Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Land Of Avatar, Zhangjiajie, China 7H5M

Zhangjiajie - View on map
  • 7 Hari 5 Malam
  • Oktober 2025
Description

PILIHAN PAKEJ 

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN/TRIPLE) RM 3,590
DEWASA (SINGLE) RM 4,160
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 3,411
KANAK-KANAK (TWIN) RM 3,590
KANAK-KANAK (NO BED) RM 3,231
BAYI RM 500

*Harga  yang dipaparkan adalah untuk per pax.


PILIHAN HOTEL

BANDAR HOTEL / SETARAF BIL. MALAM
CHANGSHA RAMADA HOTEL / NOVOTEL CHANGSHA INTERNATIONAL EXHIBITION CENTER 1 MALAM
FENGHUANG FENGMIANGTIANXIA HOTEL 1 MALAM
ZHANGJIAJIE REZEN ONES HOTEL / DAYS INN WYNDHAM HOTEL 1 MALAM
BEST WESTERN PLUS QINGXINYUAN HOTEL 2 MALAM


INFO PENERBANGAN

HARI SYARIKAT NO. PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-CSX)
1 AIR ASIA X D7 352 1745 - 2230
ETD- ETA (CSX-KUL)
6 D7 353 2345 - 0430

 

PAKEJ TERMASUK:

✅ Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
✅ Penginapan hotel 5 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
✅ Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
✅ Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
✅ Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
✅ Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.


TIDAK TERMASUK:

❎ Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
❎ Travel & Covid-19 Insurans.
❎ Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
❎ Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
❎ Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
❎ Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
❎ Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

Itinerary

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Changsha. Bermalam di Changsha.

Lawatan di Fenhuang meliputi Fenghuang Ancient City: Dikenali sebagai Phoenix Ancient Town, adalah sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah dan budaya, terletak di barat daya Hunan, China. Kota kuno ini adalah contoh yang luar biasa dari budaya dan kehidupan orang Miao dan orang Tujia, dua etnik minoriti yang mendominasi kawasan ini. Fenghuang merupakan tempat yang popular bagi pengunjung yang ingin menyelami sejarah, arsitektur tradisional, dan keindahan alam yang menakjubkan. Wanshou Palace: Dikenali sebagai Wanshou Temple, merupakan bangunan yang didirikan untuk peribadatan dan sebagai tempat berkumpul bagi penduduk lokal. "Wanshou" dalam bahasa Mandarin bermakna "panjang umur," yang mencerminkan harapan dan doa masyarakat setempat untuk kehidupan yang panjang dan sejahtera. Bangunan ini sering dikaitkan dengan upacara dan perayaan yang berkaitan dengan keagamaan dan kebudayaan lokal. Tuojiang River rafting: Anda boleh berjalan-jalan atau menaiki bot di Litchi Bay. Masuk dari Jalan Qiangtang, anda boleh bersiar-siar di sepanjang sungai, dan anda boleh menaiki bot di Teluk Litchi di Dataran Wenta dan Dewan Ancestral Liang. Anda boleh merasai makanan ringan Kantonis di atas kapal. Tarikan utama di sepanjang pantai termasuk Plaza Venta, Muzium Tsuen Wan, Taman Tasik Tsuen Wan. Anda boleh menikmati gaya seni bina Lingnan. Wanming Tower: Dikenali sebagai Pagoda Wanming, merupakan bangunan yang dibina pada 1977 semasa Dinasti Qing. Selepas menara asalnya dimusnahkan, seorang pelukis terkenal bernama Mr Huang Yongyu yang juga kelahiran di bandar Fenghuang telah memanggil orang tempatan untuk mengumpul dana bagi pembinaan semula dan menamakan kepada Wanming Pagoda. Shawan Scenic Area: Terletak di luar East Gate City Tower, antara salah satu tempat tarikan landskap yang elit di Fenghuang Ancient City. Pelancong perempuan sangat disyorkan untuk menyewa dan memakai pakaian etnik tempatan untuk bergambar di kawasan ini. Anda juga, boleh menikmati minuman kopi dan the sambil melihat pemandangan yang indah di sini. Ancient Stone Street: Dibina pada tahun ke-43 Maharaja Kang Xi Dinasti Qing (1704). Pada tahun 1700, tempat ini merupakan laluan masuk dan keluar utama di bandar purba Phoenix. Semasa zaman revolusi Qian Jia yang didalangi orang Miao, pemberontakan dan perang pembebasan yang berlaku tempat ini sentiasa menjadi jalan utama untuk menyerang bandar Phoenix. Bermalam di Fenghuang.

Lawatan di Zhangjiajie merangkumi Tianmenshan National Forest Park yang terletak 8km dari pusat bandar Zhangjiajie dan merupakan gunung tertinggi di Zhangjiajie dengan gua Tianmen yang menjadikan tempat ini popular. Gunung ini juga memelihara keasliannya dari segi spesies tumbuhan yang jarang ditemui seperti pokok bonsai. Anda boleh menikmati pengalaman menaiki Tianmenshan Cable Car, laluan kabel penumpang terpanjang di dunia dengan ukuran 7200 meter yang mampu membawa sehingga 1000 penumpang per jam. Laluan ini memberikan kenangan indah dengan jurang ketinggian melebihi 1000 meter dan kecerunan setinggi 38 darjah yang jarang berlaku di dunia. Kemudian, kunjungi Tianmen Cave yang bermaksud “pintu ke syurga” dalam bahasa Mandarin. Gua ini asalnya hanya sebuah lubang besar di gunung tetapi kini menjadi tarikan utama di Gunung Tianmen. Jangan lepaskan peluang untuk berjalan di Glass Walkway atau Zhangjiajie Glass Footpath yang terletak di atas Kawasan Wulingyuan. Lantai kaca lutsinar ini menampakkan pemandangan bawah jambatan yang menakjubkan dan mampu menampung sehingga 800 pelawat pada satu masa. Pada masa ia dibuka, jambatan ini merupakan yang terpanjang di dunia. Akhiri lawatan anda dengan bersiar-siar di 72 Qi Tower yang mempunyai rekabentuk unik dan berlampu ketika waktu malam. Di sini, anda boleh berfoto sambil menikmati makanan yang lazat di sekitarnya. Bermalam di Zhangjiajie.

Lawatan di Zhangjiajie diteruskan dengan mengunjungi Tujia Scenic Park, sebuah replika tipikal kampung Tujia yang membolehkan pengunjung merasai pelbagai fakta menarik tentang masyarakat Tujia, termasuk adat rasmi rakyat tempatan, seni bina, makanan, pertanian, ketenteraan, seni lukis dan banyak lagi. Tarikan utama di Taman Adat Rakyat Zhangjiajie Tujia ini adalah dataran kampung di mana acara tarian utama seperti tarian Maogusu dan tarian istiadat yang merupakan sebahagian daripada upacara korban dipersembahkan. Seterusnya, kunjungi Grand Canyon Scenic Area yang terletak di perbandaran Sanguansi, daerah Cili, bandar Zhangjiajie, berdekatan dengan kawasan pemandangan Wulingyuan yang tersenarai dalam Warisan Alam Semula Jadi Dunia. Grand Canyon ini merupakan kawasan pelancongan yang baru dibangunkan di Zhangjiajie. Tarikan utamanya adalah jambatan kaca yang merupakan jambatan terpanjang dan tertinggi di dunia. Di sini, anda dapat merasai kegayatan berjalan di atas jambatan kaca, menaiki bot, mencuba flying fox (zipline) dan menikmati keindahan Rainbow Square. Bermalam di Zhangjiajie.

Lawatan di Zhangjiajie diteruskan dengan merasai pengalaman menaiki Bailong Elevator yang memegang tiga rekod dunia sebagai lif penumpang terlaju, kapasiti beban terbesar, dan tertinggi di dunia. Seterusnya, kunjungi Maze Terrace yang terletak di dalam Taman Negara Zhangjiajie, sebahagian dari Wulingyuan Scenic Area, yang terkenal dengan struktur geologi unik terdiri daripada lebih 3,000 tiang batu pasir kuarsa yang menjulang tinggi dengan vegetasi lebat yang terbentuk melalui proses pengikisan jutaan tahun oleh air dan angin. Kemudian, terokai Hallelujah Mountain yang menjadi inspirasi kepada "Floating Mountains" dalam filem blockbuster Hollywood, "Avatar" oleh James Cameron. Gunung ini merupakan salah satu daripada banyak puncak batuan spektakuler di Taman Negara Zhangjiajie. Anda juga akan melawat Tianzi Mountain yang terletak di kawasan Wulingyuan dengan keluasan sekitar 67 kilometer persegi yang penuh dengan puncak batu kapur, lembah dalam, dan hutan lebat yang sering diselubungi kabut tipis, menjadikannya kelihatan misteri dan magis dengan fenomena alam seperti awan laut, sinar matahari, bayangan Buddha, dan salji musim dingin. Teruskan lawatan ke Xihai Stone Forest yang menampilkan formasi batuan granit spektakuler yang terbentuk melalui proses erosi jutaan tahun lalu, membentuk pilar-pilar tinggi menyerupai pepohonan yang diselimuti kabut atau awan, menambah suasana mistik dan dramatik. Anda juga dapat menikmati perjalanan menaiki kereta api kecil melalui Ten Mile Gallery yang menawarkan pemandangan indah seperti Medicine Picking Old Man dan Three Sisters Peak, tiga puncak gunung yang tersusun megah. Akhiri hari anda dengan menikmati keindahan semula jadi di Zhangjiajie Forest Park melalui lawatan ke Jinbianxi dan Shuiraosimen. Bermalam di Zhangjiajie.

Lawatan di Changsha dimulakan dengan mengunjungi Changsha Mosque yang dibina pada tahun 1711 semasa Dinasti Qing oleh sekumpulan peniaga Muslim dari daerah Heman, Shanxi, dan Shaanxi. Dahulu, masjid ini merupakan yang terbesar di Changsha, namun musnah akibat kebakaran pada tahun 1938. Selepas pembinaan semula, Changsha Mosque kini kembali menjadi masjid terbesar di kawasan tersebut. Seterusnya, nikmati pengalaman membeli-belah di Huangxing Commercial Street, sebuah pusat integrasi yang menggabungkan pusat beli-belah, pusat hiburan, makanan, budaya, dan pelancongan. Di sini, anda boleh menemui pelbagai kedai pakaian, barang kemas, dan makanan tempatan yang menarik. Selepas itu, bersiap sedia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Location

From RM3,590.00

Total Price