10 Days 7 Night
24
Airport
Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Skopje (transit di Istanbul).
Tiba di Skopje dan memulakan lawatan dengan melawat Skopje Kale Fortress, kota pertahanan bersejarah yang dibina seawal kurun ke-6. Seterusnya, singgah di Stone Bridge yang merentasi Sungai Vardar dan dibina pada tahun 1451. Bergambar di hadapan Tugu Alexander The Great setinggi 14.5 meter yang dibina pada tahun 2011 sempena ulang tahun ke-20 kemerdekaan Republik Macedonia. Lawatan diteruskan ke Daut Pasha Hammam, sebuah pemandian umum bersejarah dari abad ke-16 yang kini berfungsi sebagai muzium seni dan budaya dengan reka bentuk Ottoman. Kemudian, masa bebas diberikan di Macedonia Square untuk membeli-belah cenderamata dan mencuba makanan tradisional di Old Bazaar. Sebelum kembali ke hotel, singgah sebentar di Old Train Station yang dibina pada tahun 1938 dengan sentuhan seni bina Byzantine. Bermalam di Skopje.
Lawatan diteruskan ke Tetovo dengan kunjungan ke Sarena Painted Mosque, sebuah kompleks masjid yang berwarna-warni dibina pada tahun 1438, lengkap dengan laman bunga, sekolah Medresa, dan Turbe – makam dua beradik perempuan yang menaja pembinaannya. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Ohrid untuk melawat Haji Turgut Mosque, masjid tertua di kawasan ini yang dibina pada tahun 1466, diikuti dengan Abedin-Pasha Mosque yang berasal dari abad ke-17 dan menempatkan makam Emir pertama Ohrid. Masa bebas diberikan di Chinar Square yang terkenal dengan pokok Old Chinar berusia lebih 1000 tahun, serta peluang membeli-belah di Old Bazaar Street. Nikmati pemandangan memukau Lake Ohrid yang luas dan jernih seperti lautan, sebelum melawat Monastery of St. Naum, sebuah biara Ortodoks yang dibina di tebing tasik ini sejak tahun 905 semasa pemerintahan Empayar Bulgaria. Bermalam di Struga.
Lawatan dimulakan di Tirana dengan kunjungan ke Ethem Bey Mosque, sebuah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1791 dan menjadi simbol penting kejatuhan komunisme di Albania. Seterusnya, melawat Clock Tower of Tirana yang berketinggian 35 meter dan dibina pada tahun 1811. Lawatan diteruskan dengan menaiki bas panorama yang melalui beberapa mercu tanda utama seperti Pyramid of Tirana, National History Museum, Cold War Bunker, Skanderbeg Square dan Skanderbeg Monument. Perjalanan diteruskan ke Shkoder untuk lawatan bas panorama yang melalui Rozafa Castle, sebuah kota pertahanan sejak zaman Illyrian, Ebu Beker Mosque, serta menikmati pemandangan Shkoder Lake. Bermalam di Shkoder.
Lawatan diteruskan ke Kotor dengan kunjungan ke Old Town of Kotor, sebuah kota tepi laut yang dianggap antara tercantik di Mediterranean. Kota ini dikelilingi tembok setinggi 20 meter dan menempatkan tarikan menarik seperti Square of Arms, Watch Tower, Prince’s Palace, Pillar of Shame dan Sea Gate yang dibina pada tahun 1555. Seterusnya, menuju ke Old City of Dubrovnik yang terkenal sebagai “Pearl of the Adriatic” kerana keindahan landskap dan senibinanya. Di dalam tembok kota ini, lawatan merangkumi tempat-tempat bersejarah seperti Large Onofrio Fountain, Rector’s Palace, Clock Tower, Bell Tower, dan Orlando’s Column, sambil bersiar-siar santai di sepanjang jalan berbatu kota lama ini. Bermalam di Trebinje.
Lawatan dimulakan di Blagaj dengan berfoto dan menikmati pemandangan menakjubkan di sumber mata air Buna River Spring yang terkenal dengan keindahannya. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Mostar untuk melihat Mostar Bridge, jambatan ikonik Bosnia yang dibina pada abad ke-16 dengan senibina Islamik Balkan yang memukau. Lawatan diteruskan ke Koski Mehmed Pasha Mosque, sebuah masjid bersejarah yang dibina pada tahun 1618 mengikut senibina Uthmaniyyah Turki. Para pelawat juga berpeluang membeli-belah cenderamata di Bazar Kujundziluk yang terletak di sepanjang Neretva River dan melawat Turkish House yang sarat dengan elemen budaya dan sejarah tempatan. Bermalam di Mostar.
Lawatan di Sarajevo dimulakan dengan bersiar-siar di taman rekreasi Vrelo Bosne sambil menikmati suasana tenang dan keindahan semula jadi taman ini. Seterusnya, kunjungan ke Tunnel of Hope yang dibina ketika Perang Bosnia sebagai laluan rahsia untuk penduduk mendapatkan bekalan makanan dan ubatan semasa bandar Sarajevo dikepung tentera Serbia. Pelawat turut berpeluang membeli-belah di Bascarsija Bazaar, berfoto di monumen kayu Sebilj yang dibina pada tahun 1753, serta menunaikan solat di Gazi Husrev-Bey Mosque, masjid terbesar di Bosnia yang dibina pada tahun 1530. Lawatan turut merangkumi Sahat Kula (menara jam), bangunan bersejarah Vijecnica, serta mengenali Sarajevo Roses – kesan letupan mortar yang disimen merah menyerupai bunga ros, khususnya di hadapan Sacred Heart Cathedral. Bermalam di Sarajevo.
Lawatan diteruskan ke perkampungan kecil Ahmici untuk melawat 116 Monument, yang dibina bagi memperingati peristiwa tragik pembunuhan 116 orang penduduk oleh tentera Croatia dalam satu pagi ketika Perang Bosnia. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Jajce untuk berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27 meter serta melawat Watermills Open Air Museum yang unik dengan binaan 20 buah rumah kincir air kayu yang terletak di atas Pliva River. Bermalam di Bihac.
Lawatan diteruskan ke Plitvice Lakes, sebuah kawasan tasik pergunungan yang digelar sebagai syurga dunia kerana keindahannya yang memukau dengan tasik berwarna kehijauan serta rangkaian air terjun yang menakjubkan. Seterusnya, melawat kota Zagreb, khususnya di sekitar Ban Jelacic Square yang menempatkan Zagreb City Scale Model, Ban Jelacic Statue dan Lotrscak Tower. Setelah itu, bertolak pulang ke Kuala Lumpur dengan transit di Istanbul.
Tiba di lapangan terbang KLIA
BANDAR
HOTEL / SETARAF
BIL. MALAM
SKOPJE
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
STRUGA
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
SHKODER
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
TREBINJE
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
MOSTAR
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
SARAJEVO
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
BIHAC
HOTEL 4 BINTANG
1 MALAM
PELEPASAN SEPTEMBER 2025 SEHINGGA OKTOBER 2025
HARI
SYARIKAT
NO. PENERBANGAN
ETD- ETA (KUL - IST)
1
TURKISH ARILINE
TK 61
2345 - 0520 + 1
ETD- ETA (IST - SKP)
2
TK 1003
0725 - 0755
ETD- ETA (ZAG - IST)
9
TK 1056
2020 - 2340
ETD- ETA (IST - KUL)
10
TK 60
0140 - 1705
PELEPASAN NOVEMBER 2025 SEHINGGA JANUARI 2026
HARI
SYARIKAT
NO. PENERBANGAN
ETD- ETA (KUL - IST)
1
TURKISH ARILINE
TK 61
2345 - 0605+1
ETD- ETA (IST - SKP)
2
TK 1003
0810 - 0745
ETD- ETA (ZAG - IST)
9
TK 1056
1955 - 0015+1
ETD- ETA (IST - KUL)
10
TK 60
0155 - 1705
Start Date | End Date | Adult Price | Child Price | Baby Price | Discount |
---|---|---|---|---|---|
26-10-2025 | 04-11-2025 | RM8,590.00 | RM8,590.00 | RM1,500.00 | View Discount |
06-11-2025 | 15-11-2025 | RM8,390.00 | RM8,390.00 | RM1,500.00 | View Discount |
20-11-2025 | 29-11-2025 | RM8,390.00 | RM8,390.00 | RM1,500.00 | View Discount |
27-11-2025 | 06-12-2025 | RM8,890.00 | RM8,890.00 | RM1,500.00 | View Discount |
01-01-2026 | 10-01-2026 | RM8,890.00 | RM8,890.00 | RM1,500.00 | View Discount |
15-01-2026 | 24-01-2026 | RM8,590.00 | RM8,890.00 | RM1,500.00 | View Discount |