Pakej Turkiye G9, 9H7M

Duration

9 Days 7 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - ISTANBUL - ANKARA (MM)

Peserta berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul. Setibanya di Istanbul, perjalanan diteruskan ke Ankara, ibu kota Turki. Lawatan pertama adalah ke Ataturk Mausoleum Complex, sebuah kompleks yang memperingati sejarah perjuangan Mustafa Kemal Ataturk, termasuk barangan peribadi dan pemakamannya. Bermalam di Ankara.

HARI 2 ANKARA - CAPPADOCIA (SP / MT / MM)

Selepas sarapan pagi, peserta akan melawat Haci Bayram Square, dataran bersejarah yang menempatkan Haci Bayram Mosque serta peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Lake Tuz, tasik kedua terbesar di Turki yang juga dikenali sebagai Salt Lake atau Pink Lake kerana warna airnya yang unik. Selepas menikmati keindahan tasik ini, peserta bertolak ke Cappadocia dan menikmati makan malam di hotel sebelum bermalam di Cappadocia.

HARI 3 CAPPADOCIA (SP / MT / MM)

Hari ini dipenuhi dengan lawatan menarik di Cappadocia. Peserta akan melihat proses pembuatan barangan tembikar di Avanos Pottery & Art Center serta galeri pemprosesan batu permata di Turquoise & Onyx Handic Store. Kemudian, kunjungan ke Carpet Factory membolehkan peserta menyaksikan pembuatan karpet secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun. Seterusnya, pengalaman unik menanti di Underground City, kota bawah tanah yang pernah menempatkan 15,000 orang bagi mengelak serangan musuh. Peserta juga akan melihat Uchisar Castle, rumah batu bersejarah yang berfungsi sebagai kubu pertahanan sejak kurun ke-12. Perjalanan diteruskan ke Goreme, Pigeon, dan Deverent Valleys yang menawarkan panorama indah dengan formasi batuan unik. Bermalam di Cappadocia.

HARI 4 CAPPADOCIA - KONYA - PAMUKKALE (SP / MT / MM)

Selepas sarapan pagi, peserta akan melawat Ancient Caravanserai, sebuah hotel berusia lebih 700 tahun yang dahulunya digunakan oleh para saudagar yang melalui Silk Road. Setibanya di Konya, peserta akan mengunjungi Mevlana Museum, tempat yang memperingati sejarah perkembangan Islam oleh golongan sufi Sunni yang terkenal dengan upacara Whirling Dervish. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Pamukkale untuk bermalam.

HARI 5 PAMUKKALE - BURSA (SP - MT - MM)

Lawatan di Pamukkale bermula dengan kunjungan ke Ancient Hierapolis City, kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2. Antara bangunan yang masih utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo, dan Cleopatra’s Pool, di mana air kolam panasnya masih lagi sesuhu sejak kali pertama ia dibina. Seterusnya, peserta akan menikmati keindahan Cotton Castle, teres kolam air panas berwarna putih yang terbentuk secara semula jadi. Selepas itu, peserta berpeluang membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet sebelum perjalanan ke Bursa untuk bermalam.

HARI 6 BURSA - ISTANBUL (SP - MT - MM)

Lawatan di Bursa memberi peluang untuk membeli makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop. Seterusnya, peserta mengunjungi Ulu Camii Mosque, masjid berusia lebih 600 tahun yang dibina pada zaman Uthmaniyah, serta Koza Han, pasar lama yang terkenal dengan perdagangan kain sutera sejak tahun 1491. Tophane, kawasan bersejarah dengan peninggalan menara jam serta makam Kesultanan Uthmaniyyah, turut menjadi destinasi lawatan sebelum peserta menuju ke Spice Bazaar, pusat utama rempah-ratus dan makanan tradisional Turki sejak tahun 1660. Bermalam di Istanbul.

HARI 7 ISTANBUL (SP - MT - MM)

Lawatan di Istanbul bermula di Blue Mosque, ikon Istanbul yang dibina pada tahun 1616 dengan enam menara dan lima kubah besar. Seterusnya, peserta melihat Hippodrome, bekas gelanggang lumba kereta kuda zaman Byzantine, serta Hagia Sofia Grand Mosque, gereja kurun ke-5 yang ditukar menjadi masjid pada zaman Uthmaniyah. Peserta juga melawat Topkapi Palace (First Courtyard), kediaman istana empayar Uthmaniyah yang menghadap Laut Marmara. Selepas itu, peserta membeli-belah di Leather Shop Outlet yang menawarkan produk kulit mewah Turki, sebelum mengakhiri hari di Grand Bazaar, pasar tertua dan terbesar di dunia dengan lebih 4,000 kedai. Bermalam di Istanbul.

HARI 8 ISTANBUL (SP - MT - MM)

Peserta diberikan masa bebas di Istanbul untuk meneroka bandar mengikut keselesaan sendiri, menikmati suasana kota, membeli cenderahati, atau mencuba makanan tempatan. Selepas itu, peserta bersiap sedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 9 ISTANBUL - KUALA LUMPUR (SP - MT - MM)

Ketibaan peserta di KLIA menandakan tamatnya perjalanan penuh pengalaman ini.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 7 malam bertaraf 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Underground City dan Ancient Hierapolis City.
  • Pengangkutan bot persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Travel & Covid-19 Insurans – Hubungi ejen bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans yang sesuai.
  • Aktiviti/lawatan tambahan yang tidak terdapat dalam aturcara program.
  • Topkapi Palace Museum (Istanbul): USD60 seorang
  • Hot Air Balloon (Cappadocia): USD350 seorang
  • Jeep Safari (Cappadocia): USD90 seorang
  • Whirling Dervish Performance: USD50 seorang
  • Cultural Dance Performance: USD55 seorang
  • Paragliding Tour: USD180
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

 

Pilihan Hotel

BANDAR HOTEL BIL MALAM
ANKARA ANKARA ROYAL HOTEL ATAU SETARAF 1 MALAM
CAPPADOCIA KRAL S HOTEL ATAU SETARAF 2 MALAM
PAMUKKALE VILLA LYCUS HOTEL ATAU SETARAF 1 MALAM
BURSA KERVANSARAY BURSA CITY ATAU SETARAF 1 MALAM
ISTANBUL DAYS HOTEL BY WYNDHAM ATAU SETARAF 1 MALAM


Info Penerbangan

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL-SHJ)
G9 803 AIR ARABIA TBA
NO. PENERBANGAN ETD- ETA (SHJ-IST)
G9 321 TBA
NO. PENERBANGAN ETD- ETA (IST-SHJ)
G9 322 TBA
NO. PENERBANGAN ETD- ETA (SHJ-KUL)
G9 800 TBA


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM5,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM5,590.00

Children

RM5,890.00

Babies

RM1,000.00

Services

Deposit Option 17% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM5,590.00

Children

RM5,890.00

Babies

RM1,000.00

Services