3 Days 2 Night
30
KL Sentral
Perjalanan bermula dengan solat Subuh di R&R sebelum bertolak menuju ke Singapura. Setibanya di sana, peserta akan memulakan lawatan dengan meneroka Bugis Street dan Arab Street, serta menunaikan solat di Masjid Sultan. Kemudian, peserta akan singgah untuk bergambar di dua lokasi ikonik iaitu Garden by the Bay dan globe Universal Studios. Selepas selesai lawatan di Singapura, perjalanan diteruskan ke Batam menaiki feri. Setibanya di Batam, peserta akan menikmati makan malam dan mendaftar masuk ke hotel untuk bermalam.
Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi di hotel sebelum bergerak melawat dan bergambar di kawasan Puncak Beliung. Kemudian, peserta akan menikmati makan tengah hari di sebuah restoran Padang. Selepas itu, akan diadakan lawatan ke Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah untuk bersolat dan bergambar, diikuti dengan lawatan ke kawasan Jambatan Barelang. Bagi yang berminat, peserta boleh menukar wang di tempat tukaran wang yang menawarkan kadar antara yang terbaik di Batam. Aktiviti diteruskan dengan sesi membeli-belah barangan "copy ori" di kawasan Nagoya Lama. Pada sebelah malam, peserta akan dibawa ke pusat kuliner Batam untuk mencuba pelbagai jajanan Indonesia (kos sendiri), diikuti dengan peluang bergambar di kafe-kafe viral seperti De Sands (Santorini Batam), Pink Sand dan lain-lain (kos optional). Selepas itu, peserta bebas menjalankan aktiviti pilihan sendiri seperti urutan, karaoke, ke kafe atau ke pusat beli-belah selepas daftar masuk ke hotel.
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke kawasan papan tanda “WELCOME TO BATAM” untuk sesi fotografi berkumpulan. Kemudian, peserta akan dibawa ke DC Mall untuk membeli-belah barangan seperti telekung dan tudung. Seterusnya, peserta akan dipindahkan ke Jeti Harbor Bay untuk proses tiket dan imigresen. Peserta akan menaiki feri ke Johor sama ada pada pukul 11:30 pagi atau 3:30 petang, dan dijangka tiba di Terminal Pasir Gudang. Perjalanan kemudiannya diteruskan pulang ke KL Sentral, di mana para peserta akan menamatkan trip dengan 1001 kenangan indah dari Batam.
BANDAR
HOTEL
BATAM
HOTEL 89 / THE HILLS BATAM / SETARAF