzag merentasi permukaan tasik.
  • Dibina pada tahun 1917, singgah solat di Little Peach Garden Mosque, masjid terbesar di Shanghai yang dapat memuatkan, sehingga 500 orang pada satu masa.
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di KLIA Terminal 1.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
SHANGHAI 4 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 388 MALAYSIA AIRLINE KUL - PVG 0840 1415
5 MH 389 PVG - KUL 1525 2100


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,190.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,190.00

Children

RM3,190.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,190.00

Children

RM3,190.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
13-11-2025 17-11-2025 RM3,590.00 RM3,590.00 RM500.00 View Discount
28-11-2025 02-12-2025 RM3,190.00 RM3,190.00 RM500.00 View Discount
08-12-2025 12-12-2025 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
09-12-2025 13-12-2025 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
10-01-2026 14-01-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
30-01-2026 03-02-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
06-02-2026 10-02-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
10-04-2026 14-04-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
29-04-2026 03-05-2026 RM3,990.00 RM3,990.00 RM500.00 View Discount
01-05-2026 05-05-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
13-05-2026 17-05-2026 RM3,990.00 RM3,990.00 RM500.00 View Discount
29-05-2026 02-06-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
31-05-2026 04-06-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
12-06-2026 16-06-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount