Pakej Pulau Hainan, China 4H3M

Duration

4 Days 3 Nights

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - HAIKOU - SANYA (MT / MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Haikou. Haikou, yang terletak di utara Pulau Hainan, terkenal dengan landskap tropika yang dipenuhi pokok kelapa (coconut city) — terutama di kawasan pantai, taman awam, dan jalan utama.

Lawatan di Sanya:

  • Bersiar-siar di Shimei Bay di Hainan merupakan teluk yang indah dengan pantai bersih dan pemandangan semula jadi yang memukau.
  • Melawat Tianya Town di Hainan yang menawarkan suasana budaya tempatan dengan kedai unik, makanan tradisional, dan seni jalanan, di mana pelancong boleh berjalan santai, bergambar, dan menikmati hidangan tempatan.

Bermalam di Sanya.

HARI 2 SANYA (SP / MT / MM)

Lawatan di Sanya:

  • Melawat Huihui Village perkampungan masyarakat Hui yang terkenal dengan warisan budaya Islam dan semangat keusahawanan yang tinggi. Pelancong boleh melawat masjid lama , menikmati seni bina rumah tradisional reka bentuk seni bina Arab, dan merasai suasana kampung yang damai. Penduduk tempatan aktif dalam pelbagai bidang seperti pengangkutan, perniagaan kecil, dan pelancongan, menjadikan kampung ini contoh kejayaan ekonomi komuniti minoriti.
  • Berpeluang solat di Nankai Mosque yang merupakan masjid yang indah dengan seni bina Islam tradisional dan suasana yang tenang. Pelancong boleh mengagumi reka bentuk yang rumit, mendengar azan yang merdu, dan mempelajari sejarah komuniti Muslim tempatan.
  • Berpengalaman untuk menaiki Helicopter Low Altitude yang akan terbang sepanjang 1 km untuk menikmati pemandangan dan bergambar di sekitar Sanya.
Bermalam di Sanya.
HARI 3 SANYA - HAIKOU (SP / MT / MM)
  • Melawat Hainan Binglang Gulimiao Culture Tourist Zone yang boleh melihat rumah-rumah tradisional yang dibina dengan gaya seni bina tempatan. Disini juga terdapat pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional, nyanyian, dan pertunjukan alat muzik.
  • Bersiar-siar di Haikou Qilou Old Street yang mempunyai pelbagai kedai makanan dan kafe di sepanjang jalannya. Pelancong boleh membeli-belah, mencari barangan unik, dan boleh mengambil gambar bangunan Qilou yang indah.

Bermalam di Haikou.

HARI 4 HAIKOU - KUALA LUMPUR (SP)
Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL MALAM
SANYA 2 MALAM
HAIKOU 1 MALAM


Info Penerbangan

TARIKH NO. PENERBANGAN PENERBANGAN KUL- ETA (KUL- HAK)
HARI 1 FY 3970 FIREFLY 0815 -1155
NO. PENERBANGAN ETD- ETA (HAK-KUL)
HARI 6 FY 3971 1255 - 1625


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM2,690.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,690.00

Children

RM2,690.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 26% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM2,690.00

Children

RM2,690.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
07-11-2025 10-11-2025 RM2,690.00 RM2,690.00 RM500.00 View Discount
28-11-2025 01-12-2025 RM2,590.00 RM2,590.00 RM500.00 View Discount