fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Private North Island, New Zealand 7H6M

New Zealand - View on map
  • 8 Hari 6 Malam
  • 12
  • Ogos 2024 - November 2024
Description

PILIHAN PAKEJ 

PAKEJ HARGA
DEWASA (SNGLE) RM 8,430
KANAK- KANAK RM 8,430

*Harga  yang dipaparkan adalah untuk per pax.


PAKEJ TERMASUK:

✅ Penginapan (Homestay / Airbnb)
✅ Sarapan dan makan malam (kami masakkan untuk anda)
✅ Kenderaan peribadi
✅ Pemandu
✅ Ketua Pelancong
✅ Petrol, parking dan tol


TIDAK TERMASUK:

❎ Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari
❎ Tiket Penerbangan
❎ Makan tengah hari
❎ Perbelanjaan Peribadi
❎ Caj masuk ke tempat lawatan
❎ Tip untuk pemandu pelancong dan ketua pelancong (optional)
❎ Aktiviti tambahan atas permintaan peribadi


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

Itinerary

Tiba di lapangan terbang Auckland dan disambut oleh kakitangan kami dan terus bergerak ke penginapan. Bermalam di Auckland.

Masa perjalanan: 2.5 jam Tiba awal: Terus bergerak ke Coromondel dan bermalam di sana selama 2 malam Lain-lain: Menginap di Bandar Auckland dan bergerak ke Coromandel awal pagi. Melawat Cathedral Cove (tertakluk kepada cuaca dan peraturan trek, terkenal sebagai lokasi filem NARNIA), Pantai Hahei, Hot Water Beach. Bermalam di Hahei atau Whitianga.

Masa perjalanan: 3.5 jam Melawat Te Puia (Geothermal & Maori Village, bayaran masuk NZD 140 tidak termasuk), Redwoods Forest (percuma untuk jalan-jalan pendek). Bermalam di Rotorua.

Masa perjalanan: 1.5 jam Melawat Wai-O-Tapu Thermal Wonderland (bayaran masuk aktiviti pelancongan NZD 45, pembayaran tanpa tunai sahaja), Pemandangan Huka Falls, Tasik Taupo, dan menikmati aktiviti di Bandar Taupo (terkenal untuk membeli-belah peralatan luaran). Bermalam di Taupo.

Masa perjalanan: 2 jam Melawat Set Filem Hobbiton (bayaran masuk NZD 130 tidak termasuk, lawatan selama 2.5 jam), Taman Hamilton. Bermalam di Matamata atau Hamilton.

Masa perjalanan: 2 jam Melawat Menara Auckland, lawatan Bandar Auckland (aktiviti bebas dan mudah), Pemandangan Bukit Eden. Bermalam di Auckland.

Hari bebas di Auckland untuk aktiviti peribadi atau lawatan pilihan. Bergerak ke Lapangan Terbang Auckland untuk berlepas ke Kuala Lumpur.

Location
Faq

Untuk sarapan pagi dan malam, kami akan masakkan untuk anda. Bagi makanan tengahari pula kami akan bawa anda ke restoran halal.

Untuk pakej private, kita akan menginap di homestay atau di Airbnb.

Dari bulan Ogos hingga akhir November di utara New Zealand, cuaca berubah dari musim sejuk ke musim bunga. Ogos masih dingin dengan suhu antara 12°C hingga 16°C dan hujan sesekali. Pada bulan September hingga November, suhu naik ke 16°C hingga 19°C .

Boleh. Jika anda ada iteninari sendiri, sila maklumkan kepada kami untuk sebut harga baru.

From RM8,430.00

HARAP MAAF
Pakej private ini hanya terhad untuk 12 pax sahaja
Untuk makluman. Harga yang dipaparkan hanyalah untuk pakej Ground sahaja. Anda perlu membeli tiket penerbangan sendiri atau boleh minta pihak kami uruskan.
Total Price