Pakej Saranghaeyo Winter, Korea 6H4M
1 / 7Lokasi
Itinerari
SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam
Hari 1KUALA LUMPUR - INCHEON
Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Incheon.
Hari 2INCHEON - CHUNCHEON - SEOULMTMM
- Lawatan di Chuncheon:
-
- Nami Island: Pulau yang cukup terkenal sebagai lokasi penggambaran Winter Sonata dan mempunyai tarikan pemandangan semulajadi yang berbeza mengikut musim.
- Dibawa ke Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji di ski resort. Kos tambahan: Sewa pakaian ski 15,000 won & sewa peralatan ski 35,000 won.
-
- Bermalam di Incheon.
Hari 3SEOULSPMTMM
- Lawatan di Seoul:
-
- Gwanghwamun Gate: Pintu masuk utama ke istana dan jangan lepaskan peluang melihat upacara pertukaran pengawal yang dilakukan sejak dari tahun 1469 sehingga ke hari ini.
- Gyeongbokgung Palace: Dibina pada tahun 1395 ketika era Dinasti Joseon, istana pemerintahan ini merupakan yang terbesar dan tercantik di Korea.
- Tidak termasuk Hanbok kos tambahan USD 17/pax.
- Bersiar-siar di Itaewon Street yang merupakan kawasan tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai jenis makanan jalanan,
persembahan artis jalanan dan kafe-kafe. - Melawat di Seoul Central Mosque yang dibina pada tahun 1976 dan satu-satunya masjid di tengah kota Seoul.
- Membeli-belah di kawasan terkenal Myeongdong Market dan Namdaemun Market untuk membeli cenderamata atau pakaian termasuklah butik-butik yang berjenama.
- Bersiar-siar di sepanjang laluan pejalan Cheonggye-Cheon Stream sambil menonton persembahan lampu dan air yang terdapat di
sepanjang sungai ini.
-
- Bermalam di Seoul.
Hari 4SEOULSP
- Tetamu bebas untuk melakukan aktiviti sendiri pada hari ini seperti berhibur di Everland Theme Park, Lotte World atau menaiki keretapi
subway bersiar-siar di kota Seoul. - Bermalam di Seoul.
Hari 5SEOUL - INCHEONSPMTMM
- Lawatan di Seoul:
-
- Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit
antara Istana Gyeongbok, Istana Chang-deok dan Tokong Diraja Jongmyo. - Starfield Library: Perpustakaan awam yang terletak di dalam COEX Mall ini menempatkan ribuan jenis buku dan merupakan
lokasi terkenal untuk pelancong berfoto. - Bersiar-siar di Apgujeong Rodeo Street yang terletak di Gangnam, yang juga digelar Beverly Hills Korea kerana kawasan ini dipenuhi dengan segala macam jenis butik pakaian berjenama dan berfoto dengan GangnamDols kumpulan K-Pop di K-Star Road.
- Membeli-belah di Cosmetic Shop dan Red Pine Tree Shop.
- Hanuel Park: Taman yang terletak di dalam kawasan World Cup Park ini merupakan lokasi terbaik untuk bergambar bagi foto
Instagram dengan tumbuhan dan pokok-pokok di sekitarnya berubah ikut musim dan juga terdapat menara tinjau yang
menawarkan pemandangan 360° kotaraya Seoul. - Hongdae Shopping Street, tempat tumpuan popular untuk remaja dan pelancong. Dapat melihat persembahan busking dan terdapat pelbagai jenis kedai pakaian, aksesori dan kosmetik, serta kafe hipster.
- Hanok Village: Sebuah perkampungan tradisional Korea di Seoul dengan sejarah panjang yang terletak di puncak bukit
-
- Bergerak ke Lapangan Terbang Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 6INCHEON - KUALA LUMPUR
- Tiba di KLIA Terminal 1
Info Penerbangan


Penerbangan berlepas 9 Dis 2026


Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.
Penginapan
Seoul (3 malam)
Termasuk & Tidak Termasuk
Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke tempat lawatan: Nami Island & Gyeongbokgung Palace.
- Pengangkutan feri ke Nami Island.
- Kos pemprosesan K-ETA (untuk warganegara Malaysia).
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin sepanjang lawatan.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong profesional.
- Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
- Shopping Compulsory: Ginseng Center, Red Pine Tree Shop, Cosmetic Shop.
Tidak termasuk
- Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
- Permohonan K-ETA (jika dibuat sendiri tanpa melalui ejen pelancongan).
- Travel & Covid-19 Insurans – boleh hubungi kami untuk nasihat dan cadangan insurans yang sesuai.
- Surcaj tambahan ketika musim perayaan, cuti sekolah atau waktu puncak.
- Servis tambahan di hotel seperti sewa mini bar, dobi dan porter.
- Makanan, tiket masuk atau lawatan tambahan selain daripada yang dinyatakan dalam aturcara.
- Caj tambahan bagi lebihan had bagasi penerbangan.
- Sebarang perkara lain yang tidak disebut dalam aturcara dan senarai harga termasuk.
Polisi Pembayaran
Terma & Syarat
- Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
- Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
- Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
- Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
- Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
- Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
- Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
- Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
- Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Pakej Saranghaeyo Winter Korea 6H4M menawarkan pengalaman musim salji yang lengkap dengan aktiviti bermain salji di Ski Resort, keindahan lokasi ikonik Nami Island, serta keunikan Hanok Village dan Istana Gyeongbokgung. Terokai spot moden popular seperti Starfield Library, bersiar-siar di kawasan mesra Muslim Itaewon, dan nikmati aktiviti membeli-belah di Myeongdong Market serta Hongdae Shopping Street untuk percutian musim sejuk yang tidak dapat dilupakan.