TARIKH-TARIKH LAWATAN
📅 1 Mei 2025 – 4 Mei 2025 (Hari Pekerja)
📅 9 Mei 2025 – 12 Mei 2025 (Hari Wesak)
📅 23 Mei 2025 – 26 Mei 2025
📅 31 Mei 2025 – 3 Jun 2025 (Cuti Sekolah)
📅 27 Jun 2025 – 30 Jun 2025 (Awal Muharram)
📅 25 Julai 2025 – 28 Julai 2025
📅 28 Ogos 2025 – 31 Ogos 2025
📅 30 Ogos 2025 – 2 September 2025 (Cuti Merdeka)
📅 4 September 2025 – 7 September 2025 (Maulidur Rasul)
📅 13 September 2025 – 16 September 2025 (Hari Malaysia)
📅 26 September 2025 – 29 September 2025
📅 3 Oktober 2025 – 6 Oktober 2025
📅 18 Oktober 2025 – 21 Oktober 2025 (Deepavali)
📅 24 Oktober 2025 – 27 Oktober 2025
📅 27 November 2025 – 30 November 2025
📅 5 Disember 2025 – 8 Disember 2025
📅 20 Disember 2025 – 23 Disember 2025 (Cuti Sekolah)
📅 26 Disember 2025 – 29 Disember 2025 (Krismas)
PILIHAN PAKEJ
PAKEJ
NORMAL SEASON
PEAK SEASON
DEWASA
RM 1,299
RM 1,599
SINGLE ROOM
RM 1,499
RM 1,799
KANAK-KANAK (WITH BED)
RM 1,299
RM 1,599
KANAK-KANAK (WITHOUT BED)
RM 1,099
RM 1,399
BAYI (BAWAH 2 TAHUN)
RM 150
RM 150
PAKEJ TERMASUK:
✅ Transfer dari KL sentral ke terminal feri (pergi balik)
✅ Tiket feri pergi dan balik
✅ Seaport tax (Johor) & Seaport tax (Batam)
✅ 3 sarapan hotel, 3 makan tengahari & 3 makan malam
✅ 3 malam penginapan di hotel tiga bintang
✅ Kenderaan berhawa Dingin (Batam)
✅ Kenderaan berhawa Dingin (Bintan)
✅ Tour Guide Batam
✅ Tour Guide Muzium (tergantung avaibility)
✅ Tour Guide Bintan
✅ Speedboat Punggur ke Tg Uban
✅ Pompong Penyengat
✅ Beca di Pulau Penyengat (1 beca 2 orang)
✅ Tiket masuk ke Gurun Pasir & Danau Biru
✅ Feri Tanjung Pinang ke Batam
✅ Tour Leader (Malaysia)
✅ Mineral water
TIDAK TERMASUK:
Apa-apa yang tidak dinyatakan diatas seperti
❎Tipping kepada tour guide Batam & Bintan (RM30)
❎ Insurance perjalanan (Disarankan)
❎ Perbelanjaan peribadi seperti minuman, souvenirs, porter dll
❎ Surcaj peak season jika ada (RM100 per room per night)
Peserta akan berkumpul di KL Sentral pada jam 12.00 tengah malam dan bertolak ke Johor Bahru pada jam 1.00 pagi. Selepas berhenti solat dan bersarapan di masjid atau R&R, peserta akan berkumpul di Terminal Feri Johor pada jam 7.30 pagi dan berlepas ke Batam pada jam 9.00 pagi. Setibanya di Harbor Bay, peserta akan melalui proses imigresen, mendapatkan simkad, dan dibawa ke tempat tukaran wang yang menawarkan kadar terbaik di Batam (mengikut permintaan). Kemudian, makan tengah hari di restoran tempatan dan menunaikan solat serta bergambar di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah. Seterusnya, peserta akan melawat dan bergambar di sekitar Jambatan Barelang, ikon Kota Batam, sebelum daftar masuk hotel untuk membersihkan diri. Setelah itu, photostop di Masjid Cheng Ho dan bergambar di beberapa kafe viral sekitar Bengkong seperti De Sands (Santorini Batam), Kasta, Level Up dan lain-lain. Waktu malam, peserta akan dibawa ke kawasan pusat kuliner Batam untuk makan malam sebelum kembali ke hotel, dengan aktiviti bebas seperti urutan, karaoke, lepak di kafe atau membeli-belah di mall.
Peserta akan memulakan hari dengan bersarapan di hotel sebelum bertolak ke lokasi ikonik "WELCOME TO BATAM" untuk sesi bergambar berkumpulan berlatarbelakangkan papan tanda tersebut. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Museum Raja Haji Ali dan Kilang Kek Lapis Tiara Cakery Batam untuk membeli kek lapis halal. Jika tersedia, peserta berpeluang menyaksikan pertunjukan tarian tradisional oleh anak-anak Kampung Melayu. Makan tengahari disajikan di restoran tempatan dengan hidangan seafood khas Batam seperti siput gonggong, diikuti solat jamak di Masjid Tanjak. Selepas itu, peserta boleh membeli ole-ole khas Batam seperti baju, keychain dan makanan di AnnisaAulia atau Batamia, serta menikmati pemandangan kota Batam dari Menara MJA (dengan infaq IDR5000). Aktiviti diteruskan dengan membeli barangan “copy ori” di Nagoya Lama dan barangan seperti telekung dan tudung di DC Mall. Setelah kembali ke hotel, peserta bebas menjalankan aktiviti sendiri seperti urutan, karaoke, lepak di kafe atau membeli-belah di mall.
Selepas bersarapan di hotel, peserta akan menaiki speed boat ke Tanjung Uban dan memulakan lawatan dengan melawat serta bergambar di Gurun Pasir dan Danau Biru. Seterusnya, makan tengahari disediakan di restoran tempatan sebelum berziarah ke makam Daeng Marewah dan Daeng Celak (jika masa mengizinkan). Lawatan diteruskan ke pasar basah di Tanjung Pinang untuk membeli makanan kering seperti ikan bilis dan keropok. Peserta kemudian menaiki bot kayu ke Pulau Penyengat untuk sesi tour sekitar pulau tersebut. Di sana, peserta akan menunaikan solat jamak di Masjid Raya Sultan Riau yang diperbuat daripada putih telur, serta menziarahi makam Engku Hamidah, Raja Haji Ali, Raja Haji Fisabilillah, dan Habib Sheikh bin Alwi Asegaf. Peserta juga akan berkunjung ke Balai Adat, di mana mereka berpeluang bergambar dengan pakaian adat Melayu. Selesai lawatan, peserta akan kembali ke Batam menaiki feri, roro, atau speedboat, dan aktiviti bebas boleh dilakukan setibanya di hotel seperti urutan, karaoke, lepak di kafe, atau membeli-belah di mall.
Peserta akan memulakan hari dengan bersarapan di hotel sebelum menikmati masa bebas sementara menunggu waktu daftar keluar; aktiviti bebas ini boleh diisi dengan membeli-belah di Wet Market Penuin, Grand Batam Mall atau BCS Mall. Seterusnya, peserta akan menuju ke Jeti Harbor Bay untuk urusan tiket dan imigresen, di mana mereka juga berpeluang untuk makan atau melakukan pembelian saat akhir. Setelah itu, feri akan bertolak ke Johor dan setibanya di Jeti Johor, peserta akan meneruskan perjalanan pulang ke KL Sentral. Program dijangka berakhir dengan 1001 kenangan indah yang dibawa pulang dari Batam.
From RM1,299.00