Pakej Phu Quoc, Vietnam 4H3M
1 / 4Lokasi
Itinerari
SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam
Hari 1KUALA - LUMPUR - PHU QHUOCMTMM
- Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Phu Quoc.
- Lawatan di Phu Quoc:
-
- Bertolak ke Bamboo Shop yang merupakan kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.
- Pearl Farm: Terkenal dengan menjual pelbagai jenis perhiasan berasaskan mutiara yang ditawarkan dalam rekaan klasik mahupun moden dan pengunjung juga dapat mempelajari secara langsung proses penghasilan mutiara.
- Masa bebas untuk membeli-belah di pasar malam.
-
- Bermalam di Phu Quoc.
Hari 2PHU QUOC - VIN WONDER, VIN SAFARI & GRAND WORLDSPMTMM
- Bertolak ke Vin Safari taman safari yang terletak di Phu Quoc, Vietnam, dan merupakan sebahagian daripada kompleks Vinpearl. Taman ini menampilkan pelbagai jenis haiwan dari seluruh dunia dalam persekitaran yang menyerupai habitat semula jadi mereka untuk menonton persembahan haiwan dan melawat zoo.
- Bertolak ke Vin Wonder taman tema besar yang menawarkan pelbagai tarikan dan hiburan untuk pengunjung dari semua peringkat umur. Di sini terdapat pelbagai permainan dan tarikan yang menarik, termasuk roller coaster, pertunjukan ikan duyung live show, dan permainan air.
- Bertolak ke Grand World, iaitu destinasi yang menakjubkan dengan tarikan seperti Venice, Shanghai Lantern Street, Clarke Quay Light Dome, Teddy Bear Museum, dan Bamboo House yang dihiasi dengan 42,000 pokok buluh, menawarkan pengalaman yang unik dan menarik kepada pengunjung.
- Bermalam di Phu Quoc
Hari 3PHU QUOC - PULAU HON THOMSPMTMM
- Bertolak ke Pulau Hon Thom.
- Lawatan di Pulau Hon Thom:
-
- Menaiki Cable Car ataupun Sun World Hon Thom Cable Car, adalah salah satu
kereta kabel terpanjang di dunia yang merentasi laut. la menghubungkan Phu Quoc dengan Pulau Hon Thom dan menawarkan pemandangan indah laut biru dan pulau-pulau tropika di sekitarnya. - Melawat Aquatopia Water Park taman air bertema yang terletak di Pulau Hon Thom, Vietnam. la menampilkan pelbagai gelongsor air, kolam ombak, dan tarikan air yang sesuai untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
- Melawat dan mengambil gambar di Kiss Bridge jambatan ikonik di Grand World Phu Quoc, Vietnam, yang direka dengan bentuk unik menyerupai dua struktur yang hampir bersentuhan.
- Melawat Roman Square iaitu kawasan yang direka dengan inspirasi dari seni bina Rom kuno. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan klasik dan patung-patung yang elegan, dataran ini memberikan suasana Eropah yang mewah dan bersejarah.
• Masa bebas untuk menyaksikan bunga api dan persembahan muzik air.
- Menaiki Cable Car ataupun Sun World Hon Thom Cable Car, adalah salah satu
-
- Bermalam di Sunset Town.
Hari 4PHU QUOC - KUALA LUMPURSP
- Bertolak ke airport untuk meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
Info Penerbangan


Penerbangan berlepas 28 Jan 2027


Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.
Penginapan
Termasuk & Tidak Termasuk
Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
- Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes). Hotel berdekatan pantai dan pasar malam.
- Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
- Tiket masuk ke Vin Wonder dan Safari.
- Kereta kabel 2 hala di Pulau Hon Thom
- Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
- Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
- Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
Tidak termasuk
- Tiket menaiki Boat Venice di Grand World
- Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
- Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
- Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
- Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
- Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Polisi Pembayaran
Terma & Syarat
- Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
- Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
- Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
- Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
- Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
- Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
- Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
- Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
- Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Cari destinasi pulau yang penuh warna dan keseronokan? Pakej Phu Quoc 4 Hari 3 Malam ini bawa anda menjelajah salah satu pulau paling popular di Vietnam. Bermula dengan lawatan santai ke Bamboo Shop dan Pearl Farm, perjalanan kemudian menuju ke Vin Safari untuk bertemu pelbagai haiwan dalam habitat semula jadi, diikuti Vin Wonder yang menawarkan roller coaster dan persembahan ikan duyung live, serta Grand World dengan replika Venice, Shanghai Lantern Street dan Bamboo House yang dihiasi 42,000 pokok buluh. Highlight pakej ini ialah lawatan ke Pulau Hon Thom menaiki Sun World Hon Thom Cable Car, salah satu kereta kabel terpanjang di dunia yang merentasi laut, sebelum meneroka Aquatopia Water Park dan Roman Square yang bergaya Eropah. Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan yang mahukan gabungan santai pantai dan keseronokan taman tema, pakej ini sudah termasuk penerbangan, hotel 3 bintang berdekatan pantai, makan mengikut aturcara serta pemandu pelancong profesional sepanjang perjalanan.