Geografi

Thailand terletak di Asia Tenggara, bersempadan dengan Myanmar, Laos, Kemboja dan Malaysia. Bahagian utaranya bergunung-ganang, bahagian tengah ialah dataran subur Sungai Chao Phraya, manakala bahagian selatan mempunyai pantai dan pulau-pulau di Teluk Thailand dan Laut Andaman. Iklimnya tropika, dengan musim panas, hujan dan sejuk.

Sosial & Budaya

Thailand mempunyai penduduk sekitar 66 juta orang dan dikenali sebagai “Land of Smiles” kerana keramahan penduduknya. Majoriti penduduk beragama Buddha, manakala komuniti Muslim terdapat terutamanya di selatan dan di sekitar Bangkok. Perayaan seperti Songkran dan Loy Krathong sangat meriah. Makanan seperti tom yam, pad thai dan mango sticky rice menjadi kegemaran pelancong.

Ekonomi

Ekonomi Thailand bergantung kepada pelancongan, perkilangan automotif, elektronik dan pertanian seperti beras dan getah. Thailand antara negara paling banyak dikunjungi pelancong di Asia.

Tempat Tarikan Pelancongan

Di Bangkok, pelancong boleh melawat Istana Besar dan Wat Pho. Kanchanaburi terkenal dengan Jambatan Sungai Kwai dan air terjun Erawan, Pattaya dengan pantai dan hiburan, Chiang Mai dengan suasana tradisional, manakala Phuket, Krabi dan Koh Samui popular untuk pantai dan aktiviti laut.