Pakej Kashmir + Agra + Delhi Water, India 8H6M

Duration

8 Days 6 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - DELHI

Berkumpul di KLIA/KLIA2 untuk menaiki penerbangan ke Delhi. Tiba di Delhi dan bermalam di Delhi

HARI 2 DELHI - SRINAGAR (SP / MT / MM)

Lawatan di Srinagar:

  • Bertolak ke Srinagar yang terletak di dalam daerah Kashmir dengan menaiki penerbangan domestik.
  • Melawat 2 buah Mughal Gardens yang terkenal iaitu Nishat Bagh dan Shalimar Bagh daripada 7 buah taman di sini. Kedua-dua taman ini dibina ketika zaman Empayar Mughal memerintah sebahagian besar India.
  • Nishat Bagh: Sebuah taman yang berteres sebanyak 12 tingkat yang melambangkan 12 zodiak yang terletak di tebing Dal Lake. Dibina pada tahun 1633 oleh Maharaja Shah Jahan dengan pemandangan indah menghadap tasik dan Zabarwan Mountains. Setiap teres dibina dengan senibina taman yang berbeza-beza dan di sini juga terdapat makam puteri raja Mughal. Teres ke-2 merupakan teres yang paling cantik dan menjadi tumpuan pelancong.
  • Shalimar Bagh: Taman yang dibina oleh Maharaja Jahangir pada 1619 dan dianggap Mughal Garden yang tercantik di Kashmir dengan jolokan “Crown of Srinagar”. Banyak pokok dan bunga yang jarang ditemui terdapat di sini dan musim terbaik untuk ke sini adalah ketika musim
    bunga dan luruh di mana pelancong dapat melihat pokok-pokok Chinar bertukar warna daunnya. Di sini juga terdapat sebuah dewan kediaman yang dibina menggunakan batu marble sebagai rumah tamu bagi tetamu diraja.
    • Melihat cara pembuatan karpet Kashmir yang ditenun secara tradisional
    di Carpet Weaving Factory.

Bermalam di Houseboat Srinagar.

HARI 3 SRINAGAR - SONAMARG (SP / MT / MM)
  • Melawat kawasan pergunungan di Sonamarg yang bersejarah sebagai salah satu pintu laluan Silk Road yang menyambungkan antara Kashmir dan Tibet.
  • Dengan ketinggian 2730m, Sonamarg menawarkan pemandangan panorama yang cukup indah meliputi puncak-puncak gunung di sekitar Kashmir Valley seperti Machoi Glacier, Sirbal Peak dan Kolahoi Peak dan juga tasik-tasik sekelilingnya seperti Gangabal Lake dan Vishansar Lake. Dengan bayaran tambahan, tetamu boleh menyewa kuda dan bersiar-siar sehingga ke Thajiwas Glacier ketika musim panas.

Bermalam di Srinagar.

HARI 4 SRINAGAR - GULMARG (SP / MT / MM)
  • Menikmati keindahan panorama yang menakjubkan di pergunungan Gulmarg yang turut dikenali sebagai Meadow of Flowers dengan menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola menuju ke puncak gunung setinggi 3950m.
  • Gulmarg merupakan destinasi percutian yang terkenal semenjak dari abad ke-16 ketika zaman Empayar Mughal lagi dengan tarikan pemandangan panorama indah pergunungan Himalaya di sekelilingnya. Selain itu, Gulmarg terkenal sebagai pusat golf dan juga sukan musim sejuk.
  • Antara tarikan yang terdapat di sini ialah Igloo Cafe yang terbesar di dunia, Maharani Temple yang dibina pada awal kurun ke-19 dan Maharaja Palace yang dibina hujung kurun ke-18.
    Bermalam di Srinagar.
HARI 5 SRINAGAR - DELHI - AGRA (SP / MT / MM)
  • Merasai pengalaman unik Shikara Ride menaiki sampan dari houseboat penginapan dan menyusuri sepanjang Dal Lake yang cukup luas dan mengambil foto pelbagai jenis houseboats yang unik yang terdapat di tasik ini, sambil berhenti sebentar di taman dan kebun sayur terapung.
    Menaiki penerbangan domestik menuju ke Delhi. Setibanya di Delhi, meneruskan perjalanan dengan bas persiaran menuju ke Agra.

Bermalam di Agra.

HARI 6 AGRA - DELHI (SP / MT / MM)

Lawatan di Agra:

  • Taj Mahal: Merupakan sebuah binaan yang dianggap sebagai antara 7 keajaiban dunia kerana seluruh kawasan kompleks ini dibina dengan simetri yang tepat. Kompleks ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada 1631 sebagai makam buat isterinya Mumtaz Mahal. Tetamu pastinya akan teruja dengan keindahan monumen ini dan keseluruhan kompleks ini saat melangkah masuk pintu gerbang utamanya.• Agra Fort: Sebuah kota pertahanan yang dibina pada 1565 oleh bapa Shah Jahan, Maharaja Akbar dan menjadi pusat pemerintahan dan kediaman utama diraja Empayar Mughal sebelum berpindah ke Delhi. Kota ini merupakan salah satu dari seni bina Islam yang penting dan seluas 94 ekar menempatkan sebanyak lebih 500 bangunan terdapat di dalam kota ini.

Bertolak menuju ke Delhi dan bermalam di Delhi

HARI 7 DELHI - KUALA LUMPUR (SP / MT / MM)

Lawatan di Delhi:

  • India Gate: Tugu peringatan yang dibina seakan pintu gerbang bagi 84,000 tentera India yang terkorban sepanjang Perang Dunia Pertama.
  • Raj Ghat: Memorial yang dibina bagi memperingati bapa kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri Pertama India.
  • Bersolat di Jama Masjid yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan pada tahun 1650 merupakan masjid yang terbesar di India dan menjadi simbol kekuasaan empayar Islam di India pada zaman Mughal.
  • Qutub Minar: Menara yang dibina di atas runtuhan kota Lal Kot pada 1199 setinggi 72.5m dan merupakan sebahagian dari kompleks masjid Quwwatul Islam.
  • Lawatan panorama bas melepasi Red Fort yang dibina pada 1639 oleh Shah Jahan sebagai kota pemerintahan Empayar Mughal, President’s Palace dan Parliament House.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 8 KUALA LUMPUR

Tiba di KLIA/KLIA2.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Tiket penerbangan domestik Delhi - Srinagar kelas ekonomi.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Taj Mahal dan Agra Fort.
  • Tiket menaiki kereta kabel Gulmarg Gondola.
  • Pengangkutan sampan di Shikara Ride Dal Lake.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
DELHI 2 MALAM
KASHMIR 3 MALAM
AGRA 1 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 190 MALAYSIA AIRLINE KUL - DEL 1850 2150
7 MH 191 DEL - KUL 2300 0655 + 1
HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 D7 182 AIR ASIA X KUL - DEL 1900 2205
7 D7 183 DEL - KUL 2320 0740+1


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM4,490.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,490.00

Children

RM4,490.00

Babies

RM600.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,490.00

Children

RM4,490.00

Babies

RM600.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
05-12-2025 12-12-2025 RM4,690.00 RM4,690.00 RM600.00 View Discount
08-01-2026 15-01-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM600.00 View Discount
15-01-2026 22-01-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM600.00 View Discount
25-01-2026 01-02-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM600.00 View Discount
04-02-2026 11-02-2026 RM4,490.00 RM4,490.00 RM600.00 View Discount
28-03-2026 04-04-2026 RM4,890.00 RM4,890.00 RM600.00 View Discount