6 Days 4 Night
20
KLIA 2
Berjumpa jam 9.00 malam. Sesi taklimat dan check-in penerbangan. Berlepas ke lapangan terbang antarabangsa Narita, Tokyo Japan pada jam 12:10 am dan tiba di lapangan terbang Narita jam 08:25 am. Seterusnya menaiki penerbangan domestik ke Sapporo. Transfer ke hotel di Sapporo menggunakan chartered bus. Check in hotel dan acara bebas.
Selepas sarapan pagi (sendiri), peserta akan dibawa ke Asahiyama Zoo. Di sini peserta boleh untuk melihat persembahan penguin secara live dan juga polar bear. Perjalanan diteruskan ke Shirahige Waterfall yang dikenali sebagai "White Beard Waterfall" .Peserta boleh melihat pemandangan air terjun bergaris putih yang mengalir ke sungai biru kehijauan, serta pemandangan musim sejuk yang ikonik dengan ais, salji, dan acara pencahayaan. Selesai di sini, peserta akan dibawa melawat ke Ningle Terrace. Peserta boleh menikmati suasana fairytale dengan lampu-lampu yang menyala di pondok kayu. Ia adalah perkampungan kraf tangan unik di dalam hutan, sangat cantik untuk bergambar, terutama ketika salji turun. Selepas itu, pulang ke hotel dan rehat
Selepas sarapan pagi (sendiri) peserta akan di bawa ke Alpen Snowland BIBAI di mana peserta boleh merasai pengalaman untuk bermain ski, snow mobile, snow rafting, snow tubing dan bubble ball (berbayar). Pada waktu petang, peserta akan dibawa ke Mitsui Outlet Park Sapporo Kitahiroshima untuk membeli-belah barangan branded. Selepas itu pulang ke hotel dan rehat.
Selepas sarapan pagi (sendiri), peserta akan dibawa ke Otaru. Di sini peserta akan dibawa ke Shukutsu Panorama Deck untuk melihat pemandangan Bandar Otaru, laut Jepun dan bergambar. Selepas itu, peserta kemudian akan dibawa melawat ke Otaru Canal sebagai mercu tanda bandar Otaru. Kemudian akan dibawa ke restoran untuk makan tengah hari (sendiri) dan membeli-belah di sekitar kawasan Sakaimachi Street. Sebelum pulang, peserta akan dibawa merasai ice cream 8 layers (bayaran sendiri) dan melawat Steam Clock. Kemudian pulang ke hotel dan berehat.
Selepas sarapan pagi (sendiri), check out dan menghala ke airport untuk meneruskan perjalanan ke Tokyo. Tiba di Tokyo, peserta akan check in hotel. Kemudian dibawa ke Shisui Premium Outlet untuk membeli-belah barangan branded. Usai selesai pulang ke hotel dan berehat.
Check out hotel dan menghala ke Narita Aiport untuk pulang ke Malaysia. Tiba di Kuala Lumpur dan tamat.
-------------------------------ATAU-------------------------------
Check out hotel dan menghala ke Kawaguchiko Lake untuk bergambar berlatar belakangkan Mt. Fuji. Selepas itu, meneruskan perjalanan ke Oishi Park, peserta boleh bergambar dan menikamati ice cream lavender yang viral. Kemudian, singgah di Gotemba Premium Outlet untuk membeli-belah barangan berjenama di outlet terbesar di Jepun. Selepas itu, dihantar ke Narita Airport untuk
pulang ke Malaysia. Tiba di Kuala Lumpur dan tamat.
BANDAR
NAMA HOTEL
SAPPORO
TRAVELODGE HOTEL, APA HOTEL, SMILE HOTEL, ATAU SETARAF
TOKYO
NARITA TOBY HOTEL AIRPORT ATAU SETARAF
HARI
PENERBANGAN
KOD PENERBANGAN
SEKTOR
ETD
ETA
1
MALINDO AIR
OD 872M
KUL - NRT
0010
0825
6
OD 873M
NRT - KUL
1025
1655
OD 871M
NRT - KUL
1655
0455
| Start Date | End Date | Adult Price | Child Price | Baby Price | Discount |
|---|---|---|---|---|---|
| 07-12-2026 | 12-12-2026 | RM6,399.00 | RM6,299.00 | RM1,500.00 | View Discount |
| 09-12-2026 | 14-12-2026 | RM5,999.00 | RM5,899.00 | RM1,500.00 | View Discount |
| 11-12-2026 | 16-12-2026 | RM5,999.00 | RM5,899.00 | RM1,500.00 | View Discount |
| 13-12-2026 | 18-12-2026 | RM5,999.00 | RM5,899.00 | RM1,500.00 | View Discount |