Pakej Padang + Bukit Tinggi, Indonesia 4H3M

Duration

4 Days 3 Night

Max People

16

Pickup

Airport

Tour Map

Tour Plan

HARI 1 KUALA LUMPUR - PADANG - BUKITTINGGI (MT / MM)

Bertemu Tour Leader di lapangan terbang sebelum proses berkumpul dan group check-in.


  • Berlepas menuju ke Padang.
  • Ketibaan dijangka di Minangkabau International Airport.
  • Selepas selesai imigresen, anda akan disambut oleh wakil kami.
  • Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi melalui Lembah Anai dan berhenti sebentar di Air Terjun Lembah Anai yang terkenal dengan “kesan awet muda”.
  • Singgah di Minangkabau Village, pusat dokumentasi budaya Minangkabau.
  • Mampir di Desa Pandai Sikek, perkampungan penghasil tenunan dan ukiran kayu tradisional.
  • Melawat Sentral Rendang Uni Adek untuk melihat proses pembuatan rendang Minang.
  • Setibanya di Bukittinggi, makan malam dan daftar masuk hotel.
  • Aktiviti bebas di hotel.

Hidangan tengah hari & malam disediakan di restoran tempatan

HARI 2 BUKITTINGGI (SP / MT / MM)

Sarapan pagi di hotel.


  • Melihat proses pembuatan kerupuk Sanjai di pusat oleh-oleh Ummi Aufa Hakim.
  • Meneruskan perjalanan ke Tabek Patah yang terkenal dengan pemandangan alam yang indah.
  • Lawatan ke Istana Pagaruyung, simbol pemerintahan Minangkabau pada masa lalu.
  • Bertolak ke Bukittinggi melalui Padang Panjang dan singgah di Koto Baru untuk menikmati Bika Talago.

Bukittinggi City Tour merangkumi:

  • Panorama Ngarai Sianok
  • Lobang Jepang
  • Program bebas di kawasan Jam Gadang & Pasar Atas

Makan tengah hari & makan malam di restoran tempatan.

HARI 3 BUKITTINGGI - PADANG (SP / MT / MM)

Sarapan di hotel.


  • Lawatan ke The Great Wall of Koto Gadang.
  • Seterusnya ke Desa Koto Gadang yang terkenal dengan hasil kraf perak.
  • Perjalanan diteruskan ke Kenagarian Lawang untuk melihat pembuatan gula tebu secara tradisional.
  • Menikmati panorama indah Danau Maninjau.
  • Melawat rumah kelahiran tokoh terkenal, Buya HAMKA.
  • Bertolak ke Kota Padang.
  • Daftar masuk hotel dan berehat.

Makan tengah hari & makan malam di restoran tempatan.

HARI 4 PADANG - KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan di hotel dan check-out.


  • Ke Pantai Air Manis untuk melihat legenda Batu Malin Kundang.

Padang City Tour termasuk:

  • Masjid Raya Sumatera Barat
  • Kawasan Kota Lama Padang
  • Perkampungan Cina
  • Jembatan Siti Nurbaya
  • Pelabuhan Teluk Bayur
  • Pemandangan Pantai Padang

Dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang. Berlepas kembali ke KLIA2. Tiba di Malaysia dengan penuh kenangan manis dari bumi Minang.

Included/Excluded

  • Tiket penerbangan pergi dan balik dengan AirAsia
  • Bagasi 20kg untuk setiap penumpang
  • Sarapan di hotel selama 3 hari
  • 4x makan tengah hari dan 3x makan malam seperti tertera dalam itinerari
  • Pengangkutan sepanjang 4 hari termasuk pemandu, tol, parkir dan kos lain yang berkaitan
  • Semua lawatan serta tiket masuk mengikut itinerari
  • Caj parkir dan retribusi
  • Air mineral 1 botol setiap hari
  • Pemandu pelancong tempatan (Padang)
  • Tipping untuk pemandu pelancong dan krew di Padang
  • Tour Leader dari Malaysia yang akan mengiringi kumpulan sepanjang perjalanan
  • Insurans perjalanan antarabangsa (sangat digalakkan untuk keselamatan)
  • Lawatan tambahan, makanan atau minuman yang tidak dinyatakan dalam itinerari
  • Perbelanjaan peribadi seperti porter, kad SIM, dan lain-lain

 

Pilihan Hotel

LOKASI HOTEL BIL MALAM
PADANG FAHIRA PADANG ATAU SETARAF 1 MALAM
BUKIT TINGGI BUKITTINGGI, MERCURY HOTEL ATAU SETARAF 2 MALAM

 


Info Penerbangan

TARIKH PENERBANGAN ETD- ETA (KUL-PDG)
4 FEBRUARI 2026 AIR ASIA 0725 - 0735
ETD- ETA (PDG-KUL)
7 FEBRUARI 2026 1620 - 1830


Terma Dan Syarat 

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain.
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

Polisi Pembayaran

  • Bayaran pendahuluan RM500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.

 

From
RM1,590.00
Booking Form
Request Form

Choose time

Guests

1

Adults

RM1,590.00
Deposit Option 31.45% Per item
Available:
Total:

Choose time

Guests

1

Adults

RM1,590.00