Skip to main content

Pakej Danang + Hoi An + Ba Na Hills 4H3M, Vietnam

Danang

Lokasi

Itinerari

SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam

Hari 1KUALA LUMPUR - DANANGMM
  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Da Nang.
  • Lawatan di Da Nang:
      • Mengambil peluang bergambar di Jambatan Naga (Dragon Bridge), ikon terkenal Bandar Da Nang. Jambatan ini menampilkan reka bentuk naga yang melambangkan kemewahan dan kekuatan dalam budaya Vietnam. Pada waktu malam, struktur ini disinari oleh ribuan lampu LED berwarna- warni yang mencipta pemandangan yang amat memukau.
      • Meneroka dan merakam momen di Dragon Carp, arca unik hasil ukiran 30 tukang seni dari Non Nuoc. Dengan reka bentuk yang menyerupai Merlion di Singapura, air pancut ini menjadi simbol daya tarikan moden di tepi Sungai Da Nang.
      • Berfoto di Love Lock Bridge yang diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pont des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Itali.
  • Bermalam di Da Nang.
  • Makan tengah hari akan disediakan sekiranya ketibaan penerbangan adalah sebelum jam 12.00 tengah hari.
Hari 2DA NANG - BA NA HILLS - DA NANGSPMTMM
  • Lawatan di Ba Na Hills:
      • Melawat ke Ba Na Hills yang mula dibuka oleh penjajah Perancis pada tahun 1919, kemudian dijadikan sebagai tempat persinggahan dan tempat rehat mereka pada hujung minggu. Ba Na Hills ini mempunyai ketinggian 1500-meter dari aras laut, menjadikan suhunya sederhana sejuk sepanjang tahun.
      • Para peserta akan menaiki kereta kabel selama kira-kira 15 hingga 20 minit untuk menuju ke puncak Ba Na Hills. Di sini, peserta berpeluang menerokai pelbagai tarikan menarik termasuk taman tema yang penuh dengan elemen fantasi dan seni bina Eropah yang menakjubkan seperti:
        • Golden Bridge: Jambatan emas yang diangkat oleh tangan batu gergasi. Saksikan panorama indah sambil merasai pengalaman luar biasa di salah satu tarikan pelancongan paling popular di Vietnam.
        • Le Jardin D'amour (Paradise Garden): Taman bunga Le Jardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000 meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup. Taman bunga gaya Perancis sentiasa menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pencinta alam semula jadi.
        • Da Nang French Village: Langkahkan kaki ke dunia lain di Da Nang French Village — sebuah replika menawan yang membawa anda merasai pengalaman berjalan-jalan di Perancis zaman klasik. Dari hotel yang cantik, kafe hingga kedai makan penuh gaya, semua bangunan direka dengan seni bina klasik yang memukau dan penuh pesona.
        • Fantasy Park: Taman tema Indoor ini terbahagi kepada tiga tingkat, di mana aras satu menempatkan Thrill Zone, aras dua Spirit of Adventure, dan aras tiga Mystery World, masing-masing menawarkan pengalaman yang berbeza dan menarik. Para peserta berpeluang mencuba pelbagai permainan seperti Roller Coaster, 360 Ferris Wheel, Rock Climbing, dan banyak lagi.
        • Bamboo Shop, pelancong dapat melihat pelbagai produk yang diperbuat daripada buluh seperti perabot, peralatan dapur dan cenderamata. Kedai ini memperkenalkan budaya tempatan serta gaya hidup mesra alam yang diamalkan oleh masyarakat Vietnam.
  • Bermalam di Da Nang.
Hari 3DA NANG - HOI AN - DA NANGSPMTMM
  • Lawatan di Hoi An:
      • Bertolak ke Hoi An dan singgah di Non Nuoc Stone Village. Masyarakat di perkampungan ini berkemahiran mengukir kraftangan dengan menggunakan batu marmar dan batu-batu yang lain.
      • Peserta akan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih lebih dari 200 tahun. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi Basket Boat.
      • Melawat Old Quarter Hoi An. Kebanyakan bangunan dan rumah di sini adalah struktur reka bentuk tradisional sejak abad ke-17. Bandar bersejarah yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke-17.
      •  Jewellery Shop menjual pelbagai barangan kemas seperti emas, perak dan batu permata. Lawatan ini bertujuan untuk mempamerkan hasil pertukangan tangan Vietnam.
      • Masa bebas untuk membeli belah di Da Nang Market. Peserta boleh membeli pelbagai jenis barangan unik seperti pakaian, kraftangan tempatan dan cenderahati dengan harga yang berpatutan.
      • Masa bebas bersiar-siar di My Khe Beach. Sambil anda mendengar bunyi ombak yang menenangkan minda, anda juga boleh merendam kaki di air pantai, bermain pasir dan melihat matahari terbenam.
  • Bermalam di Da Nang.
Hari 4DA NANG - KUALA LUMPURSP

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Info Penerbangan

Hari1
MH 746
KULDAD
08:35 – 10:25
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:35
Penerbangan berlepas 5 Jan 2027
Hari1
MH 746
KULDAD
08:55 – 10:35
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:40
Penerbangan berlepas 1 Apr 2027
Hari1
OD 502
KULDAD
10:30 – 12:05
Hari5
OD 503
DADKUL
12:50 – 16:40
Penerbangan berlepas 2 Apr 2027
Hari1
OD 502
KULDAD
10:30 – 12:05
Hari5
OD 503
DADKUL
12:50 – 16:40
Penerbangan berlepas 16 Apr 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:35
Penerbangan berlepas 30 Apr 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:35
Penerbangan berlepas 15 Mei 2027
Hari1
OD 502
KULDAD
10:30 – 12:05
Hari5
OD 503
DADKUL
12:50 – 16:40
Penerbangan berlepas 23 Mei 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:35
Penerbangan berlepas 24 Mei 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 747
DADKUL
11:25 – 15:25
Penerbangan berlepas 26 Mei 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 747
DADKUL
11:25 – 15:25
Penerbangan berlepas 31 Mei 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 747
DADKUL
11:25 – 15:25
Penerbangan berlepas 4 Jun 2027
Hari1
MH 748
KULDAD
12:00 – 13:40
Hari5
MH 749
DADKUL
14:40 – 18:35

Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.

Penginapan

Da Nang (3 malam)

Da Nang

Termasuk & Tidak Termasuk

Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket lawatan Bana Hills (Cable Car, Golden Bridge dan Theme Park).
  • Menaiki sampan Basket Boat di Hoi An.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang profesional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Compulsory Stop: Jewellery Shop & Bamboo Shop.

Tidak termasuk

  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Polisi Pembayaran

RM 1,500 / orangDeposit untuk mengesahkan tempahan
45 hariBaki dijelaskan sebelum tarikh berlepas

Terma & Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Group4 hari 3 malamVietnam

Pakej 4H3M ke Da Nang, Hoi An dan Ba Na Hills — alami keindahan Golden Bridge, French Village, Fantasy Park dan pemandangan menakjubkan di Hai Van Pass. Termasuk lawatan ke bandar bersejarah Hoi An dan Hue City yang diiktiraf UNESCO.

Jumlah KeseluruhanRM 0