Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Musim Sejuk Seoul + Nami Island, Korea 6H4M

  • 6 Hari 4 Malam
  • Disember 2025 - Januari 2026
Description

PILIHAN PAKEJ

JENIS PAKEJ DEWASA DEWASA KANAK- KANAK KANAK- KANAK BAYI
(TWIN / TRIPLE) (SINGLE) (WITH BED) (NO BED)
HARGA RM 3690 RM 4490 RM 3190 RM 2790 RM 500


SENARAI HOTEL

BANDAR HOTEL
GYEONGGI SAMWON PLAZA 3* ATAU SETARAF
SEOUL GOLDEN CITY HOTEL 3* ATAU SETARAF


INFO PENERBANGAN

JENIS PENERBANGAN NO. PENERBANGAN ETD - ETA (KUL - ICN)
AIR ASIA X D7 504 2250 - 0620
ETD - ETA (ICN - KUL)
D7 505 0735 - 1315


PAKEJ TERMASUK:

Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 20kg.
Penginapan Hotel 3 bintang lengkap sarapan pagi.
Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual.
Tiket Lawatan seperti yang tertera dalam jadual.
Pengangkutan bas/Van persiaran berhawa dingin yang selesa.
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
Perkhidmatan ketua rombongan professional.
Tips Pemandu Pelancong.


TIDAK TERMASUK:

Travel & Covid-19 Insurans.
Makan dalam kapal.
Pilihan lawatan selain yang di nyatakan.
Pembelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Dokumen visa untuk bukan warganegara malaysia.
Aktiviti pilihan:
– Sewa Ski – Peralatan permainan ski + suit dan but ski: USD50/pax.
– Sewa Hanbok (Gyeongbuk Palace): 25000-30000 won.
Yuran visa K-ETA (RM70/pax).
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas.


TERMA DAN SYARAT

  • Pakej pelancongan ini adalah kerjasama antara Minhakim Travels Sdn Bhd dan rakan agensi lain
  • Terma dan Syarat ini tertakluk di antara pihak Minhakim Sdn Bhd dan pihak peserta yang menyertai pakej-pakej di bawah Minhakim Travels Sdn Bhd.
  • Pembayaran deposit dari peserta bermakna peserta faham dan bersetuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd merupakan syarikat yang mewakili para peserta bagi membuat pembelian tiket kapal terbang dan menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan makanan, pengangkutan dan penginapan. Segala perkara yang berlaku di luar jangkaan adalah di luar kawalan kami.
  • Harga pakej yang dinyatakan sama ada di laman web, media sosial, pengiklanan boleh berubah mengikut keadaan semasa disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Sebarang kenaikan harga akan ditanggung oleh pihak peserta.
  • Pilihan hotel, penginapan dan pengangkutan yang dinyatakan boleh berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan di luar kawalan kami. Pihak kami berhak menukar hotel, penginapan dan pengangkutan yang setaraf.
  • Program dan lokasi yang dinyatakan di dalam itienari boleh berubah disebabkan keadaan cuaca dan faktor-faktor lain yang tidak dielakkan.
  • Pihak kami menggalakkan para peserta membeli insurans sebagai langkah berjaga-jaga sepanjang perjalanan.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah ketika tempoh lawatan disebabkan oleh kecuaian dari pihak peserta.
  • Dalam kes keadaan yang tidak dijangka seperti bencana alam, nasihat kerajaan atau peristiwa lain di luar kawalan kami, pihak kami mungkin menawarkan pengaturan alternatif atau menjadualkan semula tempahan peserta mengikut budi bicara kami.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1500/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Baki bayaran perlu dibayar dalam tempoh  2 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej di atas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul di Lapangan Terbang KLIA(2) di hadapan Starbuck level 3 pada jam 6.30 petang dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Para peserta akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Seoul.

Tiba di Lapangan Terbang Incheon dan disambut oleh pemandu pelancong. Melawat Imjingak Freedom Bridge, Majang Suspension Bridge and cafe. Seterusnya pulang ke Seoul. Melawat Starfield Library di Coex Mall di mana perpustakaan viral menjadi salah satu tempat wajib dilawati sekiranya anda di Gangnam. Makan malam di restoran berdekatan dan daftar masuk hotel Incheon/Gyeonggi.

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Chuncheon (2 jam perjalanan), melawat Pulau Nami yang terkenal dengan filem Winter Sonata lengkap pengalaman menaiki feri. Makan tengah hari. Bergerak ke Pusat Peranginan Elysian Gangchon Ski Resort untuk merasai pengalaman bermain salji (aktiviti pilihan main ski di kawasan resort ski). Makan malam dan bermalam di Incheon/Gyeonggi.

Sarapan pagi, dan peserta akan dibawa ke Cosmetic outlet, Gyeongbokgung Palace Dan National Folk Museum. (pilihan: bersiar-siar dengan pakaian hanbok di Istana). Solat Zohor di Masjid Itaewon & aktiviti bebas di Itaewon Street dan makan tengahari. Melawat Bukchon Hanok Village dan lorong antik & seni di Insadong Street. Makan malam dan bermalam di Seoul.

Sarapan pagi, dan peserta akan dibawa ke Kimchi School & Seaweed Museum untuk pengalaman membuat Kimchi dan pengalaman menggunakan pakaian hanbok percuma. Melawat Hongdae Shopping Street Local Supermarket. Kedai Kosmetik dan Duty Free. Melawat Namdaemun Market yang merupakan salah satu market tertua di Korea dan Myeongdong Shopping Street iaitu kawasan shopping terbesar di Korea. Makan malam dan bermalam di Seoul.

Bertolak pada awal pagi ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pagi kembali pulang ke tanah air.

Location

From RM3,690.00

Total Price