Skip to main content

Pakej Hanoi + Sapa + Mt. Fansipan 5H4M, Vietnam

Hanoi

Lokasi

Itinerari

SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam

Hari 1KUALA LUMPUR - HANOIMM
  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
  • Lawatan di Hanoi:
      • Menikmati panorama pusat bandar Hanoi yang bersejarah iaitu Opera House, Hoan Kiem Lake, The Huc Bridge dan O Quan
        Chuong Gate.
      • Old Quarter (36 Ancient Streets): Jalan bersejarah yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. Setiap jalan di sini menjual produk unik yang berbeza dengan kedai dari jalan yang lain.
      • Membeli belah di Dong Xuan Colorful Market: Ditubuhkan sejak tahun 1889, bangunan dengan gaya seni bina Soviet ini juga adalah pasar tertutup yang terbesar di Hanoi. Antara barangan lain yang dijual di sini adalah buah-buahan segar, aksesori, pakaian, barangan elektronik dan perkakasan rumah.
      • Bersolat di Al-Noor Mosque Hanoi yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di Hanoi.
  • Bermalam di Hanoi.
Hari 2HANOI - SAPASPMTMM
  • Bertolak ke Sapa
  • Lawatan di Sapa:
      • Aktiviviti Tambahan:
        • Alpine Coaster Sapa: Pengalaman meluncur di lorong gunung dengan pemandangan alam semula jadi di Sapa.
        • Rainbow Slide: Gelongsor berwarna-warni yang menyeronokkan berlatarbelakangkan pemandangan pergunungan.
      • Moana Cafe Sapa yang menyediakan pemandangan gunung yang indah serta menjadi kawasan terkenal untuk mendapatkan fotografi terbaik di sini.
      • Masa bebas untuk berfoto di Sapa Square dan Sun Plaza
  • Bermalam di Sapa.
Hari 3SUN WORLD FANSIPAN MT FANSIPAN - CAT CAT VILLAGESPMTMM
  • Melawat ke gunung terkenal Vietnam iaitu Mt. Fansipan
      • Mt. Fansipan berketinggian 3,143 meter, puncak tertinggi Indochina ini boleh ditakluk dalam masa 10 – 12 jam oleh para pendaki gunung yang handal. Di sini juga anda dapat menikmati keajaiban flora dengan lebih daripada 1,600 spesis tumbuhan yang unik.
      • Peserta akan menaiki kereta kabel dua hala dalam perjalanan selama 15 minit, kemudian menaiki keretapi untuk sampai ke puncak Mt.Fansipan.
      • Melawat ke Cat Cat Village. Perkampungan tradisional ini wujud sejak abad ke-19 semasa ramai keluarga berketurunan Hmong dan Red Dao berpindah ke utara Vietnam. Anda juga dapat menemui beberapa rumah terbuka yang digelar sebagai rumah pameran yang mempamerkan peninggalan budaya yang penting buat etnik-etnik tempatan di Cat Cat.
      • Teruskan perjalanan untuk melihat keindahan Cat Cat Waterfall.
  • Bermalam di Sapa.
Hari 4SAPA - HANOISPMTMM
  • Bertolak ke Hanoi.
  • Membeli belah di Old Quarter yang terletak di Ta Hien Street.
  • Bermalam di Hanoi.
Hari 5HANOI - KUALA LUMPURSP

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Info Penerbangan

Hari1
MH 752
KULHAN
09:40 – 12:10
Hari5
MH 753
HANKUL
13:00 – 17:40

Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.

Penginapan

Hanoi (2 malam)

Hanoi

Sapa (2 malam)

Sapa

Termasuk & Tidak Termasuk

Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes). Hotel berdekatan pantai dan pasar malam
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Kereta kabel (2 hala) dan keretapi (1 hala) ke puncak Fansipan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Polisi Pembayaran

RM 500 / orangDeposit untuk mengesahkan tempahan
45 hariBaki dijelaskan sebelum tarikh berlepas

Terma & Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Group5 hari 4 malamVietnam

Rasai pengalaman menjelajah utara Vietnam dalam pakej 5 Hari 4 Malam ini. Bermula di Hanoi dengan lawatan ke Old Quarter, Hoan Kiem Lake dan Dong Xuan Market, sebelum meneruskan perjalanan ke Sapa yang terkenal dengan udara sejuk dan pemandangan gunung yang menawan. Highlight pakej ini ialah lawatan ke Mt. Fansipan, puncak tertinggi Indochina, menaiki kereta kabel dua hala dan keretapi gunung, diikuti lawatan ke Cat Cat Village dan air terjun yang cantik. Sesuai untuk keluarga dan berkumpulan, pakej ini sudah termasuk tiket penerbangan, hotel 3 bintang, makan mengikut aturcara dan pemandu pelancong profesional.

Jumlah KeseluruhanRM 0