fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Private Milan & Switzerland 9H7M

Milan + Switzerland - View on map
  • 9 Hari 7 Malam
  • 12
  • Sepanjang Tahun 2024
Description

PILIHAN PAKEJ 

PAKEJ HARGA
DEWASA RM 11,200
KANAK-KANAK RM 11,200

*Harga  yang dipaparkan adalah untuk per pax.


HARGA TIKET

TIKET HARGA
MOUNT TITLIS CHF 92
GRINDELDWALD TERMINAL CHF 210
ZERMATT TRAIN CHF 110
GORNERGRAT RAILWAY CHF 95
MATTERHORN MUSEUM CHF 10
LINDTN HOME OF CHOCOLATE FACTORY CHF 17

*Harga  yang dipaparkan boleh berubah mengikut keadaan semasa.


PAKEJ TERMASUK:

✅ Penginapan (Homestay / Airbnb)
✅Pengangkutan sepanjang perjalanan
✅ Kenderaan Peribadi
✅ Pemandu
✅ Petrol, Parking dan Tol
✅ Tour Leader


TIDAK TERMASUK:

❎ Apa-apa yang tidak dinyatakan di dalam iteninari
❎ Tiket penerbangan
❎ Luggage
❎ Insurans perjalanan
❎ Makan dan minum sepanjang perjalanan
❎ Perbelanjaan peribadi
❎ Caj masuk tempat lawatan
❎ Duit membeli belah
❎ Tip pemandu dan ketua pelancong
❎ Aktiviti peribadi atau tambahan aktiviti


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

Itinerary

Berlepas dari KLIA untuk penerbangan ke Milan, Itali.

Sampai di Milan Malpensa Airport dan disambut oleh pemandu pelancong dan terus bergerak ke Lugano. Melawat Lake Como. Makan tengahari di restoran halal yang berdekatan/ vegeterian / makanan dalam pek. Melawat Parco Ciani, Monte Brè dan bersiar-siar dengan menaiki bot di Lake Lugano. Bermalam di Lugano.

Melawat Chapel Bridge, Lion Monument, Old Town Lucerne. Menaiki bot di Lucerne Lake. Bermalam di Lucerne.

Bergerak ke Mount Titlis (tiket tidak termasuk CHF 92). Melawat Engelberg Abbey. Bermalam di Iterlaken.

Melawat Jungfraujoch (tiket Grindelwald Terminal tidak termasuk CHF 210), Eiger Trail dan Grindelwald Village/town. Bermalam di Interlaken atau Jungfrau.

Melawat Spiez Castle dan Lake Thun ( (Jika ada masa apabila balik dari Zermatt. Bergerak dari Spiez ke Zermatt dengan menaiki keretapi panorama (Jangka masa 2 jam dan tiket tidak termasuk CHF 110 per pax). Menaiki Gornergrat Railway (tiket tidak termasuk CHF 95). Melawat Matterhorn Museum (tiket tidak termasuk CHF 10). Melawat Zermatt Village. Balik ke Spiez dengan menaiki kereta api. Bermalam di Spiez

Berjalan-jalan di Bhanhofstrasse untuk membeli-belah. Melawat Old Town Zurich. Melawat Lindt Home of Chocolate Factory (tiket tidak termasuk 17CHF). Perserta diberi kebebasan untuk melalukan aktiviti sendiri seperti berjalan-jalan di sekitar Old Town Zurich. Bermalam di Zurich.

Melawat Milano City. Peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti sendiri di sekitar old town atau membeli-belah. Bermalam di Milan.

Membeli-belah buat kali terakhir sebelum bergerak ke lapangan terbang. Berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Location
Faq

Untuk pakej private, kita akan menginap di homestay atau di Airbnb.

Pihak kami akan membawa anda ke restoran tempatan yang halal atau mesra muslim (vegeterian).

Boleh. Jika anda ada iteninari sendiri, sila maklumkan kepada kami untuk sebut harga baru.

From RM11,200.00

HARAP MAAF
Pakej private ini hanya terhad untuk 12 pax sahaja
Untuk makluman. Harga yang dipaparkan hanyalah untuk pakej Ground sahaja. Anda perlu membeli tiket penerbangan sendiri atau boleh minta pihak kami uruskan.
Total Price