Pakej Turkiye + Mt. Erciyes, 9H7M

Duration

9 Days 7 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - ISTANBUL (MM)
  • Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Istanbul.
  • Transit di Sharjah (bagi penerbangan AirArabia).
  • Bermalam di Istanbul.
HARI 2 ISTANBUL - ANKARA (SP / MT / MM)
  • Lawatan khas Bulan April:
      • Berkunjung ke Emirgan Park bagi melihat kecantikan musim bunga di Tulip Festival. Taman ini mempunyai 2 buah kolam besar dipenuhi dengan jutaan bunga Tulip pelbagai warna, sesuai untuk berfoto.
  • Lawatan di Istanbul:
      • Bergambar di hadapan Topkapi Palace (First Courtyard): Istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
      • Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
      • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
      • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.
  • Bermalam di Ankara.
HARI 3 ANKARA - CAPPADOCIA (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Ankara:
      • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.
      • Mosaleum Atarturk: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
  • Lawatan di Mt. Erciyes:
      • Melawat Mt. Erciyes Ski Resort (termasuk tiket cable car) untuk masa bebas bermain salji atau cuba belajar cara bermain ski (sewa but ski dan peralatan bermain ski tidak termasuk dalam pakej).
  • Bermalam di Cappadocia.
HARI 4 CAPPADOCIA (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Cappadocia:
      • Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang indah dengan formasi batuan yang unik.
      • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam ini bagi mengelak serangan musuh.
      • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
      • Melawat kilang pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store.
      • Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
  • Bermalam di Cappadocia.
HARI 5 CAPPADOCIA - KONYA - PAMUKKALE (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Cappadocia:
      • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.
  • Lawatan di Konya:
      • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.
  • Bermalam di Pamukkale.
HARI 6 PAMUKKALE - BURSA (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Pamukkale:
      • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra's Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
      • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
      • Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.
  • Bermalam di Bursa.
HARI 7 BURSA - ISTANBUL (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Bursa:
      • Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.
      • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
      • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
      • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
      • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah yang dibina pada tahun 1421.
        Melawat ke Cumalizilik Village yang merupakan perkampungan dari zaman Uthmaniyyah yang bermula pada asekitar tahun 1300 semasa pembentukan Empayar Uthmaniyyah.
  • Lawatan di Istanbul:
      • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
      • Membeli-belah di Grand Bazaar yang merupakan antara pasar terbesar dan tertua dibina sejak tahun 1455 lagi dengan sejumlah lebih 4,000 buah kedai.
  • Lawatan penerbangan pesawat Air Arabia sahaja:
      • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
  • Bermalam di Istanbul.
HARI 8 ISTANBUL - KUALA LUMPUR (SP / MT)
  • Lawatan penerbangan pesawat Turkish Airlines dan AirAsia sahaja:
      • Bosphorus Cruise: Menyusuri Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari, kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.
      • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
  • Lawatan penerbangan pesawat Air Arabia sahaja:
      • Menaiki Kapal Bosphorus Cruise dan membeli-belah di Spice Bazaar.
  • Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Transit di Sharjah.
HARI 9 KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1).

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan & pelancong yang professional.
  • Perkhidmatan ketua rombongan & pelancong yang professional.
  • Tiket melawat ke Ancient Hierapolis dan Underground City.
  • Pengangkutan bot persiaran persendirian Bosphorus Cruise.
  • Tiket kereta kabel Mt. Erciyes Ski Resort.
  • Travel Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Tiket masuk ke lawatan yang tidak dinyatakan.
  • Paragliding Tour: USD120 pp
  • Paragliding Tour: USD120 pp
  • Hot Air Balloon (Pamukkale): USD250 pp
  • Jeep Safari (Cappadocia): USD90 seorang
  • Whirling Dervish (Cappadocia): USD50 pp

Senarai Hotel

BANDAR HOTEL BIL MALAM
OSAKA APA HOTEL ATAU SETARAF 2 MALAM
TOKYO APA HOTEL ATAU SETARAF 3 MALAM


Info Penerbangan

HARI PENERBANGAN KOD PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 AIR ASIA X D 7532 KUL - KIX 0215 0935
6 D 7523 KIX - KUL 2355 0650 + 1


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
From
RM7,390.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,390.00

Children

RM7,190.00

Babies

RM800.00

Services

Deposit Option 20% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM7,390.00

Children

RM7,190.00

Babies

RM800.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
08-12-2026 16-12-2026 RM5,590.00 RM5,590.00 RM1,000.00 View Discount
15-12-2026 23-12-2026 RM6,390.00 RM6,390.00 RM1,000.00 View Discount
20-01-2027 28-01-2027 RM5,590.00 RM5,590.00 RM1,000.00 View Discount
21-12-2027 29-12-2027 RM5,590.00 RM5,590.00 RM1,000.00 View Discount
22-01-2027 30-01-2027 RM5,590.00 RM5,590.00 RM1,000.00 View Discount