Pakej Uzbekistan 8H6M

Duration

8 Days 6 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - TASHKENT - URGENCH - KHIVA (MM)

Berkumpul di KLIA 1 untuk menaiki penerbangan terus ke Tashkent. Menaiki penerbangan domestik dari Tashkent ke Urgench. Bermalam di Khiva.

HARI 2 KHIVA (SP/MT/MM)

Lawatan di Khiva:

  • Ichan-Qala: Bermaksud ‘kota dalam kota’ yang dilindungi oleh dinding bata setinggi 10 meter di tengah kota Khiva. Di masa lalu, Ichan-Qala menjadi tempat istirehat sementara para pedagang sebelum melintasi gurun menuju ke Iran.
  • Kunya-Ark Fortress: Kubu lama dan kediaman pemerintah Khiva, yang dibina pada abad ke-12. Di sekeliling kubu ini terdapat Summer Mosque, Dewan Takhta dan The Harem (bilik keluarga pemerintah Khiva).
  • Tash Khouvli Palace: Dikenali dengan gelaran “Rumah Batu” kerana pembinaanya padat dengan seramik biru dengan ukiran dan corak yang rumit. Dibina pada tahun 1832-1841 oleh Allakuli Khan.
  • Masa bebas untuk membeli-belah anyaman, pakaian dan tenunan yang
    terdapat di sepanjang jalan utama di dalam Old Wall Khiva.

Bermalam di Khiva.

HARI 3 KHIVA - BUKHARA (SP/MT/MM)

Bergerak ke bandar Bukhara.

  • Dalam perjalanan ke Bukhara akan melalui Kizilkum Desert dan menikmati pemandangan Amu Darya River.

Bermalam di Bukhara.

HARI 4 BUKHARA (SP/MT/MM)

Lawatan di Bukhara:

  • Ark of Bukhara: Kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur di dalam Laluan Sutera yang dibina abad ke-4 lagi oleh Putera Parsi Siyavusha dan terdapat istana, pasar, muzium dan Arslan Khan Mosque dibina pada 1119.
  • Menziarahi kompleks makam diraja Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Nabi Ayub yang dibina pada abad ke-12 untuk melindungi telaga Nabi Ayub di dalamnya.
  • Menziarahi Bolo Haouz Mosque yang dibina sebegitu indah pada tahun 1712.
  • Lyabi-Khauz Ensemble: Merupakan sebuah kawasan yang terdiri dari 3 buah bangunan utama iaitu Kukeldash Madrasah dibina pada 1568, Nadir Divan-Begi Madrasah pada 1619 dan Nadir Divan-Begi Khanqah (yang merupakan tempat berkumpulan ahli sufi) pada 1622.
  • Poi Kalan Complex: Sebuah dataran ikonik dan bersejarah di kota ini kerana dibina sejak tahun 1121 lagi, yang menempatkan 3 buah bahagian utama iaitu Kalan Mosque, Kalan Minaret dan Miri Arab Madrasah.
  • Masa bebas untuk membeli-belah di sekitar kawasan Old Town Bukhara.

Bermalam di Bukhara.

HARI 5 BUKHARA - GIJDGVAN - SAMARKAND (SP/MT/MM)

Bergerak ke bandar Gijduvan:

  • Bahoutdin Architectural Complex: Kompleks ini pada mulanya dibina selepas kematian Bahouddin Naqshband dan menjadi tempat ziarah selama bertahun-tahun. Nama penuh Bahouddin Naqshband ialah Ibn Burhoniddin Muhammad Al-Bukhori. Beliau juga dikenali sebagai "Shohi Naqshband" dan "Xojayi Buzruk." Beliau juga diiktiraf sebagai alhi Sufi ke-7.
  • Gijduvan School of Ceramics: Melihat pembuatan barang seramik Gijduvan yang cukup terkenal dengan ukiran bentuk geometri berwarna hijau dan biru.

Bermalam di Samarkand.

HARI 6 SAMARKAND - TASHKENT (SP / MT / MM)
  • Registan Square: Merupakan dataran yang paling ikonik mewakili negara ini dan kawasan terpenting bagi kota kuno Samarkand yang berusia sama tua dengan kota Rome dan Babylon. Dataran ini menempatkan 3 buah bangunan iaitu Ulugh Beg Madrasah yang dibina pada 1417, Sher-Dor Madrasah yang dibina pada 1619 dan Tilya-Kori Madrasah pada tahun 1646, selain di sini terdapat juga Mausoleum of Shaybanids.
  • Shah-i-Zinda Ensemble: Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW, Kusam ibn Abbas yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.
  •  Menziarahi Bibi-Khanym Mosque yang dianggap sebagai khazanah terpenting di Samarkand dan salah satu masjid yang tercantik di dunia yang dibina pada 1404.
  • Masa bebas untuk membeli-belah di Siab Bazaar yang terkenal dengan pelbagai jenis kacang dan buah-buahan kering yang terletak berhampiran dengan Bibi-Khanym Mosque.
  • Amir Temur Mausoleum: Makam Timur, juga dikenali sebagai Gur-e-Amir, ialah makam penakluk Turco-Mongol Timur (Tamerlane). Makam ini menandakan tempat peristirahatan terakhir Timur, anak-anak lelakinya, dan cucu-cucunya. Menaiki keretapi dari Samarkand ke Tashkent.

 

Lawatan di Tashkent:

  • Bersiar-siar sekitar Tashkent City Park pada waktu malam untuk menikmati pertunjukan fountain show, LED show Hotel Hilton dan berfoto di taman yang penuh dengan tarikan lampu-lampu.

 

Bermalam di Tashkent.

HARI 7 TASHKENT - MICHGAN MOUNTAINS

Lawatan di Tashkent:

  • Menikmati pemandangan panorama dan berfoto kawasan pergunungan bertasik Chimgan Mountains yang cukup indah dan paling terkenal di sini.
  • Menaiki cable car menuju ke puncak Beldersay Peak yang setinggi 3309m dan berfoto di sekitar kawasan tasik Charvak Lake yang terbentuk dari Chirchiq River.
  • Berfoto dan bersiar-siar di Independence Square yang dibina sebagai simbol kemerdekaan Uzbekistan, di mana di dataran ini terdapat beberapa monumen seperti Independence Monument, Happy Mother Monument dan lain-lain. Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
HARI 8 Kuala Lumpur

Tiba di Kuala Lumpur

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbanga
  • Tiket penerbangan domestik Tashkent - Urgench kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Tiket keretapi Samarkand - Tashkent.
  • Pass menaiki cable car di Chimgan Mountains.
  • Penginapan hotel 6 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Travel Insurans
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

 

Pilihan Hotel

BANDAR HOTEL BIL MALAM
KHIVA OLD KHIVA ATAU SETARAF 2 MALAM
TASHKENT GRAND TURON ATAU SETARAF 1 MALAM
BUKHARA IMPERIAL PALACE 2 MALAM
SAMARKAND MALIKA CLASSIC 1 MALAM


Info Penerbangan

TARIKH JENIS PENERBANGAN NO. PENERBANGAN ETD - ETA (KUL - TAS)
HARI 1 UZBEKISTAN AIRWAYS HY 554 1100 - 1600
ETD - ETA (TAS - UGC)
HARI 1 HY 057 2040 - 2210
ETD - ETA (TAS - KUL)
HARI 8 HY 553 1105 - 0935


Terma Dan Syarat 

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM7,190.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,190.00

Children

RM7,190.00

Services

Deposit Option 14% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,190.00

Children

RM7,190.00

Services