Pakej Jakarta + Bandung, Indonesia 5H4M

Duration

5 Days 4 Night

Max People

30

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - JAKARTA - BANDUNG (MOB / MT)
  • Peserta berkumpul di KLIA dan berjumpa dengan Tour Leader di kaunter
  • Proses check in dan boarding dibantu sepenuhnya oleh Tour Leader
  • Berlepas ke Jakarta
  • Tiba di Jakarta, urusan imigresen dan pengambilan bagasi
  • Berjumpa wakil ground handling di pintu ketibaan
  • Berangkat ke Stasiun Kereta Cepat Halim
  • Pengalaman menaiki Kereta Cepat WHOOSH kereta api laju pertama di Asia Tenggara dengan perjalanan lebih kurang 30 minit yang selesa, stabil dan berhawa dingin menuju ke Bandung.
  • Lawatan ke kedai kain di Bandung yang menawarkan pelbagai pilihan kain serta perkhidmatan tempahan pakaian.
  • Shopping di Toko Tiga: Lawatan ke kedai terkenal yang menjual jeans dan pakaian berkualiti pada harga yang berpatutan.
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Check in hotel
  • Berehat dan aktiviti bebas
HARI 2 BANDUNG – CIWIDEY – BANDUNG (SP / MM / MT)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Bertolak menuju ke kawasan Ciwidey
  • Melawat Kawah Putih: Tasik unik yang terbentuk daripada kawah gunung berapi dengan warna air putih kehijauan. Pemandangan sangat menarik dan sesuai untuk bergambar. Peserta yang tidak berkemampuan berjalan jauh boleh berehat di kawasan atas.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan
  • Shopping barangan kulit di Cibaduyut: Kawasan terkenal dengan barangan kulit seperti kasut, beg, dompet dan jaket pada harga menarik.
  • Lawatan ke Masjid Al-Jabbar: Masjid ikonik moden di Bandung yang luas, selesa dan menjadi tarikan utama untuk solat dan bergambar.
  • Makan malam
  • Kembali ke hotel dan berehat
HARI 3 LEMBANG TOUR & BANDUNG CITY (SP / MM / MT)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Bertolak ke Lembang
  • Melawat Dusun Bambu: Destinasi pelancongan berkonsepkan alam semula jadi dengan suasana tenang, pemandangan cantik dan udara yang segar.
  • *Floating Market*: Kawasan santai dengan tasik dan deretan gerai makanan tempatan. Peserta boleh menikmati street food atau berjalan santai.
  • Shopping di Rumah Mode: Factory outlet terkenal di Bandung yang menawarkan pakaian berkualiti. Tempatnya selesa, mempunyai banyak tempat duduk, surau dan tandas.
  • Bandung City Tour & Alun-Alun: Melihat pemandangan sekitar bandar Bandung dan bergambar di kawasan tumpuan termasuk peluang bergambar bersama karakter “hantu Bandung” (pilihan).
  • Makan tengah hari dan makan malam
  • Kembali ke hotel dan berehat
HARI 4 BANDUNG – JAKARTA (SP / MM / MT)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Check out hotel
  • Lawatan ke Kartika Sari, kedai oleh-oleh terkenal di Bandung yang popular dengan brownies kukus dan kek.
  • Shopping di Tiga Rasa: Kedai makanan ringan yang menawarkan pelbagai jenis kerepek dan snek tempatan.
  • Pasar Baru : Pusat membeli-belah yang terkenal untuk kain, telekung, pakaian dan kelengkapan muslim dengan pelbagai pilihan dan harga menarik.
  • Kereta Api Panoramic (TBC): Jika disahkan, peserta akan menaiki kereta api khas dengan tingkap panorama yang luas, memberi pengalaman perjalanan yang selesa dan pemandangan yang menarik menuju Jakarta.
  • Bertolak ke Jakarta
  • Makan malam di restoran tempatan
  • Check in hotel
HARI 5 JAKARTA – KUALA LUMPUR (SP / MT / MOB)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Free time untuk berehat / mengemas barang
  • Check out hotel
  • Jakarta City Tour (Drive Pass) untuk melihat ikon utama bandar Jakarta termasuk:
      • Monumen Nasional (MONAS) – mercu tanda utama Jakarta
      • Istana Negara – bangunan rasmi Presiden Indonesia
      • Beberapa kawasan penting bandar Jakarta
  • Singgah untuk solat di Masjid Istiqlal: masjid terbesar di Indonesia dan Asia Tenggara yang sangat luas, selesa dan bersejarah.
  • Makan tengah hari
  • Bertolak ke lapangan terbang
  • Proses check in penerbangan pulang
  • Berlepas ke Kuala Lumpur
  • Tiba di Malaysia dengan kenangan manis dari Jakarta dan Bandung

Included/Excluded

  • Tiket Penerbangan Pergi Dan Balik
  • Termasuk segala cukai lapangan terbang antarabangsa
  • 30kg Bagasi Penerbangan
  • Pengangkutan untuk 5 hari termasuk pemandu, parking, toll dan sebagainya
  • 4 malam penginapan di hotel pilihan
  • 4 kali sarapan pagi
  • 4 kali makan tengahari & 4 kali makan malam
  • Tiket masuk ke tempat-tempat lawatan seperti dalam itinerari
  • Tour guide yang berpengalaman dengan tetamu Malaysia
  • Tipping untuk tour guide dan pemandu bas
  • Tour Leader dari Malaysia untuk membantu sepanjang trip
  • Insuran perjalanan luar negara (Travel Insurance)
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan diatas
  • Lawatan, minuman dan makanan tambahan
  • Sebarang peberlanjaan bersifat peribadi seperti porter, sim kad dan lain-lain

SENARAI HOTEL 

BANDAR HOTEL BIL MALAM
BANDUNG GRAND TEBU HOTEL ATAU SETARAF 3 MALAM
JAKARTA ORCHARDZ JAYAKARTA ATAU SETARAF 1 MALAM


INFO PENERBANGAN

HARI NO. PENERBANGAN PENERBANGAN SEKTOR ETD ETA
1 TBC MALAYSIA AIRLINE KUL - CGK 0720 0825
5 TBC CGK - KUL 1950 2300


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM2,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,590.00

Children

RM2,590.00

Services

Deposit Option 40% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,590.00

Children

RM2,590.00

Services