3 Days 2 Night
40
Pasir Gudang Terminal
Pada jam 7.30 pagi, peserta akan berkumpul di Berjaya Waterfront Ferry Terminal untuk urusan tiket dan menaiki feri. Feri dijadualkan bertolak ke Batam pada jam 9.00 pagi dan tiba di Harbor Bay. Setelah selesai urusan imigresen dan pembelian simkad, peserta akan menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menunaikan solat dan berfoto di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah. Kemudian, lawatan diteruskan ke Jambatan Barelang yang menjadi ikon Kota Batam, diikuti dengan sesi bergambar di Taman Miniatur Rumah Adat (pilihan), serta photostop di Masjid Cheng Ho. Seterusnya, peserta akan mencuci mata di Factory Outlet Golden City dan bergambar di beberapa kafe viral di Bengkong seperti De Sands (Santorini Batam), Kasta, Level Up dan lain-lain. Selepas itu, peserta akan daftar masuk hotel dan mempunyai masa lapang untuk membeli-belah di BCS Mall atau Grand Batam Mall.
Selepas menikmati sarapan pagi di hotel, peserta akan bertolak ke lokasi ikonik WELCOME TO BATAM untuk sesi bergambar berkumpulan dengan latar belakang papan tanda tersebut. Lawatan diteruskan ke Puncak Beliung untuk sesi bergambar, diikuti dengan makan tengah hari istimewa hidangan laut di restoran tempatan, termasuk merasai siput gonggong yang menjadi kepakaran Batam. Jika tersedia, peserta berpeluang menyaksikan pertunjukan tarian oleh anak-anak Kampung Melayu sebelum menunaikan solat jamak di Masjid Tanjak. Kemudian, peserta akan membeli kek lapis halal di Kilang Kek Lapis Tiara Cakery dan makanan khas Batam seperti Luti Gendang serta kek buah naga di AnnisaAulia. Aktiviti diteruskan dengan membeli ole-ole khas Batam seperti baju, keychain dan makanan di Batamia, serta menikmati pemandangan bandar Batam dari atas Menara MJA (dengan infaq IDR5000). Selepas itu, peserta berpeluang membeli barangan "copy ori" di Nagoya Hills atau Nagoya Lama, serta barangan keperluan seperti telekung dan tudung di DC Mall. Setelah kembali ke hotel, peserta bebas beraktiviti seperti urutan, karaoke, melepak di kafe atau ke pusat beli-belah berdekatan.
Pada hari terakhir, selepas sarapan di hotel, peserta mempunyai masa bebas sebelum proses daftar keluar. Seterusnya, peserta akan dibawa ke Jeti Harbor Bay untuk urusan tiket dan imigresen. Di sini, peserta boleh mengambil peluang untuk menikmati hidangan atau melakukan pembelian saat akhir sebelum bertolak pulang. Feri ke Johor dijangka berlepas sama ada pada jam 11.30 pagi atau 3.30 petang, bergantung kepada jadual perjalanan. Perjalanan pulang pastinya diiringi dengan 1001 kenangan indah sepanjang berada di Batam.
BANDAR
HOTEL
BATAM
THE HILLS BATAM ATAU SETARAF
JUMLAH PAX
KENDERAAN
2 - 3
KERETA
4 - 10
VAN HIACE
11 - 18
COASTER
20 - 30
BAS MEDIUM
31 - 40
BAS BESAR
Min - Max (Persons) | Adult Price | Child Price | Baby Price |
---|---|---|---|
2 - 3 | RM960.00 | RM960.00 | RM150.00 |
4 - 10 | RM860.00 | RM860.00 | RM150.00 |
11 - 16 | RM800.00 | RM800.00 | RM150.00 |
17 - 30 | RM790.00 | RM790.00 | RM150.00 |
31 - 40 | RM750.00 | RM750.00 | RM150.00 |