Pakej Guilin + Guangzhou, China 6H5M

Duration

6 Days 5 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - GUANGZHOU - GUILIN (MM)

Lawatan di Guangzhou:

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Guangzhou.

  • Saad Abi Waqas Mosque: Melawat masjid terbesar di Guangzhou, dikenali sebagai Masjid Abi Waqqas, ia dinamakan sempena Sa’ad ibn Abi Waqqas, seorang sahabat Nabi Muhammad. Bertolak ke Guilin menggunakan Bullet train.

Bermalam di Guilin.

HARI 2 GUILIN - YANGSHUO (SP / MT / MM)

Lawatan di Guilin & Yangshuo:

  • Chongshan Mosque: Melawat masjid yang terletak di Daerah, Xiangshan dan mempunyai sejarah yang kaya sejak Dinasti Qing. Ia dibina pada tahun 1735 semasa pemerintahan Maharaja Yongzheng dari Dinasti Qing.
  • Shangri-La Scenic Area: Menikmati pandangaan landskap semulajadi yang menakjubkan, termasuk gunung karst, gua, sungai, dan seni bina tradisional Cina.
  • Yangshuo Xingping Ancient Town: Bandar ini terkenal dengan pemandangan indah Sungai Li dan puncak karst. Lengkungan ikonik Sungai Li, yang terdapat pada wang kertas 20 yuan, adalah tempat yang mesti dilihat.
  • Cruise Li River: Pelayaran yang indah ini membawa anda menyusuri Sungai Li dari Guilin ke Yangshuo, menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari landskap karst yang terkenal di rantau ini.
  • Optional: Liu San Jie Impression Show (CNY320/pax).
HARI 3 YANGSHUO - GUILIN (SP / MT / MM)

Lawatan di Guilin:

  • Elephant Trunk Hill: Bukit ini mendapat namanya kerana ia menyerupai seekor gajah yang sedang minum air dari Sungai Li. Pembentukan semula jadi ini adalah sebahagian daripada Kawasan Pemandangan Bukit Gajah, yang juga termasuk Gua Bulan Air, sebuah gua separuh bulat yang mencipta pantulan bulan yang indah di atas air pada waktu malam.
  • Reed Flute Cave: Gua ini dipenuhi dengan pelbagai stalaktit, stalagmit, tiang batu, dan tirai batu yang indah yang telah terbentuk selama lebih 180 juta tahun. Gua ini diterangi dengan lampu berwarna-warni, mewujudkan suasana yang ajaib dan luar biasa.
  • Zhengyang Pedestrian Street: Jalan ini dipenuhi dengan pelbagai kedai, restoran, penjual makanan, dan tempat hiburan, menawarkan gabungan elemen Cina tradisional dan moden.
  • Sun & Moon Pagoda: Pagoda Matahari dan Bulan berdiri tegak di perairan Tasik Fir tengah (Shanhu). Ia juga dikenali sebagai Pagoda Emas dan Perak kerana warnanya pada waktu malam. Pagoda Matahari dan Bulan ialah tapak pelancongan yang menggabungkan budaya, seni, agama, seni bina, teknologi dan landskap semula jadi.
  • East & West Lane: Dikenali sebagai "Zhengyang East Lane" dan "Zhengyang West Lane". Ia terkenal dengan budaya pasar yang meriah, dengan kedai-kedai, restoran, dan bangunan bersejarah.

Bermalam di Guilin.

HARI 4 GUILIN - GUANGZHOU (SP / MT / MM)

Lawatan di Guilin & Guangzhou:

  • Liusanjie Grand View Garden: Terkenal kerana lokasi penggambaran filem Liu San Jie pada tahun 60an. Ia merupakan kisah popular dikalangan orang Zhuang. Terletak bersebelahan Sungai Peach Blossom.

Bertolak ke Guangzhou menaiki Bullet Train.

  • Huaisheng Mosque: Sebagai salah satu masjid tertua di China, Masjid Huaisheng adalah sebuah bangunan yang mempunyai kepentingan keagamaan dan bersejarah besar.

Bermalam di Guangzhou.

HARI 5 GUANGZHOU (SP / MT / MM)

Lawatan di Guangzhou:

  • New Guangzhou TV Tower: Sebagai menara TV tertinggi di China dan ketiga tertinggi di dunia. Di dalam menara terdapat barangan jualan, restoran romantik dengan makanan yang lazat dan beberapa platform peninjau yang menarik untuk bergambar.
  • White Horse Clothing Market: Salah satu lokasi popular di kalangan semua pasar pakaian di Guangzhou serta menikmati lokasi yang selesa di seberang Stesen Kereta Api Guangzhou.
  • Shangxiajiu: Salah satu daripada tiga pusat komersial paling sibuk di Daerah Liwan, Bandaraya Guangzhou. Jalan pejalan kaki ini dipenuhi oleh pelbagai kedai dengan pakaian murah.

Bermalam di Guangzhou

HARI 6 GUANGZHOU - KUALA LUMPUR (SP / MT / MM)

Lawatan di Guangzhou:

  • Yue Xiu Park & Five Ram Statue: Ia adalah gabungan sempurna peninggalan budaya dan pelancongan ekologi. Tempat menarik utama termasuk arca batu Five Rams, Menara Zhenhai, tapak Tembok Bandar Dinasti Ming, dan Tapak Meriam Square.

Penerbangan ke Kuala Lumpur

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Shopping compulsory:- Jade Shop, Handicraft Shop
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
GUILIN 2 MALAM
YANGSHUO 1 MALAM
GUANGZHOU 2 MALAM


Info Penerbangan

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 MH 376 MALAYSIA AIRLINE KUL - CAN 0900 1310
6 MH 377 CAN - KUL 1435 1840


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,690.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,690.00

Children

RM3,690.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 30% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,690.00

Children

RM3,690.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
10-01-2026 15-01-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount
10-04-2026 15-04-2026 RM3,790.00 RM3,790.00 RM500.00 View Discount
31-05-2026 05-06-2026 RM3,690.00 RM3,690.00 RM500.00 View Discount