Pakej Land Of Avatar, Zhangjiajie, China 7H5M

Duration

7 Days 5 Night

Max People

24

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - CHANGSHA

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Changsha. Bermalam di Changsha.

HARI 2 CHANGSHA - FENGHUANG (SP/ MT/ MM)

Lawatan di Fenhuang:

  • Fenghuang Ancient City: Dikenali sebagai Phoenix Ancient Town, adalah sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah dan budaya, terletak di barat daya Hunan, China. Kota kuno ini adalah
    contoh yang luar biasa dari budaya dan kehidupan orang Miao dan orang Tujia, dua etnik minoriti yang mendominasi kawasan ini. Fenghuang merupakan tempat yang popular bagi pengunjung
    yang ingin menyelami sejarah, arsitektur tradisional, dan keindahan alam yang menakjubkan.
  • Wanshou Palace: Dikenali sebagai Wanshou Temple, merupakan bangunan yang didirikan untuk peribadatan dan sebagai tempat berkumpul bagi penduduk lokal. "Wanshou" dalam bahasa
    Mandarin bermakna "panjang umur," yang mencerminkan harapan dan doa masyarakat setempat untuk kehidupan yang panjang dan sejahtera. Bangunan ini sering dikaitkan dengan upacara dan perayaan yang berkaitan dengan keagamaan dan kebudayaan lokal.
  • Tuojiang River rafting: Anda boleh berjalan-jalan atau menaiki bot di Litchi Bay. Masuk dari Jalan Qiangtang, anda boleh bersiar-siar di sepanjang sungai, dan anda boleh menaiki bot di Teluk Litchi di Dataran Wenta dan Dewan Ancestral Liang. Anda boleh merasai makanan ringan Kantonis di atas kapal. Tarikan utama di sepanjang pantai termasuk Plaza Venta, Muzium Tsuen
    Wan, Taman Tasik Tsuen Wan. Anda boleh menikmati gaya seni bina Lingnan.
  • Wanming Tower: Dikenali sebagai Pagoda Wanming, merupakan bangunan yang dibina pada 1977 semasa Dinasti Qing. Selepas menara asalnya dimusnahkan, seorang pelukis terkenal bernama Mr Huang Yongyu yang juga kelahiran di bandar Fenghuang telah memanggil orang tempatan untuk mengumpul dana bagi pembinaan semula dan menamakan kepada Wanming Pagoda.
  • Shawan Scenic Area: Terletak di luar East Gate City Tower, antara salah satu tempat tarikan landskap yang elit di Fenghuang Ancient City. Pelancong perempuan sangat disyorkan untuk
    menyewa dan memakai pakaian etnik tempatan untuk bergambar di kawasan ini. Anda juga, boleh menikmati minuman kopi dan the sambil melihat pemandangan yang indah di sini.
  • Ancient Stone Street: Dibina pada tahun ke-43 Maharaja Kang Xi Dinasti Qing (1704). Pada tahun 1700, tempat ini merupakan laluan masuk dan keluar utama di bandar purba Phoenix.
    Semasa zaman revolusi Qian Jia yang didalangi orang Miao, pemberontakan dan perang pembebasan yang berlaku tempat ini sentiasa menjadi jalan utama untuk menyerang bandar
    Phoenix.

Bermalam di Fenghuang.

HARI 3 FENGHUANG - ZHANGJIAJIE (SP/ MT/ MM)

Lawatan di Zhangjiajie:

  • Tianmenshan National Forest Park: terletak 8km dari pusat bandar Zhangjiajie, merupakan gunung tertinggi di Zhangjiajie. Terdapat sebuah gua Tianmen yang mejadikan tempat ini popular. Gunung ini antara gunung yang dipelihara keasliannya dari segi spesis tumbuhan yang jarang ditemui seperti pokok bonsai di hutan ini.
  • Tianmenshan Cable Car: Merupakan laluan kabel penumpang terpanjang di dunia dengan ukuran 7200 meter. Kereta kabel ini boleh membawa maksima kapasiti 1000 penumpang per jam dan satu hala. Kereta kabel Gunung Tianmen ini akan memberikan anda satu kenangan yang indah semasa berada di sana. Ianya antara salah satu kereta kabel di China dengan jurang ketinggian melebihi 1000 meter dan kecerunan dari stesen tengah ke stesen atas adalah setinggi 38 darjah yang jarang berlaku di dunia.
  • Tianmen Cave: Salah satu gua yang terdapat di gunung Tianmen iaitu Gua Tianmen bermaksud “pintu ke syurga” dalam bahasa Mandarin yang menjadikan tempat tersebut popular. Asalnya ia hanya sebuah lubang besar di gunung tetapi orang memanggilnya gua dan telah menjadi satu tarikan di Gunung Tianmen.
  • Glass Walkway: Dikenali juga sebagai Zhanjiajie Glass Footpath adalah jambatan pejalan kaki di Zhangjiajie, Hunan di atas kawasan Wulingyuan. Lantai jambatan ini dibina dari kaca lutsinar yang menampakkan suasana di bawah jambatan untuk tarikan pelancong. Semasa jambatan ini dibuka, ia merupakan jambatan kaca tepanjang di dunia. Ia direka untuk menampung sehingga 800 pelawat pada satu masa.
  • Bersiar-siar di 72 Qi Tower yang mempunyai rekabentuk yang unik dan bangunannya akan berlampu ketika waktu malam. Pelancong dapat berfoto sambil berjalan-jalan di sekitarnya untuk menikmati makanan yang lazat.

Bermalam di Zhangjiajie

HARI 4 ZHANGJIAJIE (SP/ MT/ MM)

Lawatan di Zhangjiajie:

  • Tujia Scenic Park: Di dalam replika tipikal kampung Tujia, pengunjung dapat merasai beberapa fakta menarik orang Tujia, termasuk adat rasmi rakyat tempatan, seni bina, makanan, pertanian,
    ketenteraan, seni Lukis dan sebagainya. Tarikan utama di taman adat rakyat Zhangjiajie Tujia adalah dataran kampung di mana acara tarian utama seperti tarian Maogusu dan tarian istiadat yang merupakan sebahagian daripada upacara korban dipersembahkan.
  • Grand Canyon Scenic Area: Terletak di perbandaran Sanguansi, daerah Cili, bandar Zhangjiajie, berdekatan kawasan pemandangan Wulingyuan di mana ianya tersenarai dalam Warisan Alam Semula Jadi Dunia. Grand Canyon ini merupakan kawasan pelancongan yang baru dibangunkan di Zhangjiajie. Jambatan kaca di Zhangjiajie Grand Canyon merupakan jambatan terpanjang dan tertinggi di dunia. Di sini anda akan merasa kegayatan menaiki jambatan kaca, menaiki bot, flying fox (zipline) dan nenikmati keindahan Rainbow Square.

Bermalam di Zhangjiajie.

HARI 5 ZHANGJIAJIE (SP/ MT/ MM)

Lawatan di Zhangjiajie:

  • Bailong Elevator: Pengunjung dapat merasai lif Bailong yang mempunyai tiga rekod dunia, iaitu merupakan lif penumpang terlaju, kapasiti beban terbesar dan tertinggi di dunia.
  • Maze Terrace: Terletak di dalam Taman Negara Zhangjiajie, yang merupakan sebahagian dari Wulingyuan Scenic Area. Kawasan ini dikenali dengan struktur geologinya yang unik, yang terdiri dari lebih dari 3,000 tiang batu pasir kuarsa yang tinggi menjulang, dengan vegetasi yang lebat. Struktur ini terbentuk lebih dari jutaan tahun melalui proses pengikisan oleh air dan angin, yang
    menyebabkan fenomena alam yang sangat dramatik dan estetik ini.
  • Hallelujah Mountain: Lebih dikenali sebagai Hallelujah Mountain di Zhangjiajie, China, merupakan salah satu dari sekian banyak puncak batuan yang spektakuler di Taman Negara Zhangjiajie. Gunung ini mendapat perhatian luas dan meningkat popularitasnya secara global selepas dikaitkan dengan film blockbuster Hollywood, "Avatar" oleh James Cameron. Para peminat film tersebut akan mengenalinya sebagai inspirasi untuk "Floating Mountains" di planet Pandora dalam film tersebut.
  • Tianzi Mountain: terletak di kawasan Wulingyuan dan mencakup area seluas sekitar 67 kilometer persegi. Ini adalah wilayah yang penuh dengan puncak batu kapur yang menjulang, lembah yang
    dalam, dan hutan yang lebat. Puncak-puncak di Gunung Tianzi terkenal dengan bentuknya yang unik dan mistis, sering kali diselimuti oleh kabut tipis yang menambah suasana misterius dan
    magis. Kawasan ini terkenal dengan fenomena alamnya seperti awan laut, sinar matahari, bayangan Buddha, dan salju musim dingin yang menambah keindahan alamiahnya.
  • Xihai Stone Forest: Terkenal dengan formasi batuan granitnya yang spektakuler, yang terbentuk melalui proses erosi jutaan tahun yang lalu. Batuan ini membentuk pilar-pilar tinggi yang menyerupai pepohonan, memberikan kesan seperti hutan batu. Formasi batu ini memiliki berbagai bentuk dan ukuran, dengan puncak-puncak yang sering diselimuti oleh awan atau kabut,
    menambah suasana mistis dan dramatis.
  • Lawatan menaiki kereta api kecil melalui Ten Mile Gallery, yang menawarkan pemandangan indah seperti Medicine Picking Old Man, dan Three Sisters Peak, tiga puncak gunung yang tersusun megah, melambangkan keindahan s emula jadi yang menakjubkan.
  • Nikmati keindahan semula jadi di Zhangjiajie Forest Park dengan lawatan ke Jinbianxi dan Shuiraosimen.

Bermalam di Zhangjiajie.

HARI 6 ZHANGJIAJIE - CHANGSHA - KUALA LUMPUR (SP/ MT/ MM)

Lawatan di Changsa:

  • Changsha Mosque: Di bina pada 1711 semasa dinasti Qing, oleh sekumpulan peniaga muslim yang datang ke Changsha dari daerah Heman, Shanxi dan Shaanxi. Satu Ketika dahulu, masjid Changsha merupakan masjid terbesar, malangnya pada tahun 1938, masjid tersebut musnah akibat kebakaran. Selepas pembinaan semula sejak kebakaran tersebut, masjid Changsha telah menjadi masjid terbesar di situ.
  • Membeli-belah di kawasan National Finance Center, Huangxing Commercial Street dan Pozi Street tempat dimana pusat beli-belah, pusat hiburan, catering, budaya dan pelancongan
    integrasi di sini. Di samping itu, terdapat pelbagai kedai pakaian, barang kemas, makanan yang jual di sini.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 7 KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel 5 malam bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Pilihan Hotel

BANDAR BIL. MALAM
CHANGSHA 1 MALAM
FENGHUANG 1 MALAM
ZHANGJIAJIE 3 MALAM


Info Penerbangan

HARI SYARIKAT NO. PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-CSX)
1 AIR ASIA X D7 352 1745 - 2230
ETD- ETA (CSX-KUL)
7 D7 353 2345 - 0430+1
HARI SYARIKAT NO. PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-CSX)
1 BATIK AIR OD 642 1920 - 0010
ETD- ETA (CSX-KUL)
7 OD 643 0120 - 0610


 

Terma Dan Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran 

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM3,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,590.00

Children

RM3,590.00

Babies

RM500.00

Services

Deposit Option 28% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM3,590.00

Children

RM3,590.00

Babies

RM500.00

Services

Date List

Start Date End Date Adult Price Child Price Baby Price Discount
03-12-2025 09-12-2025 RM3,590.00 RM3,590.00 RM500.00 View Discount
05-01-2026 11-01-2026 RM4,290.00 RM4,290.00 RM500.00 View Discount
14-01-2026 20-01-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
22-01-2026 28-01-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
04-02-2026 10-02-2026 RM3,890.00 RM3,890.00 RM500.00 View Discount
05-02-2026 11-02-2026 RM4,090.00 RM4,090.00 RM500.00 View Discount
07-05-2026 13-05-2026 RM4,290.00 RM4,290.00 RM500.00 View Discount
14-02-2026 20-02-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
21-05-2026 27-05-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
30-05-2026 05-06-2026 RM4,390.00 RM4,390.00 RM500.00 View Discount
11-06-2026 17-06-2026 RM4,190.00 RM4,190.00 RM500.00 View Discount
18-06-2026 24-06-2026 RM3,990.00 RM3,990.00 RM500.00 View Discount