Pakej Guilin + Yangshuo, China 5H4M
1 / 9Lokasi
Itinerari
SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam
Hari 1KUALA LUMPUR - GUILINMTMM
- Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA2 dan menaiki penerbangan ke Guilin.
- Tiba di Lapangan Terbang Guilin, peserta disambut oleh pemandu pelancong dan memulakan lawatan ke:
-
- Seven Star Park (termasuk Camel Hill & Huaqiao Bridge).
- Berjalan santai di Zhengyang Pedestrian Street.
-
- Makan malam dan bermalam di Guilin.
Hari 2GUILIN - YANGSHUOSPMTMM
- Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan ke:
-
- Silver Cave yang terkenal dengan formasi batu kapur.
- Menikmati pelayaran di Yangshuo River Cruise (laluan Yangshuo - Fuli - Yangshuo).
- Masa bebas di West Street Yangshuo.
-
- Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Yangshuo.
Hari 3YANGSHUO - GUILINSPMTMM
- Sarapan pagi di hotel dan meneruskan perjalanan ke Guilin melalui laluan indah Ten-Mile Gallery.
- Seterusnya dibawa ke:
-
- Shangri-La Guilin (gabungan taksi, gua dan budaya etnik).
- Jalan-jalan di East-West Alley.
-
- Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Guilin.
Hari 4GUILINSPMTMM
- Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan ke:
-
- Elephant Trunk Hill, mercu tanda Guilin.
- Kawasan Pemandangan Tasik Rongshan termasuk Ancient South Gate.
- Solat di Masjid Chongshan.
- Pandangan luar Sun & Moon Pagodas.
- Membeli-belah di Plaza Wanda.
-
- Makan malam dan bermalam di Guilin.
Hari 5GUILIN - KUALA LUMPUR
Sarapan pagi di hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Guilin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Tiba di KLIA2.
Info Penerbangan


Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.
Penginapan
XINXINJIE HOTEL ATAU SETARAF (1 malam)
Termasuk & Tidak Termasuk
Termasuk
- Tiket penerbangan kelas ekonomi (bagasi 20kg).
- Penginapan hotel bertaraf 4* + sarapan (International) sepanjang lawatan.
- Makanan Halal/Mesra Muslim mengikut jadual. Jika tidak dinyatakan, makanan tidak termasuk.
- Pengangkutan bas/van berhawa dingin.
- Tiket lawatan mengikut jadual perjalanan termasuk Yangshuo River Cruise.
- Pemandu pelancong berpengalaman.
- Air mineral 500ml: 1 botol/seorang (hari lawatan) dan tipping.
Tidak termasuk
- Makan dalam kapal terbang.
- Perkhidmatan dan lawatan pilihan selain yang dinyatakan.
- Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia.
- Insurans perjalanan.
Polisi Pembayaran
Terma & Syarat
- Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
- Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
- Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
- Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
- Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
- Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
- Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
- Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
- Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
- Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Nikmati keindahan alam dan budaya China Selatan dalam pakej 5 Hari 4 Malam ke Guilin & Yangshuo ! Lawatan merangkumi destinasi menarik seperti Elephant Trunk Hill, Silver Cave, Yangshuo River Cruise, Shangri-La Guilin , serta Masjid Chongshan. Sesuai untuk pencinta alam dan pengalaman Muslim-friendly yang lengkap.