Pakej Guizhuo + Chongqing, China 8H7M

Duration

8 Days 7 Nights

Max People

20

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - GUIYANG
  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Guiyang.
  • Bermalam di Guiyang.
HARI 2 GUIYANG - MEITAN (SP/ MT / MM)
  • Lawatan di Meitan:
      • Melawat China Tea Sea merupakan ladang teh yang luas ini terkenal dengan pemandangan hijau sejauh mata memandang. Pelancong boleh berjalan-jalan di ladang teh, menikmati udara segar, mengambil gambar landskap indah, serta mempelajari proses penanaman dan penghasilan teh China.
  • Bermalam di Meitan.
HARI 3 MEITAN - CHONGQING (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Chongqing:
      • Bersiar-siar di 18th Staircase yang terkenal dengan tangga-tangga berbatu lama dan jalan-jalan sempit yang mencerminkan gaya hidup tradisional Chongqing. Kawasan ini menawarkan pemandangan bandar dan sungai yang menakjubkan. Pelancong dapat menikmati pemandangan lorong sempit, mencuba makanan jalanan tempatan dan membeli cendaramata unik.
      • Berjalan-jalan di Jiao Chang Kou yang menawarkan pelbagai hidangan halal seperti kebab, mi dan makanan ringan tempatan. Pelancong dapat mencuba makanan halal yang lazat sambil menikmati suasana jalanan yang meriah.
      • Berjalan-jalan di Jie Fang Bei yang meriah dengan kawasan penuh dengan kedai-kedai, restoran dan hiburan. Monumen pembebasan di tengah-tengah kawasan ini memperingatan kemenangan China dalam Perang Dunia II. Pada waktu malam, lampu neon yang berwarna-warni menerangi kawasan ini, menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi.
      • Melawat Kui Xing Building yang merupakan seni bina tradisional China dengan skruktur kayu yang rumit dan bumbung bertingkat yang dihiasi dengan ukiran indah. Destinasi ini unik kerana walaupun ia kelihatan seperti berada di tingkat satu, sebenarnya ia terletak di tingkat 22. Pelancong boleh menikmati keindahan seni bina klasik serta suasana yang berbeza dengan kesibukan bandar Chongqing.
      • Qiansimen Bridge merupakan jambatan moden yang menghubungkan kawasan Yuzhong dan Jiangbei. Terkenal dengan seni bina yang unik dan pemandangan menakjubkan. Dengan pencahayaan LED yang terang, Qiansimen Bridge menciptakan suasana yang menakjubkan pada waktu malam, menjadikannya spot fotografi yang digemari ramai.
      • Menikmati pemandangan malam di Hongyadong. Kawasan ini berubah menjadi pemandangan yang memukau dengan lampu-lampu berwarna-warni yang menerangi bangunan-bangunan kayu tradisional dan struktur moden.
  • Bermalam di Chongqing.
HARI 4 CHONGQING (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Chongqing:
      • Melawat Ciqikou Ancient Town yang terkenal dengan jalan-jalan batu yang sempit, bangunan tradisional dan suasana yang penuh dengan budaya. Selain itu, suasana yang meriah dan pemandangan sungai indah menjadikan Ciqikou satu tempat yang ideal untuk meluangkan `masa bersama keluarga atau rakan-rakan.
      • Chongqing Mosque yang mempunyai seni bina yang menarik dengan reka bentuk yang unik. Pelancong boleh melihat menara masjid yangtinggi dan pintu masuk yang dihiasi dengan kaligrafi Arab.
      • Liziba Monorail terletak di Chongqing, adalah tempat di mana kereta api ringan melalui bangunan, menawarkan pemandangan yang unik dan menakjubkan.Bersiar-siar di Danzishi Ancient Street yang dapat menjelajahi bangunan bersejarah, kedai-kedai tradisional dan kafe yang menawarkan hidangan tempatan.
  • Bermalam di Chongqin.
HARI 5 CHONGQING - WUJIANG VILLAGE (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Wujiang Village:
      • Melawat Wujiang Village yang boleh menjelajah perkampungan tradisional yang menampilkan seni bina klasik dan kehidupan tempatan. Di samping itu, mereka boleh menyaksikan pertunjukan dron dan pancutan air berirama muzik, serta persembahan warisan budaya yang mempamerkan tarian, muzik, dan tradisi unik masyarakat setempat, menjadikan pengalaman lebih menghiburkan.
  • Bermalam di Wujiang Village.
HARI 6 WUJIANG VILLAGE - ZHENFENG - ANSHUN (SP / MT / MM)
  • Lawatan di Zhengfeng:
      •  Huajiang Village Bridge Yundu Service Area yang boleh berhenti seketika untuk berehat, menikmati pemandangan sekitar jambatan dan kampung, serta mengambil gambar kenangan sepanjang perjalanan.
  • Lawatan di Anshun:
      • Berpeluang solat di Anshun Mosque yang merupakan pusat ibadat dan komuniti Islam tempatan.
      • Berjalan-jalan di Jiuzhou Ancient Town yang menampilkan seni bina tradisional Cina dan lorong-lorong bersejarah yang terpelihara. Pelancong boleh berjalan-jalan di jalan-jalan lama, menikmati makanan tempatan, membeli cenderamata, serta merasai suasana budaya dan sejarah yang autentik.
  • Bermalam di Anshun.
HARI 7 ANSHUN - GUIYANG (SP / MT)
  • Lawatan di Ansun:
      • Membeli-belah di Southwest International Trade City yang menawarkan pelbagai barangan termasuk pakaian, aksesori, dan produk tempatan. Pelancong boleh membeli-belah barangan berkualiti, melihat produk unik, dan merasai pengalaman membeli-belah di pasar antarabangsa yang sibuk dan meriah.
  • Lawatan di Guiyang:
      • Bersiar-siar di Guiyang White Palace untuk mengambil gambar kenangan, serta menikmati suasana tenang sambil menghargai reka bentuk seni bina moden dan tradisional yang harmoni.
      • Berjalan-jalan di Qingyun Market yang terkenal dengan pelbagai barangan tempatan, makanan jalanan, dan cenderamata menarik. Pelancong boleh membeli-belah, mencuba hidangan tradisional, serta merasai suasana meriah dan budaya tempatan di pasar yang sibuk ini.
  • Bermalam di Guiyang.
HARI 8 GUIYANG - KUALA LUMPUR (SP)
  • Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
GUIYANG 2 MALAM
MEITAN 1 MALAM
CHONGQIN 2 MALAM
WUJIANG VILLAGE 1 MALAM
ANSHUN 1 MALAM
GUIYANG 1 MALAM


Info Penerbangan

HARI PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
HARI 1 9 AIR KUL - KWE 1925 2355
HARI 6 KWE - KUL 1345 1825


Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM4,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,590.00

Children

RM4,590.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM4,590.00

Children

RM4,590.00

Babies

RM500.00

Services