fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Umrah Rahmah Ramadhan 2025

  • 12 Hari 10 Malam
  • Sepanjang Bulan Ramadhan
Description

PILIHAN PAKEJ 

PAKEJ AWAL RAMADHAN PERTENGAHAN RAMADHAN AKHIR RAMADHAN SEBULAN RAMADHAN
BILIK BEREMPAT RM 7,300 RM 7,500 RM 8,000 RM 10,700
BILIK BERTIGA RM 8,390 RM 8,500 RM 9,000 RM 11,700
BILIK BERDUA RM 9,100 RM 9,500 RM 10,500 RM 7,890

*Harga  yang dipaparkan adalah untuk per pax.


PILIHAN HOTEL 

BANDAR HOTEL
MEKAH AL RAYYAN HOTEL, MIDAN HOTEL @ SETARAF
MADINAH BADAR AL MAQAM, SAFWAT AL MADINAH @ SETARAF


INFO PENERBANGAN

TARIKH PENERBANGAN ETD- ETA (KUL- JED) ETD- ETA (MED-KUL)
7 DIS 2024 – 18 DIS 2024 AKAN DIMAKLUMKAN AKAN DIMAKLUMKAN AKAN DIMAKLUMKAN
22 JAN 2025 - 2 FEB 2024 AKAN DIMAKLUMKAN AKAN DIMAKLUMKAN AKAN DIMAKLUMKAN


PAKEJ TERMASUK:

✅ Penerbangan pergi balik.
✅ Penginapan di Mekah dan madinah.
✅ Pengangkutan selesa
✅ Fullboard.
✅ Visa pelancong.
✅ Insurans perjalanan berkelompok
✅ Mutawif berpengalaman
✅ Buku panduan umrah
✅Kursus umrah
✅ Lanyard & ID Kad umrah


TIDAK TERMASUK:

❎ Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari
❎ Pembelanjaan pribadi.
❎ Tiket Masuk.
❎ Pengangkutan luar jadual perjalanan.
❎ Beg dan bagasi
❎ Kain ihram/telekung


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

Itinerary

Jemaah diminta berada di KLIA, balai berlepas 5 jam sebelum berlepas untuk penerbangan ke Jeddah. Jemaah diminta bersedia dengan kain ihram untuk bermiqat di dalam flight. Daftar masuk hotel di Mekah.

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah.

Jemaah akan dibawa melawat sekitar kawasan bersejarah di sekitar Mekah seperti Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan akhirnya memasang niat umrah di Jaaranah. Jemaah boleh membawa kain ihram Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Ziarah ke Muzium Barangan Purba Arab, Ladang unta. Jemaah boleh membawa kain ihram. Bermiqat di Hudaibiyah. Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Melakukan tawaf wida’. Pengurusan daftar keluar hotel. Bertolak ke kota Madinah dengan menaiki bas. Pengurusan daftar masuk hotel di Madinah. Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Jemaah akan dibawa berziarah (ziarah dalam) di sekitar Masjid Nabawi, Tanah perkuburan Baqi’, Lokasi pintu masuk Raudhah, Bergambar di depan kubah hijau Maqam Nabi, 3 Masjid Berdekatan: Masjid Saidina Abu Bakar, Masjid Ghamamah, Masjid Saidina Ali, Saqifah Bani Sa’idah.

Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Jemaah akan dibawa melawat ke Masjid Quba, Jabal Uhud, Ladang Tamar.

Jemaah bebas memperbanyakkan ibadah.

Melakukan Ziarah Wida. Daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Madinah. Jemaah perlu berada di lapangan terbang 5 jam sebelum waktu berlepas.

Jemaah tiba ke Lapangan terbang Kuala Lumpur waktu tempatan.

Location