HARI 1
KLIA – OSAKA
Berkumpul di lapangan terbang KLIA (2) dan taklimat ringkas berkenaan perjalanan akan diberikan sebelum berangkat. Selepas itu, para tetamu akan terus daftar masuk bagasi dan ke pintu perlepasan untuk penerbangan ke Osaka. Tiba di Osaka pada pukul 9.00PM (waktu Jepun) peserta akan di bawa ke hotel untuk bermalam.
HARI 2
KUROMON MARKET – OSAKA BAY – NAMBA / DOTONBOTRI (SP/MM)
Sarapan pagi di Hotel. Bertolak ke kuromon market. Kuromon adalah pasar sepanjang 580 meter dan telah beroperasi selama 190 tahun. Kuromon merupakan pasar terbesar terdapat 180 kedai yang menjual buah, seafood segar & peralatan rumah. Makan tengahari, kemudian ke Osaka bay. Para tetamu boleh menikmati pemandangan Osaka dengan menaiki Santa Maria Cruise ataupun Tempozan Wheel. Kemudian bergerak ke Namba Dotonbori. Dotonbori terkenal dengan giant billboard seperti ketam, sotong dan sebagainya. Tetapi billboard yang paling famous ialah Glico sign yang terletak berdekatan Ebisubashi Bridge. Makan malam, balik ke hotel dan berehat.
HARI 3
OSAKA CASTLE – UMEDA BUILDING – SHINSEKAI (SP/MM)
Sarapan pagi di Hotel. Bertolak ke Osaka Castle yang merupakan salah satu istana paling terkenal di Jepun. Makan tengahari. Kemudian bergerak ke Umeda Building. Umeda Building direka oleh Hiroshi Hara, arkitek Jepun dan siap pada tahun 1993. Bangunan setinggi 173 meter itu terdiri daripada dua Menara berasingan yang bercantum di bahagian atas oleh dek pemerhatian seperti cincin. Kemudian berjalan-jalan di Shinsekai menikmati suasana unik campuran budaya Jepun dan juga pengaruh barat. Makan malam, balik ke hotel dan berehat.
HARI 4
ARASHIYAMA BAMBOO – SANNENZAKA – FUSHIMI INARI (SP/MM)
Sarapan pagi di Hotel. Bertolak ke Arashiyama bamboo. Pengunjung boleh bersiar-siar di laluan yang dipenuhi deretan buluh yang menjulang tinggi. Makan tengahari. Kemudian bergerak ke Sannenzaka. Sebuah kawasan kejiranan yang dijaga dengan baik yang dipenuhi dengan banyak kedai dan restoran tradisional ala Kyoto. Berjalanjalan di sepanjang jalan ini pasti akan terasa seolah-olah anda sedang mengembara ke “Jepun klasik”. Kemudian ke Fushimi Inari yang terkenal sebagai pintu gerbang torii berwarna merah jambu, yang merangkumi rangkaian denai di belakang bangunan utamanya. Makan malam, balik ke hotel dan berehat.
HARI 5
FREE AND EASY (TIADA MAKANAN DISEDIAKAN)
Peserta bebas membuat aktiviti pilihan masing-masing. Cadangan : Universal Studio Japan
HARI 6
NARA TOUR – RINKU PREMIUM OUTLET – KANSAI AIRPORT – KLIA 2 (SP/MM)
Sarapan pagi di Hotel dan checkout. Kemudian ke Nara deer park. Taman Nara yang terkenal dengan banyak rusa berkeliaran di taman dan tidak takut dengan manusia. Anda boleh membeli makanan rusa yang ada dijual di sekitar taman dan beri makan kepada rusa-rusa di situ. Kemudian ke Rinku Premium Outlet untuk membeli belah dan bergerak ke Airport untuk balik ke Malaysia.
HARI 7
KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur
PILIHAN HOTEL
HOTEL |
NAMBA EBISU HOTEL ATAU SETARAF |
LNK HOTEL ATAU SETARAF |
CHISUN STANDARD OSAKA SHIN IMAMIYA ATAU SETARAF |
PILIHAN PAKEJ
PAKEJ | DEWASA | KANAK-KANAK | BAYI | |
6 - 12 TAHUN | 2 - 5 TAHUN | |||
DOUBLE ROOM | RM 6,469 | RM 6,169 | RM 5,769 | 500 |
INFO PENERBANGAN
TARIKH | PENERBANGAN | KUL- ETA (KUL-KIX) |
22 JANUARI 2024 | AIR ASIA | 1330 -2100 |
ETD- ETA (KIX-KUL) | ||
27 JANUARI 2024 | AIR ASIA | 2200 -0410 |
PAKEJ TERMASUK:
✅ Tiket Penerbangan
✅ Penerbangan : Airasia (bagasi 20kg)
✅ Penginapan Hotel 3 Bintang di Osaka
✅ Pengambilan di Lapangan Terbang & Pemindahan ke Lapangan Terbang.
✅ Pengangkutan Bus
✅Tourguide
✅ Entrance Fee Osaka
✅ Kos makan (sarapan & makan malam) sepanjang perjalanan
TIDAK TERMASUK:
✅ Perbelanjaan yang bersifat peribadi, seperti minuman, cenderahati, penggilan telefon, dobi, dsb.
✅ Insurans perjalanan.
✅ Makan dalam penerbangan & makan tengah hari
TERMA DAN SYARAT
POLISI PEMBAYARAN
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
From RM6,469.00