1Tanggungjawab Ejen
Anda bersetuju untuk mempromosikan pakej pelancongan Syarikat menggunakan platform media sendiri, termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, dan lain-lain.
Sebagai ejen jualan, anda diberi kebenaran untuk menggunakan segala bahan promosi yang disediakan oleh kami seperti gambar, video, testimoni, copywriting, itinerari dan bahan berkaitan yang terdapat di dalam laman web dan sosial media untuk mempromosikan pakej.
Anda mesti mewakili Syarikat dengan tepat dan tidak boleh membuat sebarang dakwaan palsu atau jaminan mengenai pakej yang ditawarkan.
Anda boleh mempromosikan pakej kami dengan cara dan kreativiti anda sendiri namun anda hendaklah:-
- Tidak membuat sebarang dakwaan palsu atau jaminan mengenai pakej yang ditawarkan.
- Tidak membuat promosi secara melampau sehingga merosakkan jenama Minhakim Sdn Bhd.
- Sekiranya anda buat video atau live pastikan anda menutup aurat dengan sempurna.
- Elakkan menggunakan video, muzik, atau gambar yang mempunyai hak cipta.
Anda bertanggungjawab memastikan semua bahan pemasaran dan pos mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada piawaian pengiklanan dan undang-undang perlindungan pengguna.
Ejen bersetuju untuk menjaga kerahsiaan semua maklumat milik Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai pelanggan, harga, dan strategi promosi, dan tidak mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat.