Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Skardu & Hunza, Pakistan 11H 9M

Pakistan - View on map
  • 11 Hari 9 Malam
  • April 2025 - Oktober 2025
Description

 

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA RM 7,250
KANAK-KANAK RM 7,250
BAYI RM 1,500

SENARAI HOTEL

HARI BANDAR HOTEL
1 ISLAMABAD GRAND ISLAMABAD HOTEL ATAU SETARAF
2 SKARDU DYNASTY RESORT ATAU SETARAF
3 SKARDU DYNASTY RESORT ATAU SETARAF
4 HUNZA ROOMY DASTAN HUNZA ATAU SETARAF
5 ATTABAD LUXUS RESORT ATTABAD ATAU FAMREE
6 ATTABAD LUXUS RESORT ATTABAD ATAU FAMREE
7 GILGIT GILGIT RAMADA ATAU AVARI EXPRESS HOTEL
8 BESHAM BESHAM HILTON HOTEL ATAU SETARAF
NARAN NORTHEN RETREAT HOTEL ATAU SETARAF
9 ISLAMABAD GRAND ISLAMABAD HOTEL ATAU SETARAF

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD - ETA (KUL - ISB)
AKAN DIMAKLUMKAN PAKISTAN INTERNATIONAL AIRLINE 1230 - 1600
ETD - ETA (ISB - KUL)
AKAN DIMAKLUMKAN PAKISTAN INTERNATIONAL AIRLINE 0120 - 1030

PAKEJ TERMASUK:

Visa Pakistan
✅ Tiket penerbangan antarabangsa (Kuala Lumpur – Islamabad – Kuala Lumpur) PIA
Penerbangan domestik sehala (ISB-SKARDU)
Kenderaan berhawa dingin
9 hari penginapan (twin/sharing)
Makanan seperti di dalam itinenari (Sarapan (SP), Makan Tengah Hari (MT), Makan Malam (MM)
Pemandu pelancong berbahasa Inggeris
✅ Malam “Traditional Musical” di Hunza
Tiket masuk Shigar Fort
Tiket masuk  Altit Fort
Tiket masuk for Shangrila Resort
✅ Caj bot di Attabad
Tiket masuk Taxila Museum
1 botol minuman setiap hari
tol dan juga tiket tempat letak kenderaan

TIDAK TERMASUK:

❎ Insurans perjalanan
Segala jenis perbelanjaan peribadi
❎ Segala jenis minuman seperti teh dan kopi
RM250 jumlah tips untuk (Tour Guide, Driver, Restaurant and Hotel Staff)
Perbelanjaan tambahan disebabkan bencana alam atau kecemasan

TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan Saza Travel.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM300/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran RM3500 perlu dibuat dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1) untuk berlepas ke Pakistan. Sampai di Islamabad International Airport, kita akan disambut oleh wakil syarikat dan terus bergerak ke Hotel. Bermalam di Islamabad.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Kita akan bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Skardu. Penerbangan ini akan memberi peluang untuk menyaksikan keindahan Karakoram dan Himalayas. Setelah mendarat, beg-beg akan terus dihantar ke hotel. Kita akan dibawa melawat Lower Kachura Lake (Shangrila Resort) dan kemudian Upper Kachura Lake (Lawatan pilihan dengan menaiki bot). Singgah makan tengahari di Tibet Motel. Bergerak ke hotel dan semua boleh melakukan aktiviti bebas. Bermalam di Skardu.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Shigar Valley. Melawat Shigar Fort dan makan tengah hari di Khoj Resort Shigar. Melawat Sarfaranga Desert. Di sini terdapat aktiviti pilihan seperti Desert Safari, Motor Gliding, ATV Ride, Trail Bike Ride. Menyambung perjalanan ke Skardu dan peserta boleh melakukan aktiviti bebas. Bermalam di Skardu.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Gilgit untuk melawat Upper Kachura Lake (kita akan berjalan dalam 5-10 minit sebelum sampai ke destinasi). Menyambung perjalanan ke Gilgit dan makan tengah hari di sini. Berhenti sebentar di Rakaposhi View Point. Tiba di Hunza dan semua orang boleh meluangkan masa untuk melawat Karimabad Bazar. Makan malam dan bermalam di Hunza.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Melawat Altit Fort. Bergerak ke Hopar Valley. Melawat Hopar Glacier View Point. Berjalan di sekitar perkampung (lawatan pilihan). Makan tengah hari di Hopar (Peserta boleh bersolat di sini). Bergerak ke Attabad.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Passu. Berhenti di Attabad Lake View Point. Melawat Hussaini Bridge (aktviti pilihan:- : Zip Line, Sky Cycling, Bridge Crossing). Menaiki bot di Attabad Lake. Berhenti di Passu Glacier View Point. Makan tengah hari di Passu. Pulang ke hotel dan peserta boleh melakukan aktiviti bebas. Bermalam di Attabad

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Naltar Valley. Berhenti di Rakaposhi View Point untuk berehat dan ke tandas. Tiba di Naltar Valley dan makan tengah hari di Naltar. Bergerak ke Gilgit dan tiba pada waktu petang. Makan malam dan bermalam di Gilgit.

BESHAM ROUTE:- Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Besham / Naran Valley. Makan tengah hari di dalam pek yang di bawa dari Shangrila Chilas. Berhenti solat dalam perjalanan (keadaan tempat yang tidak sesuai disebabkan keadaan jalan dan perjalanan. Berhenti di Sumar Nallah dan Ibex Services untuk Toilet Break. Meneruskan perjalanan ke Besham dan sampai pada waktu petang. NARAN ROUTE:- Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Naran. Berhenti sebentar di kawasan yang terlepas semasa kita tiba. Melawat Nanga Parbat mountain view Point yang merupakan titik pertemuan tiga gunung tertinggi di dunia. Makan tengah hari di t New Moon Restaurant Babusar. Toilet Break di Toilet break at Moon Restaurant Besar. Berhenti di Gattidas Meadow (lawatan pilihan bergantung pada masa). Tiba di Naran pada lewat petang dan makan malam. Bermalam di Naran. NOTA:- Bulan Jun - Ogos (Naran). Bulan lain (Besham).

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Islamabad. Berhenti di Mansehra Service untuk toilet break. Tiba di Taxila dan melawat. Taxila Museum (UNESCO). Makan tengah hari di Taxila. Tiba di Islamabad. Makan malam dan bermalam di Islamabad.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Melawat Faisal Mosque. Membeli-belah di Centaurus Mall. Makan tengah hari di Food Court, tingkat 4 Centaurus Mall. Melawat F-6 Souvenir Market, Local Bazar G-9. Melawat Pakistan Monument dan Loke Virsa. Makan malam di TKR dan bergerak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Malaysia.

Berlepas pulang ke Malaysia.

Location

From RM7,250.00

Total Price