Pakej Saranghaeyo Korea 6H4M

Duration

6 Days 4 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - INCHEON

Berkumpul di KLIA Terminal 1/Terminal 2 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.

HARI 2 INCHEON - CHUNCHEON - SEOUL (MT / MM)
  • Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.

Lawatan bulan Mac - November

  • The Garden of the Morning Calm: Taman ini mempamerkan keindahan semula jadi melalui susunan bunga yang menakjubkan dan taman-taman yang direka dengan indah. Sempurna untuk pencinta alam dan peminat drama Korea, latar belakang yang indah ini telah dipaparkan dalam siri TV popular seperti 'Moonlight Drawn by Clouds.
  • INSPIRE Aurora LED Display, menampilkan skrin LED sepanjang 150m yang beresolusi tinggi di siling, dinding dan tiang, dengan 'pertunjukan' setiap 30 minit.

Lawatan bulan Disember - Februari

  • Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort.
  • Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.

Bermalam di Seoul

HARI 3 SEOUL (SP / MT / MM)

Lawatan di Seoul:

  • Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
  • Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea. Berfoto sambil memakai pakaian tradisional orang Korea, Hanbok.
  • Membeli-belah di Ginseng Center dan Red Pine Tree Shop.
  • Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan, persembahan artis jalanan dan kafe-kafe.
  • Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
  • Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.• Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di sepanjang sungai ini.

Bermalam di Seoul

HARI 4 SEOUL (SP)
  • Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi
    subway bersiar-siar di kota Seoul.

Bermalam di Seoul

HARI 5 SEOUL - INCHEON (SP / MT / MM)
  • Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo.
  • Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan lokasi terkenal untuk pelancong berfoto.
  • Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
  • Membeli-belah di Cosmetic Shop.
  • Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul.
  • Hongdae Shopping Street, tempat tumpuan popular untuk remaja dan pelancong. Dapat melihat persembahan busking dan terdapat pelbagai
    jenis kedai pakaian, aksesori dan kosmetik, serta kafe hipster.

Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 6 INCHEON - KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA Terminal 1/Terminal 2.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island & Gyeongbokgung Palace.
  • Pengangkutan feri ke Nami Island.
  • Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia).
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin sepanjang lawatan.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional.
  • Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Shopping Compulsory: Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, Cosmetic Shop.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Permohonan K-ETA (jika dibuat sendiri tanpa melalui ejen pelancongan).
  • Travel & Covid-19 Insurans – boleh hubungi kami untuk nasihat dan cadangan insurans yang sesuai.
  • Surcaj tambahan ketika musim perayaan, cuti sekolah atau waktu puncak.
  • Servis tambahan di hotel seperti sewa mini bar, dobi dan porter.
  • Makanan, tiket masuk atau lawatan tambahan selain daripada yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Caj tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan.
  • Sebarang perkara lain yang tidak disebut dalam aturcara dan senarai harga termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
INCHEON 1 MALAM
SEOUL 3 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 38 MALAYSIA AIRLINES KUL - ICN 1440 2210
6 MH 39 ICN - KUL 0010 0545
HARI NO. PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 D7 504 AIR ASIA X KUL - ICN 2330 0630
5 D7 505 ICN - KUL 0720 1335


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,790.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,790.00

Children

RM3,790.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 32% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,790.00

Children

RM3,790.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
11-01-2026 16-01-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
08-04-2026 13-04-2026 RM4,190.00 RM4,190.00 RM500.00 View Discount
15-04-2026 20-04-2026 RM4,190.00 RM4,190.00 RM500.00 View Discount
18-04-2026 23-04-2026 RM4,090.00 RM4,090.00 RM500.00 View Discount
19-04-2026 24-04-2026 RM4,090.00 RM4,090.00 RM500.00 View Discount
22-04-2026 27-04-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
25-04-2026 30-04-2026 RM4,190.00 RM4,190.00 RM500.00 View Discount
26-04-2026 01-05-2026 RM3,990.00 RM3,990.00 RM500.00 View Discount
29-04-2026 04-05-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
03-05-2026 08-05-2026 RM4,690.00 RM4,690.00 RM500.00 View Discount
30-05-2026 04-06-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
31-05-2026 05-06-2026 RM4,290.00 RM4,290.00 RM500.00 View Discount
10-06-2026 15-06-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
13-06-2026 18-06-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
14-06-2026 19-06-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
24-06-2026 30-06-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
25-07-2026 30-07-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
29-07-2026 03-08-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount