fbpx

Minhakim Travels Sdn Bhd

Pakej Magical Scandinavian 10H6M

Norway + Sweden + Denmark - View on map
Rated 0 out of 5
  • 10 Hari 6 Malam
  • 19 September 2024
Description

 

PILIHAN PAKEJ

PAKEJ HARGA
DEWASA (TWIN / TRIPLE) RM 12,199
DEWASA (SINGLE) RM 13,499
KANAK-KANAK (WITH BED) RM 11,699
KANAK-KANAK (WITHOUT BED) RM 11,399
BAYI RM 1,800

INFO PENERBANGAN

NO. PENERBANGAN PENERBANGAN ETD - ETA (KUL - DXB)
EK 343 EMIRATES 0240 - 0530
ETD - ETA (DXB - OSL)
EK 159 EMIRATES 0730 - 1235
ETD - ETA (CPH - DXB)
EK 152 EMIRATES 1535 - 2345
ETD - ETA (DXB - KUL)
EK 346 EMIRATES 0310 - 1425

PAKEJ TERMASUK:

Tiket penerbangan antarabangsa  + cukai (Luggage + MOB + cukai)
Airport Transfer, sightseeing dan Land Transfer
✅ COACH PERIBADI
Pemandu berbahasa Inggeris
Tol dan cukai bandar
Penginapan 3 bintang atau setaraf
Sarapan Inggeris / antarabangsa di hotel
✅  Pek makan malam oleh pihak kami (Diuruskan dari Malaysia)
Pengiring berbahasa Melayu atau Inggeris (Wakil Syarikat)
Flam Train
Fjord Private Boat

TIDAK TERMASUK:

❎ Segala perbelanjaan peribadi yang tidak disebutkan di atas
Tip pemandu pelancong dan pemandu (RM 350 seorang)
❎ Travel Insurans
Tiket masuk bagi tempat yang tidak dinyatakan dalam itenari

⚠️ INFO PENTING ⚠️

  • Terdapat kenaikan tanpa notis jika tambang penerbangan ini berubah dengan ketara sebelum berlepas. Sebutharga adalah berdasarkan tambang penerbangan semasa dan kadar hotel. Syarikat berhak untuk menukar harga pelancongan tanpa sebarang notis awal.
  • **Musim Puncak Surcaj RM500

TERMA DAN SYARAT

  • Perkhidmatan ini diuruskan dan dijalankan dengan kerjasama Dream Destination.
  • Terdapat kenaikan tanpa notis jika tambang penerbangan ini berubah dengan ketara sebelum berlepas. Sebutharga adalah berdasarkan tambang penerbangan semasa dan kadar hotel. Syarikat berhak untuk menukar harga pelancongan tanpa sebarang notis awal.
  • Harga yang dipaparkan adalah sah bagi kumpulan lebih daripada 30 orang atau yang ditawarkan di dalam pakej, dan harga bergantung pada kotrak yang diberikan oleh pembekal. Jika kumpulan kuran dari 30 orang, pihak kami berhak mengenakan caj tambahan. Tempahan akan disahkan setelah mendapat pengesahan dari pihak anda. Minimum jumlah kumpulan adalah 30 orang dan caj akan berubah jika jumlah kurang.
  • Tempahan hotel hanya akan dibuat setelah mendapat pengesahan dari pihak anda.
  • Pembayaran penuh perlu dilakukan di dalam tempoh promosi.
  • Caj tambahan bagi “peak season”.
  • Perubahan dalam itenari adalah bergantung kepada budi bicara penyedia perkhidmatan.
  • Mihakim Travels Sdn Bhd berhak dan Dream Destination  mempunyai hak untuk menukar pakej dan harga tanpa sebarang notis disebabkan keadaan yang tidak dijangka.
  • Tiada sebarang pemulangan jika berlakunya keadaan yang tidak dijangka di negara yang dilawati.
  • Tiada sebarang pemulangan bagi perkhidmatan yang tidak dgunakan.
  • Tada sebarang pemulangan bagi mereka yang tidak dibenarkan oleh pihak imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
  • Minhakim Travels Sdn Bhd dan Dream Destination bertindak sebagai ejen bagi menyediakan perkhidmatan seperti penerbangan, hotel, feri, pengangkutan dan lain-lain. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas segala bentuk pengurangan di dalam perkhidmatan yg diberi oleh sbb pertukaran peraturan kerajaan.

POLISI PEMBAYARAN

  • Bayaran pendahuluan RM1,000/PAX (non refundable) untuk tempahan pakej diperlukan untuk pengesahan tempahan.
  • Bayaran penuh harus lah dibuat 60 hari sebelum penerbangan perjalanan anda.
  • Kami tidak bertanggungjawab diatas kenaikan harga pakej diatas kelewatan anda untuk membuat pembayaran penuh.
Itinerary

Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA 1). Berlepas ke Oslo. Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo, bertemu dengan ketua pelancong dan bergerak ke Oslo Islamic Center. Makan malam di restoran halal Oslo. Menjelajah Akershus Fortress. Check-in hotel dan bermalam di Oslo.

Sarapan pagi di hotel. Bergerak ke Vigeland Sculpture Park. Di sini terdapat lebih 200 arca oleh Gustav Vigeland. Taman ini merupakan taman yang menarik untuk bersiar-siar dan bergambar. Melawat The Viking Ship Museum (Optional) iaitu muzium yang memaparkan warisan Norway,s Viking. Melawat Aker Brygge, kawasan tepian air yang di mana anda boleh menikmati pemandangan indah, melawat beberapa kedai, dan terdapat pelbagai pilihan makanan mesra halal untuk makanan tengah hari. Pada sebelah petang anda boleh melakukan aktiviti bebas seperti bersiar-siar di bandar atau membeli-belah. Bermalam di Oslo.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bertolak untuk perjalanan jauh ke Bergen sambil menikmati pemandangan indah di sekitar Oslo. Bermalam di Bergen.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Myrdal Station untuk menaiki kereta api Flam dan menikmati pemandangan yang terindah. Menikmati keindahan Kjosfossen Waterfall. Bersiar-siar di bandar FJord. Melawat Fjord Safari dengan menaiki bot peribadi untuk melihat kehidupan marin dan alam semulajadi. Bermalam di Bergen.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Melawat Stegastien Viewpoint dan Viking Valley iaitu perkampungan Viking yang masih wujud di Norway. Bergerak ke Geilo. Sampai di Geilo anda boleh melakukan aktiviti bebas sepanjang hari. Bermalam di Geilo atau Voss

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak ke Sarpsbog / Fredrikstad dan nikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Aktiviti bebas sepanjang hari. Bermalam di Sarpsbog / Fredrikstad.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Bergerak untuk perjalanan jauh ke Gothenburg. Singgah di Gothenburg Mosque. Melawat Feskekorka Fish Market yang mempunyai pelbagai makanan Swedish antaranya Salmon Smoke. Sambung perjalanan jauh ke Copenhagen merentasi Oresund bridge to Malmo & Gothenbur iaitu jambatan bawah laut ke Copenhagen. Bermalam di Copenhagen.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Meneroka Freetown Christiana, the Cannabis Town di Denmark. Melawat Copenhagen City dan bergambar di Little Mermaid, Iconc Sculpture dan Gefion Fountain. Berjalan-jalan di Copenhagen Canals dan meneroka Nyhavn Harbour yang mempunyai bangunan berwarna-warni. Bergerak ke Rokkedyssegaard untuk melihat tanaman buah-buahan di sana. Bermalam di Copenhagen.

Sarapan pagi di hotel dan check-out. Membeli-belah di Copenhagen Souvenier Shop. Bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia.

Tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Location

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

From RM12,199.00

Total Price