Skip to main content

Pakej Private Pesona Kepri, Indonesia 4H3M

Batam, Indonesia

Lokasi

Itinerari

SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam

Hari 1PASIR GUDANG - BATAMMTMM
  • 0730: Berkumpul di Terminal Feri Pasir Gudang untuk proses tiket feri.
  • 0830: Berlepas ke Batam.
  • 0930: Dijangka tiba di Harbor Bay.
  • Selesai urusan imigresen dan simkad (kos sendiri).
  • Ke tempat tukaran wang - antara harga yang terbaik di Batam (by request).
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Solat dan berfoto di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah - Masjid terbesar di Pulau Sumatera, berdiri megah sebagai lambang kegemilangan Melayu Islam. Keunikan membran berbentuk payung ala Masjid Nabawi di Madinah.
  • Melawat dan bergambar sekitar Jambatan Barelang - Ikon kebanggaan Batam yang menghubungkan gugusan pulau dengan pemandangan laut terbuka.
  • Check in hotel untuk berehat dan freshen up (tertakluk kepada ketersediaan).
  • Photostop di Masjid Cheng Ho.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Aktiviti optional seperti ke Bluefire (pink sand)/ Dino's Gate/ Infinity dll (kos sendiri).
  • Aktiviti bebas setelah kembali ke hotel (massage/ karaoke/ cafe/ mall).
Hari 2BATAMSPMTMM
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Membeli makanan kering seperti ikan bilis, keropok dll di kedai tempatan.
  • Melawat Muzium Raja Haji Ali - menyimpan khazanah sejarah dan budaya Melayu–Nusantaradari era Kesultanan Riau-Lingga hingga zaman moden.
  • Bertolak ke Masjid Agung Raja Hamidah.
  • Group foto berlatar belakangkan signboard WELCOME TO BATAM.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Membeli kek lapis halal di Kilang Kek Lapis - Tiara Cakery Batam.
  • Shopping makanan khas Batam seperti Luti Gendang & kek buah naga di AnnisaAulia.
  • Shopping kain ela di kedai kain.
  • Shopping di DC Mall untuk membeli barangan seperti telekung, tudung dan lain-lain.
  • Makan malam seafood (rasai specialty Batam, siput gonggong) di restoran tempatan.
  • Aktiviti bebas setelah kembali ke hotel (massage/ karaoke/ cafe/ mall).
Hari 3BATAM - TANJUNG PINANG - PULAU PENYENGAT - BINTAN - BATAM (SP / MT / MM))
  • Sarapan di hotel
  • Photostop di Masjid Tanjak.
  • Menuju ke terminal feri Telaga Punggur.
  • Menaiki feri ke Tanjung Pinang.
  • Menaiki bot kayu ke Pulau Penyengat.
  • Lawatan di Pulau Penyengat:-
      • Ziarah Makam Engku Hamidah - pemilik Pulau Penyengat yang dijadikan mahar perkahwinan, melambangkan kemuliaan dan kedudukan wanita dalam sejarah Kesultanan Riau.
      • Ziarah Makam Raja Haji Ali - pahlawan sastera dan tokoh besar yang menyusun asas bahasaMelayu moden, menjadi rujukan kepada bahasa Indonesia hari ini. Ziarah penuh sejarah, ilmudanmakna.
      • Ziarah Makam Raja Haji Fisabilillah - pahlawan agung Melayu yang gugur syahid menentang penjajah. Jejak perjuangan beliau merentas Melaka dan Tanah Melayu, menghubungkan sejarahPulau Penyengat dengan asal-usul perjuangan bangsa Malaysia hari ini.
      • Ziarah Makam Habib Sheikh bin Alwi Asegaf - ulama berketurunan Arab Hadramaut yang berhijrah ke Alam Melayu. Beliau berperanan besar menyebarkan dakwah Islamdi KepulauanRiaudengan pendekatan ilmu, akhlak dan kasih sayang, menjadi antara tonggak pembinaan warisanMelayu Islam di rantau ini.
      • Balai Adat (peserta boleh bergambar dengan pakaian adat melayu disini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
    Solat jamak di Masjid Raya Sultan Riau - Masjid bersejarah yang penuh keunikan, dibina menggunakan campuran putih telur dan kapur. Tenang, cantik dan sarat nilai sejarah —tempat singgah wajib untuk bergambar sambil menghayati warisan Kesultanan Riau.
  • Melawat Muzium Kota Tanjungpinang Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah.
  • Bergambar di Monumen Gonggong.
  • Melawat dan bergambar di Gurun Pasir dan Danau Biru - Hamparan pasir putih seperti padangpasir digabungkan dengan Danau Biru berwarna turquoise yang unik. Lokasi sangat instagrammable dan antara spot terbaik untuk merakam gambar cantik.
  • Menaiki Speed Boat (private) kembali ke Batam.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Aktiviti bebas setelah kembali ke hotel (massage/ karaoke/ cafe/ mall)
Hari 4BATAM - PASIR GUDANG
  • Sarapan di hotel.
  • Free at leisure sebelum check out.
  • Menuju ke Jeti Harbor Bay.
  • Tiket dan imigresen proses. Boleh makan atau last minute shopping disini juga.
  • Bertolak ke Johor (1130 atau 1530).
  • Tiba di Jeti Johor dengan 1001 kenangan indah dari Batam.

Penginapan

THE HILLS BATAM ATAU SETARAF

Batam

Termasuk & Tidak Termasuk

Termasuk

  • Tiket feri pergi dan balik (Terminal Feri Pasir Gudang)
  • Seaport tax (Johor), Seaport tax (Batam) & surcaj feri
  • 3 sarapan hotel, 3 makan tengahari & 3 makan malam
  • 3 malam penginapan di hotel tiga bintang
  • Kenderaan berhawa Dingin (Batam)
  • Kenderaan berhawa Dingin(Bintan)
  • Tour Guide Batam (min11pax)
  • Tour Guide Bintan (min 11pax)
  • Tour Guide Batam (min 11 pax berbayar)
  • Tipping kepada tour guide Batam & Bintan
  • Speedboat Punggur ke Tg Uban atau sebaliknya
  • Pompong Penyengat
  • Beca d iPulau Penyengat (1 beca 2 orang)
  • Feri Tanjung Pinang ke Batam atau sebaliknya
  • Tiket masuk ke Jambatan Barelang, Gurun Pasir & Danau Biru
  • Air minum di dalam bas (harian)

Tidak termasuk

  • Insurans perjalanan (Disarankan)
  • Perbelanjaan peribadi seperti minuman, souvenirs, porter dll
  • Surcaj peak season (RM100 bilik / malam)

Polisi Pembayaran

50%Deposit untuk mengesahkan tempahan
45 hariBaki dijelaskan sebelum tarikh berlepas

Terma & Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Private4 hari 3 malamIndonesia

Nikmati percutian 4 hari 3 malam ke Batam dengan itinerari lengkap termasuk lawatan ke tempat ikonik, shopping, makanan seafood, serta aktiviti santai dan bergambar. Sesuai untuk group trip.

Jumlah KeseluruhanRM 0
Harga Pakej Mengikut Kuantiti Pax
2–3 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,610Dewasa (Single) RM 1,810Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,610Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,510Bayi RM 200
4–10 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,410Dewasa (Single) RM 1,610Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,410Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,310Bayi RM 200
11–16 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,250Dewasa (Single) RM 1,450Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,250Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,150Bayi RM 200
17–23 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,200Dewasa (Single) RM 1,400Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,200Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,100Bayi RM 200
24–30 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,140Dewasa (Single) RM 1,340Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,140Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,040Bayi RM 200
31–35 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,140Dewasa (Single) RM 1,340Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,140Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,040Bayi RM 200
36–40 paxDewasa (Twin/Triple) RM 1,120Dewasa (Single) RM 1,320Kanak-Kanak (With Bed) RM 1,120Kanak-Kanak (Without Bed) RM 1,020Bayi RM 200