Skip to main content

Pakej Chengdu + Jiuzhaigo Paradise, China 7H5M

Chengdu

Lokasi

Itinerari

SP Sarapan pagi MT Makan tengah hari MM Makan malam

Hari 1KUALA LUMPUR - CHENGDU

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Chengdu. Bermalam di Chengdu.

Hari 2CHENGDU - JIUZHAIGOUSPMTMM

Lawatan di Jiuzhaigou:

  • Melawat Songpan Ancient Town di Chengdu merupakan bandar lama yang terkenal dengan seni bina zaman Dinasti Ming dan Qing. Di sini, pelancong boleh menikmati pemandangan tembok kota bersejarah, jalan berbatu, serta rumah kayu tradisional. Aktiviti utama termasuk berjalan-jalan di sekitar bandar.
  • Melawat Diexi Lake membolehkan pelancong menikmati keindahan tasik semula
    jadi yang terbentuk selepas gempa bumi dengan pemandangan air biru kehijauan dan gunung sekitarnya. Di sini, pelancong boleh bersantai menikmati suasana alam, bergambar di tepi tasik, serta mengetahui sejarah pembentukan tasik ini.

Bermalam di Jiuzhaigou.

Hari 3JIUZHAIGOUSPMTMM

Lawatan di Jiuzhaigou:

  • Bersiar-siar di Jiuzhaigou Valley Scenic yang merupakan sebuah rizab alam yang terkenal terletak di Wilayah Sichuan, dengan keindahan alam semula jadi yang memukau, menampilkan tasik-tasik yang jernih, air terjun yang berwarna-warni, puncak gunung bersalji, dan hutan yang subur. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti di Shuzheng Valley terdapat Nuorilang Waterfall dan
    Shuzeng Lakes, Rize Valley dimana Mirror Lake, Pearl Waterfall dan Five Flower Lake berada dan Zezawa Valley, pelancong dapat menyaksikan Long Lake, Colorful Pool dan Seasons Lake. Ia juga tersenarai sebagai Unesco World Heritage Site.

Bermalam di Jiuzhaigou.

Hari 4JIUZHAIGOU - MUNIGOU - DUJIANGYANSPMTMM

Lawatan di Sichuan:

  • Munigou terletak di Sichuan, China yang merupakan destinasi pelancongan alam semula jadi yang terkenal dengan pemandangan yang memukau. Pelancong dapat menikmati keindahan semula jadi seperti air terjun tinggi, tasik jernih berwarna biru kehijauan, dan hutan yang tenang. Aktiviti popular termasuk berjalan kaki menyusuri laluan kayu sambil menikmati udara segar dan
    pemandangan alam, mengambil gambar landskap cantik seperti Air Terjun Zhaga dan Tasik Erdao, serta mengalami suasana damai jauh dari kesibukan bandar.

Bermalam di Dujiangyan.

Hari 5DUJIANGYAN - CHENGDUSPMTMM

Lawaran di Chengdu:

  • Melawat Chengdu Gaint Panda Zoo (termasuk buggy) pusat pemuliharaan panda gergasi yang terkenal di Chengdu, China. Di sini, pelancong boleh melihat panda gergasi dan panda merah dalam habitat semula jadi yang direka khas. Pemandangannya indah dengan taman hijau, tasik kecil, dan suasana yang tenang.
  • Berpeluang solat di Huangcheng Mosque yang membolehkan pelancong melihat seni bina Islam tradisional yang unik dengan pengaruh budaya Cina. Di sini, pelancong boleh menikmati keindahan reka bentuk masjid, merasai suasana tenang kawasan ibadah, serta mengetahui sejarah perkembangan Islam di Chengdu.
  • Melawat Wide and Narrow Alley yang menawarkan pengalaman unik dengan bangunan tradisional, kedai-kedai, restoran, dan kafe. Kawasan ini adalah tempat yang popular untuk Jalan-jalan, menikmati makanan tempatan, dan merasai budaya Chengdu.

Bermalam di Chengdu.

Hari 6CHENGDUSPMTMM
  • Melawat Manhua Flower Manor membolehkan pelancong menikmati keindahan taman bunga berwarna-warni dengan landskap indah yang sesuai untuk bergambar. Di sini, pelancong boleh berjalan di skywalk kaca yang menawarkan pemandangan panorama taman dari atas, bersantai di kawasan bunga, serta merakam foto kenangan yang menakjubkan.
  • Melawat Qingbaijiang Tangjiasi membolehkan pelancong menyaksikan sebuah kuil bersejarah dengan seni bina tradisional yang tenang dikelilingi alam semula jadi. Di sini, pelancong boleh menikmati suasana damai, melihat ukiran dan seni bina lama, serta berjalan santai sambil merasai keunikan budaya tempatan.
  • Melawat Jinli Ancient Town membolehkan pelancong merasai suasana jalan lama yang penuh dengan kedai tradisional, makanan tempatan, dan seni budaya Sichuan. Di sini, pelancong boleh berjalan di lorong bersejarah, mencuba pelbagai makanan jalanan, membeli cenderamata, serta menikmati persembahan kebudayaan tradisional.

Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 7CHENGDU - KUALA LUMPUR

Tiba di Kuala Lumpur

Info Penerbangan

Hari1
MH 526
KULTFU
19:00 – 00:05 +1
Hari6
MH 527
TFUKUL
01:05 – 06:10

Masa dan nombor penerbangan tertakluk kepada perubahan syarikat penerbangan.

Penginapan

Chengdu (1 malam)

Chengdu

Jiuzhaigou (1 malam)

Jiuzhaigou

Dujiangyan (1 malam)

Dujiangyan

Chengdu (1 malam)

Chengdu

Termasuk & Tidak Termasuk

Termasuk

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.

Tidak termasuk

  • Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari.
  • Travel & Covid-19 Insurans.
  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan.
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Polisi Pembayaran

RM 1,000 / orangDeposit untuk mengesahkan tempahan
45 hariBaki dijelaskan sebelum tarikh berlepas

Terma & Syarat

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.
Group7 hari 5 malamChina

Nikmati percutian 7 hari 6 malam yang menakjubkan ke Chengdu, Jiuzhaigou & Dujiangyan , menerokai keindahan semula jadi dan budaya Sichuan. Lawati Jiuzhaigou Valley Scenic , Shuzheng Waterfall , Giant Panda Zoo , Manhua Flower Manor , serta rasai suasana bandar lama di Jinli Ancient Town .

Jumlah KeseluruhanRM 0